Friday, June 12, 2009

WAN HISHAM, DIN ADAM, ROSOL WAHID: BANTULAH BPR

3 Feb 2008. Wan Hisham Wan Salleh ketika itu ahli Exco di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu Idris Jusoh memegang jawatan Exco Infrastuktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Terengganu, membuat kenyataan berikut kepada wartawan The Star, Joceline Tan: "Previously, people saw us as underdeveloped, lazy, stupid. Now we are proud to be from Terengganu; we're not shy to have the state number plate on our cars.” (Sebelum ini, orang melihat kita sebagai tidak membangun, pemalas dan bodoh. Sekarang kami bangga datang (orang) dari Terengganu. Kita tidak lagi malu ke sana ke sini menggunakan kereta berpletkan Terengganu." )http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2008/2/3/columnists/joceline/20215913&sec=joceline Wan Hisham ketika itu dengan bangganya merujuk kepada Masjid Kristal yang bernilai RM249 juta. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm
Joceline Tan seharusnya mengemukakan soalan itu sekali lagi kepada Wan Hisham hari ini selepas bumbung Stadium Sultan Mizan Zainul Abidin runtuh. Stadium itu dibina di era Wan Hisham dan bos beliau, Idris. Kita ingin tahu adakah Wan Hisham akan mengulangi kenyataan yang sama bahawa beliau bangga menjadi pemimpin Terengganu yang membina stadium yang bumbungnya runtuh selepas setahun siap?
Hari ini akhbar the Star menyebut tiga nama yang boleh membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatannya mengenai kejadian stadium runtuh itu. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/6/12/nation/4103466&sec=nation
Mereka ialah Datuk Wan Hisham Wan Salleh, Datuk Din Adam (Exco Belia dan Sukan) dan Datuk Rosol Wahid (Islam Hadhari dan Kebajikan). Akan turut dipanggil ialah pegawai-pegawai kanan JKR.
Semuga SPRM membuktikan bahawa ianya bukan sahaja menangkap ikan bilis malah jerung pun disauknya sekali.

1 comment:

Anonymous said...

Kerajaan kena betul2 telus dalam kes ini. Kita nak tahu siapa dibelakang kontraktor stadium ini. Kalau mengikut laporan akhbar kontraktor dari korea. Betul ke dibuat oleh orang korea. Kerajaan kena telus dalam hal ini.