Sunday, November 29, 2009

MB NEGERI SEMBILAN & RM10 JUTA NYA!

1998, Anwar Ibrahim disiasat atas tuduhan mempunyai dana haram RM3 billion. http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=2302 dan Anwar disingkirkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno oleh Perdana Menteri ketika itu Dato' Sri Dr Mahathir Mohamad.

Pada 11 April 1988, Muhammad Muhammad Taib meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia, pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang tersebut yang kononnya milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia. Ia juga semasa era Tun Dr Mahathir. http://kedahku.blogspot.com/2008/12/apa-nak-dikata-mat-taib-tetap-menawan.html

13 November lepas, Ahli Parlimen Batu Tian Chua mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh Anwar Ibrahim di dalam blog beliau. Dakwaan Tian Chua ialah: "Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008."
http://anwaribrahimblog.com/2009/11/13/bank-negara-siasat-segera-mb-negeri-sembilan/

Menurut blogger Paneh Miang, sepanjang 22 tahun Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, hanya 2 kali beliau di siasat BPR. Tetapi lain pula dengan Mohamad Hassan. 5 tahun menjadi MB, dah 10 kali kena siasat. http://paneh.blogspot.com/

RM10 juta adalah satu jumlah yang besar. Bayangkan berapa banyak rumah orang miskin boleh dibina dengan RM10 juta. Bank Negara menyatakan ia sedang menyiasat kes Mohamad Hassan ini. http://www.malaysiakini.com/news/118501

Siasat satu hal, dakwa satu hal yang lain. Banyak siasatan dilakukan di negara kita, tetapi jumlah yang kena dakwa boleh bilang dengan jari. Salah siapa kalau rakyat tidak mempunyai keyakinan bahawa tiada dakwaan akan dibuat dalam kes Mohamad Hassan ini? Malahan sudah ada suara-suara sumbang mengatakan Bank Negara akan mengeluarkan kenyataan "TIADA KES" dalam kes Mohamad Hassan ini. http://www.malaysiakini.com/news/118510

Dato Sri Najib Razak sudah banyak membawa perubahan dalam corak kepimpinan negara. Sehingga hari ini, Perdana Menteri menekan butang yang betul dalam setiap keputusan beliau yang membabitkan kepentingan rakyat.

Dalam kes Mohamad Hassan ini, kita juga mengharapkan Najib menekan butang yang betul. Kalau tersalah tekan butang, kita bimbang Najib juga akan diletakkan dalam satu bakul yang sama dengan pemimpin-pemimpin terdahulu. Mampukah Najib mengambil tindakan yang sama ke atas Mohamad Hassan seperti mana yang dilakukan Tun Dr Mahathir?

No comments: