Friday, November 27, 2009

BEKAS MUFTI PERLIS MEMANG PATUT DITANGKAP!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Kita diberikan pendidikan mengenai Islam sejak kecil. Ada yang mempelajarinya di pondok-pondok dan madrasah. Ada yang mula mempelajarinya di bangku sekolah. Hari ini ramai anak-anak mempelajari di kelas-kelas agama khas yang diadakan di sekolah dan dikenakan yuran tertentu.

Dalam kita mempelajari agama, pernahkah kita mendengar pandangan berikut mengenai solat Hari Raya, Jumaat dan Zohor?

Bekas Mufti Perlis Asri Zainul Abidin memberi pandangan berikut:

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).

Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).

Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.

Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.

http://drmaza.com/home/?p=847

Jelapang bukanlah pandai sangat mengenai agama. Belajar pun hanya semasa di bangku sekolah dan bukan lulusan UIA mahupun Al-Azhar. Tetapi setelah merenungi pandangan Asri ini, rasa ada yang tak berapa kena dengan pandangan beliau ini.

Kepada yang jahil seperti Jelapang, pandangan seumpama ini seolah-olah satu pandangan yang boleh membawa kepada kesesatan dan bahaya kepada umat Islam. Tetapi Asri orang pandai dan pakar agama. Seharusnya orang-orang yang pandai agama di Malaysia seperti Mufti-Mufti bangkit menangkis pandangan Asri ini mengenai solat Jumaat, Hari Raya dan Zohor.

Apalah salahnya hari ini kita menunaikan kedua-duanya sekali, solat Hari Raya dan Zohor. Kalau kita boleh menghabiskan berjam-jam di Tesco dan Giant atau bagi sesetengah anak muda di panggung-panggung wayang, apalah salahnya pada hari ini kita ke masjid dua kali, sekali di waktu pagi dan sekali tengah hari nanti.

Ini pandangan Jelapang menggunakan logik. Asri seharusnya menggalak dan mengajak umat Islam lebih bertaqwa dan berhadapan dengan tuhan dan bukannya mengurangkan masa bersama tuhan.

Logiknya, kalau inilah pandangan Asri, tidak hairanlah beliau ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

6 comments:

keraspedal said...

nak tanya...ada ke DR.asri kata salah untuk solat kedua dua sekali..?

yang gua amati dan faham,dr.asri tak kata salah untuk solat kedua duanya,tp kelonggaran diberi untuk pilih..

sama seperti solat qasar dan jamak,katakan lah jelapang ni dari kl ke pahanglebih 2 marhalah dah tu,kenapa pi jamak and qasar,salah ke nak solat satu satu?n salah ke kalau tak nak qasarkan(pendekkan)solat wajib tu?

kalau nak ikutkan alasan jelapang yang kata kalau boleh pi gaint dan tesco 2 kali,apa salah berhenti 2 kali untuk solat zohor dan asar walaupun kita dalam perjalanan?

perkara ni serupalah..

gua bukan suka sangat dr.asri,tp ko tu,kalau nak bangkang bab agama pun,study la dulu...nanti malu sendiir maa..

fs-86 said...

Saya pun jahil juga..

Tapi, jika Dr Asri betul, maka mungkin itulah dia keindahan Islam yang mudah dan memudahkan.

Sebagai orang yang tinggi ilmu agamanya, mendisiplinkan umat Islam dengan Islam pastinya lebih baik daripada mengajak umat Islam melakukan yang ter-mudah sahaja.

Tetapi, jika anda kata daripada lepak di Tesco, lebih baik pergi solat Jumaat, saya kurang bersetuju kerana hujah itu macam tiada kaitan. Orang lepak di Tesco adalah hak mereka jika mereka tahu mereka diberi kelonggaran solat Jumaat, sama seperti orang yang solat jamak meskipun perjalannya sejauh 2 marhalah itu memakan masa 2 minit..

Minta maaf..Allah lebih Tahu

Anonymous said...

tangkap...tangkap/

Panglima Perang Cyber said...

lama lama rakyat akan sedar kenapa Dr Asri patut ditangkap

fahaman wahabi memang memudaratkan dari memberi manfaat.

Anonymous said...

dah betul la tu apa yg dr asri cakap.... yg engko nak mengomen tentang perkara yg engko sendiri jahil buat apa ? drp dok komen agamawan baik la ko komen menteri yg jaga hiburan tu.... byk merosakkan anak2 kita

Anonymous said...

Hukum hakam dalam Islam berdasarkan hujjah daripada nas Al-Quran dan Hadith, bukan berdasarkan akal. Nak faham kena belajar ilmu Usul Fiqh. Saya bukan pencinta Wahabi dan bukan penentang tegar wahabi. Dr Asri bagi saya adalah wahabi sederhana bukan seperti Rasul Dahri, wahabi keras kepala dan keras pedal. Asri amat menyanjung Qardhawi sebaliknya Rasul Dahri menyesatkan Qardhawi. Dalam persoalan solat Jumaat dan Solat Aid pada hari yang sama, saya berpandangan Dr Asri berkata benar dan jujur menepati Syarak. Namun saya cenderun kepada Mazhab Syafie yang mewajibkan kedua-dua solat tersebut. Ingat ini persoalan khilafiyah. Persoalan memudahkan (ada pilihan) bukan perpecahan (antara Haq dan batil).
~ osmanor