Wednesday, January 21, 2009

POST MORTEM KT III: WAN FARID KACA, BUKAN PERMATA, PAK LAH

Rumah Wan Farid umpama mahligai. Pagar rumahnya dikatakan sama tinggi dengan bumbung rumah. Mungkin ianya dakyah pembangkang. Tetapi tiada pokok tidak bergoyang kalau tiada angin.

Tetapi rakyat yang kerdil yang tinggal di sekeliling rumah Wan Farid berteduh dibawah pondok yang usang umpama anak ayam kesejukan, berteduh dari hujan dan petir kemiskinan.
http://www.malaysiakini.com/news/96168

“Undilah Wan Farid”. Sepelusuk Kuala Terengganu pemimpin Umno diketuai Pak Lah meminta rakyat Terengganu mengundi Wan Farid. “Wan Farid baik. Kalau tidak tak kan saya lantik dia jadi Setiausaha Politik saya,” kata Pak Lah. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=382368

Pak Lah ingat rakyat Kuala Terengganu tidak berakal. Beliau meletakkan “kaca” di atas pentas dan minta rakyat Terengganu mempercayai ianya “permata”. Malangnya, pemimpin-pemimpin Umno mengamalkan sikap “pak turut”. Maka mereka pun sama-sama menyeru ‘betul, itu permata.”

Kaca, tetap kaca, Pak Lah.

Era memaksa rakyat mengundi calun yang latarbelakangnya kurang molek sudah berakhir, Pak Lah.

Zaman di mana Umno mengharapkan rakyat mengundi siapa saja demi “bangsa, agama, negara dan Melayu”, sudah berakhir, Pak Lah.

Hari ini, ianya bukan lagi mengenai apa yang Umno mahu rakyat mempercayai, tetapi ianya mengenai apa yang rakyat mahu Umno penuhi!

1 comment:

Anonymous said...

kenape pembangkang suka sangat kaitkan dengan rumah pemimpin umno, ramai pemimpin umno rumah "robek" dan ramai juga rumah pemimpin pembangkang yang bagai mahligai.... ini semua hasil dari titik peluh masing-masing,,, jangan dok pertikaila ,,, cuba pergi tengok rumah takiyudin exco kelantan,,, kalau rumah dia kecil, tapi boleh beli pasar mpkb lama dengan rm14 juta wei... bukan 14 juta rupiah atau bath tapi rm... mana sauk duit banyak tu,, ye,,, paham ,,, hutang dengan bank,,,, habis pemimpin lain tak hutang ke, rumah yusop haslam 6 tingkat pun hutang dengan bank...