"Pertama, kalau hendak ditonjolkan bahawa UMNO begitu serius hendak menangani isu politik wang (rasuah politik) dalam UMNO, penangkapan tersebut hanya melibatkan beberapa ahli UMNO cawangan. Jawatan yang tertinggi yang didakwa terlibat hanyalah seorang Ahli Majlis Tertinggi dan seorang Naib Ketua Bahagian. Dimata masyarakat, ianya masih bertaraf `ikan bilis'. Ahli Majlis Tertinggi itu hanya seorang bekas Setiausaha Politik. Ianya melibatkan wang sejumlah RM200 ke RM500 sahaja...alahai..
"Bagi kebanyakan orang, insiden penangkapan tersebut tidak akan dapat meyakinkan orang ramai bahawa UMNO serius dalam usaha untuk menangani masalah politik wang. MACC juga akan dilihat tidak begitu komited dan serius untuk benar benar berkemampuan menangani masalah rasuah politik dinegara ini. Majoriti rakyat akan hanya menganggap bahawa tindakan tersebut hanyalah melepas batuk ditangga. Tindakan window dressing sahaja. Masih dianggap terlalu kecil bagi sebuah agensi yang bertaraf Suruhanjaya. Amat sukar untuk diyakinkan bahawa hanya setakat itu yang termampu dilakukan oleh MACC untuk mengibarkan bendera MACC sebagai badan anti rasuah yang berwibawa...
Ini adalah pandangan Saudara Ramli Yunus, orang kuat Umno Bahagian Pokok Sena, Kedah.
Ramli membayangkan bukan standard Suruhanjaya setakat nak cekup seorang ahli Majlis Tertinggi yang hanya Naib Ketua Bahagian. Standard Suruhanjaya sepatutnya cekup bapak-bapak jerung. Kalau setakat ikan bilis, tak payahlah naik taraf Suruhanjaya. BPR dulu pun cekup ikan bilis saja.
Bacalah pandangan Saudara Ramli di blog beliau, Batu Putih. http://ramli-dap.blogspot.com/2009/01/umno-dan-politik-wang.html
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
BETUL AKU SOKONG.
SETAKAT TANGKAP IKAN BILIS NAK BUAT APA??
TU YANG BESAR-BESAR JERUNG MAKAN LAGI BANYAK!!!
TAK ADIL!!!
IKAN BILIS BERAPA SEN JE!
WALAUPUN IKAN BILIS YANG RAMAI NAMUN UNTUK MEMBANTERAS GEJALA RASUAH INI IANYA PERLU DILAKUKAN DARI PERINGKAT ATASAN!!!
KALAU DAH ATAS KENA PANCUNG MESTI YANG IKAN BILIS NI TAKUT!!!
KENAPA ANWAR SUKA BUNTUT???
http://gomo-no1.blogspot.com/2009/01/anwar-buntut-punya-olang.html
Syabas SPRM berani gegari
Di negeri Pahang beroperasi
Negeri asal bakal PM nanti
Ulas positif najib menyakini
Di negeri lain juga tak kecuali
Kes lama-lama juga masih gali
Spesis ikan besar usah kecuali
Segerakan ke mahkamah adili
Beri dan terima duit, antara ciri
Salah gunakuasa berbahaya lagi
Macam si anwar dipenjara ingati
Penjara Sg Buluh menjadi saksi
serling
[27.01.09]
selasa
.....
Post a Comment