Monday, June 15, 2009

AHMAD MASLAN, AHMAD MASLAN & AHMAD MASLAN

"Saya sendiri potong rumput guna mesin hampir sejam sehingga selesai majlis. Pada sebelah malam saya menginap di rumah Saudara Sulaimi di Kampung Karangan Manek Urai. Saya juga menziarah 11 buah rumah penduduk yang tua, sakit dan daif di sekitar peti undi Manjor dan Manek Urai Lama.'' - Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan.
Terkenang kita kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau kita ikuti ucapan-ucapan Tun selama 22 tahun beliau menerajui negara, lazimnya Tun membahasakan dirinya KITA.
Pada Tun, KITA, bermaksud rakyat, negara, Umno dan kerajaan bukan Tun Dr Mahathir Mohamad sahaja. Sebaliknya dalam kes Ahmad Maslan SAYA dalam bahasa Ahmad Maslan bermaksud Ahmad Maslan, Ahmad Maslan dan Ahmad Maslan.
Kalau menang di Manik Urai nanti, Presiden Umno, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden janganlah lupa pada Ahmad Maslan.

No comments: