Memang sukar hendak mendapatkan bilik di dua buah hotel di Kuala Terengganu akhir-akhir ini. Ramai juga merungut harga bilik mahal di ketika Kuala Terengganu dibanjiri para penyokong parti terutamanya ahli-ahli Umno.
Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu bukan saja medan pertandingan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Ia lebih kepada medan meraih undi untuk pertandingan Majlis Tertinggi Umno Mac nanti.
Jadi, tidak hairanlah jika hotel-hotel besar di Kuala Terengganu dipenuhi oleh perwakilan-perwakilan Umno. Lobi-melobi berlaku sehingga lewat malam.
Tetapi yang agak menarik ialah cakap-cakap di kedai kopi yang mengatakan ada pemimpin Umno yang menempah bilik di dua hotel ini dengan tujuan untuk mendapat keuntungan mudah.
Pemimpin ini dikenali ramai di Terengganu. Kononnya beliau menempah bilik-bilik tersebut Disember lagi atas nama sebuah agensi milik beliau untuk dijual kepada ahli-ahli Umno.
Rasa-rasanya Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan, lebih mengetahui. Kata Azalina: "Berdasarkan maklumat yang saya terima, dua buah hotel dan sebuah agensi terbabit mengenakan caj setinggi RM1,000 sebilik bagi satu malam berikutan permintaan yang tinggi semasa tempoh kempen pilihan raya kecil. ...Mungkin ada pembabitan pihak ketiga dan pada masa ini siasatan sedang dijalankan, dan mengikut undang-undang, sesebuah hotel mesti menjual kadar sewaan bilik kepada pelanggan tetap dan tetamu hotel dan bukan menerusi pihak ketiga." http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=383117
Kita tunggu hasil siasatan Azalina. Kita hendak tahu samada pemimpin tersebut difitnahkan atau memang benar beliau mengaut keuntungan dari pilihanraya kecil ini. Pemimpin yang dimaksudkan sudah kaya raya. Tak kan sampai jual bilik untuk menambah kekayaan!
Semuga cakap-cakap di kedai kopi ini tidak benar!
4 comments:
Brother,
Siapakah bekas Menteri yang sibuk nak bertanding untuk jawatan naib presiden Umno, tetapi sedang bercuti di Bahamas sekarang ni?
Pemimpin-pemimpin Umno lain sedang sibuk berkempen untuk Calon Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, tetapi bekas Menteri ni sedang bersantai dengan ahli-ahli keluarganya di Kepulauan Bahamas yang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Yang lain sibuk berkempen siang-malam, sipolan ini sedang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Alangkah bahagianya hidup.
Perwakilan Umno patut menolak pemimpin seperti ini. Sudah banyak sangat kes sipolan ini. Batu dan kayu sahaja yang sipolan ini tak makan, yang lain habis dimentedarah...
Pantun untuk Dato' Seri Najib:
Bercerai sudah bertalak sudah
kasih sayang ditelan waktu
Mencuri sudah, meraba sudah
Takkan nak simpan sipolan begitu.
January 13, 2009 1:43 AM

Pian Gombak.
Anon,
Siapa bekas Menteri tu. Jangan bagi suspense lah.
BETUL TU SAUDARA...BOIKOT MESTI BOIKOT!!!
BAGAIMANA PULA JIKA KITA MENGHANTAR SUKARELAWAN BAGI BERPERANG MENENTANG ISRAEL DI BUMI PALESTIN???
KITA MENDESAK KERAJAAN AGAR BANTUAN KENTENTERAAN DI HANTAR DALAM MEMPERTAHANKAN BUMI PALESTIN INI.http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/hantar-pejuang-kita-ke-tanah-palestin.html
Post a Comment