Friday, January 30, 2009

PUBLISITI LEBIH PENTING PADA MAT TAIB DARI RUMAH UNTUK ORANG MISKIN?


Hari ini terpampang satu lagi rencana iklan yang disiarkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui Muhammad Muhammad Taib, calon Timbalan Presiden Umno Mac nanti.
Sekiranya beliau menang, beliaulah bakal pembantu Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri.
Kalau minggu lepas Mat Taib menabalkan dirinya sendiri "Arkitek Kemajuan Desa", hari ini dua mukasurat digunakan untuk mempromosikan dirinya sendiri dan hari ini Kementerian beliau membelanjakan hampir RM65,000 untuk menyiarkan rencana iklan di Utusan Malaysia hari ini.
Ini sudah melampau. RM65,000 digunakan oleh satu Kementerian yang diamanahkan untuk membela rakyat marhaen telah digunakan oleh Kementerian ini untuk mempromosikan bos mereka yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.
Kalau RM65,000 ini digunakan untuk membina rumah buat golongan yang daif, sekurang-kurangnya, dua keluarga miskin mendapat pembelaan.
Malangnya, publisiti untuk Mat Taib lebih penting bagi Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah daripada membina bumbung buat rakyat yang daif.
Tahniah kepada Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah dan Menterinya.

1 comment:

akusayangumno said...

Salam,

Aku dah lama tak baca Utusan edisi kertas, dok belek edisi online jer, so tak pernah le aku terserempak dengan iklan yang macam tu tu....

Dan kenapa perlu iklan sedemikian oleh pemimpin yang kita tahu mempunyai kisah silam yang negatif dan sukar dikikis dari lipatan sejarah....manakala iklan ini bukannya penawar, malah semakin meracuni persaan benci kepada beliau dengan lebih mendalam. Beliau tidak sepatutnya dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO!!!