Tuesday, September 29, 2009

NAJIB PILIH BEKAS BANDUAN SEBAGAI CALON!

UMNO tidak bermaruah. Umno tidak bermoral.

Inilah yang kita hendak sampaikan kepada Najib Razak, Presiden Umno, berikutan keputusan beliau memilih Isa Samad sebagai calon Umno di Bagan Pinang.

Apabila Najib mengambil alih tampuk pentadbiran Umno, janji beliau ialah membawa perubahan drastik di dalam Umno ekoran aspirasi yang ditunjukkan oleh rakyat semasa pilihanraya umum Mac 2008 yang mahukan Umno berubah.

Di mana janji itu? Isa adalah "bekas banduan Umno." Isa adalah seorang perasuah seperti mana yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin Umno pada 24 Jun 2005. Tidakkah Najib malu pada rakyat dengan keputusan beliau hari ini?

Bukankah Najib sendiri yang mengesahkan Isa sebagai perasuah? Najib ketika itu Timbalan Presiden Umno dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno ketika Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk mengurangkan hukuman ke atas Isa dari 6 tahun ke 3 tahun pada 7 Oktober 2005.

Tidak mengejutkan sekiranya Najib diserang hebat oleh Pakatan Rakyat semasa kempen pilihanraya Bagan Pinang ini. Tidakkah terlintas di fikiran Najib bahawa pemilihan Isa membawa risiko yang lebih besar kepada beliau dari Isa?

Najib dan pimpinan Umno akan dituduh bertolak ansur dengan Isa kerana "bapa borek, anak rintik" dan Isa dan pimpinan Umno sama sahaja, sama-sama perasuah. Imej Umno akan terjejas lebih teruk. Umno akan dituduh tidak sedar diri dan hari ini, Najib sahkan bahawa beliau dan Umno tidak berminat mencegah gejala rasuah di dalam parti.

Jelas Najib hanya mahu menang di Bagan Pinang tanpa memikirkan tentang masadepan Umno dan perasaan rakyat dan penyokong Umno di seluruh negara. Najib takut kepada kekalahan sehingga sanggup mengorbankan imej Umno yang semakin nazak ketika ini.

Keputusan Najib hari ini sama seperti mana di zaman Abdullah Ahmad Badawi. Lebih mementingkan kawan dan membalas budi kawan dari masadepan Umno.

Apakah Najib tidak menyelami perasaan orang muda seluruh negara? Tidak cukupkah Isa menikmati faedah sebagai Menteri Besar selama 22 tahun dan 2 tahun sebagai Menteri Kabinet?

Adakah Bagan Pinang ketandusan pemimpin dan pemimpin muda sehinggakan Najib terpaksa memilih seorang bekas banduan yang sudah mencecah usia 6 abad sebagai calon di kerusi dewan undangan negeri (bukan kerusi Parlimen pun)?

Selama ini rakyat mempunyai keyakinan Najib serius dalam membawa perubahan dalam parti apabila Muhammad Muhammad Taib, Azalina Othman Said dan Zain Mohamad digugurkan dari barisan Kabinet.

Malangnya, pemilihan Isa hari ini memusnahkan segala harapan yang ada pada Najib.

10 comments:

Arif Omar said...

mungkin anda lupa kot. lim guan eng bukan bekas banduan? 1 tahun dipenjara. 1 penggal tidak boleh jadi calun dalam pru. dsai bekas baduan dan bakal ke penjara juga. Tian chua juga bekas banduan, manoharan isa, gobala isa, eli juga macam sundal kehidupannya, arumugam apa kurangnya dan banyak lagilah. yang lain. isa mana bekas banduan. itu tatatertib parti. cuba buka mindalah. politik politik juga. tapi nampak lah kelemahan kita bila kurang tepat bukti tu.

Apanama said...

Anwar Ibrahim - BEKAS BANDUAN

Lim Guan Eng - BEKAS BANDUAN

Zaid Ibrahim - BEKAS MACAM2 - termasuk tuduhan terbaru berkonspirasi dengan Ambiga (ex-Bar Council president) untuk menjatuhkan maruah kerajaan dan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan memperbodohkan Tun Abdullah Badawi.

(Ambiga kini adalah peguam kepada bekas speaker sementara kerajaan negeri Perak Sivakumar)

So, siapa CRIMINAL yang sebenarnya??

Anonymous said...

jangan ler cam tue .... anwar ibrahim tue bekas banduan gak... cakap pakai otak....

Fikir Dahulu Sebelum Mem "Blog" said...

Saudara,

Saya juga tidak bersetuju. Namun Tan Sri Isa bukan bekas banduan. Dia tak pernah di hukum oleh mahkamah dan masuk penjara.

Yang jelas sudah masuk penjara ialah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Anonymous said...

dalam prkara ini kita tidak bolih menyalahkan individu tsbt semata mata ini krana 1.orang orang umno di kawasan tsbt menyokong kuat 2.umno sendiri brsalah krana menubuhkan jwatan kuasa disiplin yg sendirinya gagal di dlm perlaksanaanya 3.inilah dikatakan politik majoriti walaupun 1 suara dia lah kuasa. rahim

Detguaq said...

Bro,

Segala-galanya sudah pihak blogger lakukan. Tetapi disebabkan kuasa telah diberikan oleh akar0umbi kepada pemimpin, maka keputusannya kononnya adalah juga keputusan bersama......

Aku juga menjadi mengkelan dengan suasana ini. Dengar kata Isa memang dikehendaki oleh sebilangan besar pengundi disana. Tetapi kesan jangkapanjangnya nanti sudahkah difikirkan kesannya?

Orang NS said...

Sdra,

Bila pula Tan sri Isa jadi banduan?" Tolong semak fakta anda, jangan sedap jari menaip tanpa memakai otak.

ahli umno PD said...

Salam,

Tan sri Isa Samad tidak pernah menjadi banduan, yang pernah menjadi banduan dan masih aktif berpolitik ialan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

di harap saudara dapat membetulkan kesilapan fakta sdra sebelum sdra di saman.

Bicara Luncai said...

Nampaknya BN akan tumbang lagi lagi...sebab masih pilih calon yang terpalit dengan lumpur.PM Dtuk najib nampaknya tak mahu dengar nasihat Tun Mahathir tapi hendak menjaga kepentingan individu bukan untuk kepentingan parti.

Anonymous said...

порно любительское молоденькие http://free-3x.com/ порно онлайн видео подростковое free-3x.com/ супер онлайн порнушка школьниц [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]