Tuesday, September 8, 2009

HARGA PETROL: ISMAIL SABRI MENIPU RAKYAT?

Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, perlu menjawab tuduhan ini kerana ianya satu tuduhan yang sangat serius.

Tuduhan ini datang dari Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, yang menuduh Ismail MENIPU RAKYAT dalam isu harga baru petrol RON 95 dan RON 97.

Tuduhan Azan.

Penipuan pertama: Kenyataan Ismail kononnya harga petrol tidak naik semata-mata kerana pengenalan petrol RON95 yang dijual pada harga RM1.80 seliter, padahal harga RM1.80 ini sebelum ini adalah untuk petrol RON97 yang sekarang berharga RM2.05 seliter, petrol yang telah diguna sejak sekian lama oleh rakyat Malaysia.

Penipuan kedua: Ketika pengumuman kenaikan harga petrol dibuat, Ismail mengatakan yang harga petrol mentah dunia waktu itu adalah US$82 setong, sedangkan harga sebenarnya adalah US$71.35.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/index.php/bahasa/37157-ismail-sabri-dangkal-uruskan-keperluan-barangan

Benarkah Ismail Sabri menipu? Kita harap Ismail tampil memberi penjelasan dan membuktikan bahawa tuduhan Azan bahawa beliau menipu rakyat adalah tidak benar.

Sebenarnya penjelasan Ismail mengelirukan atau mungkin bertujuan mengelirukan. Padahal penjelasan bos beliau, Najib Razak, mengenai isu petrol ini lebih mudah difahami.

Kata Najib: "Janji kami kepada rakyat ialah subsidi 30 sen tetapi subsidi itu pada masa ini lebih daripada 30 sen. Jadi perlu ada sedikit penyesuaian (kenaikan)... penyesuaian (kenaikan) yang sedikit saja."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=437630

Kita tunggu penjelasan Ismail dan menilai samada tuduhan Azan bahawa Ismail MENIPU RAKYAT betul atau tidak.

2 comments:

Anonymous said...

kalau tak salah aku dia cakap dalam TV, PURATA harga ialah USD8x.xx setong.
Malaysian insider ni putar belit sikit.

Anonymous said...

dia kata harga minyak tak naik, itu aku baca dalam paper. aku baca dalam utusan mail sabri kata harga minyak dunia USD82.50 dalam bulan ogos. tapi aku check dalam internet harga sebenar paling tinggi USD73.00. jadi betul lah mail sabri tak cakap betul.