“Pemimpin UMNO sama ada suami atau isteri suka menonjol kemewahan yang melampau. Tak cukup dengan harta bertimbun ditambah kemewahan pada paras rupa. Pengundi bukan mahu tengok muka pemimpin berkulit mulus dan putih melepak. Biar hitam legam tetapi ada kualiti!”
“Terlampau banyak skandal di kalangan pemimpin UMNO (tidak semua). Ada pemimpin wanita muda (isteri orang) yang cantik terjebak cinta dengan suami orang sampai rumah tangga hancur lebur. Sepatutnya pemimpin UMNO menjadi 'imam kepada pengundi.”
“Isteri pemimpin UMNO susah nak tutup aurat (tidak semua) sedangkan tutup aurat itu wajib. Kenapa? Tak cantik? Ingat! Pengundi tak suka tengok isteri pemimpin menonjol pelbagai warna rambut. Isteri pemimpin UMNO biarlah bersederhana dalam apa keadaan.”
Ini bukan pandangan Jelapang. Ini pandangan seorang pembaca yang disiarkan Utusan Malaysia semalam. Adalah baiknya Jelapang siarkan kandungan surat ini untuk renungan pemimpin-pemimpin, ahli-ahli Umno dan isteri-isteri mereka.
Sebab-sebab pengundi bosan?
SEBAGAI penyokong dan juga ahli UMNO, saya ingin berkongsi dan memberi pandangan kenapa parti UMNO tidak lagi menjadi penarik di kalangan pengundi Melayu. Jika parti UMNO terus bertakhta di hati pengundi, para pemimpin renung-renungkanlah coretan ini.
- Sejauh manakah calon-calon yang akan bertanding dalam Perhimpunan Agung UMNO benar-benar pilihan rakyat. Walaupun mereka ditentukan oleh bahagian masing-masing tetapi sejauh manakah mereka disenangi oleh akar umbi. Ada ketua bahagian sudah berbelas-belas tahun memegang jawatan. Apa perubahan yang nampak? Perubahan yang nampak hanya kekayaan. Dan muka itu juga kekal hingga di Perhimpunan Agung UMNO nanti. Bosan tak pengundi?
-
- Tidak dinafikan ada pemimpin jujur, amanah dan mesra rakyat. Daripada wakil rakyat biasa akhirnya dapat menjawat jawatan menteri. Alhamdulillah. Sayangnya pemimpin ini kurang bijak, kurang idea dan terlampau berhati-hati mengatur langkah. Bosan tak pengundi?
-
- Jangan nafikan kehebatan pemimpin UMNO terdahulu. Pemimpin UMNO sekarang terlampau paranoid dengan pemimpin terdahulu. Kenapa? Mungkin mereka tidak dapat menandingi kehebatan pemimpin UMNO dahulu. Salahkah pemimpin sekarang berganding bersama pemimpin lama untuk melahirkan cetusan idea yang lebih baik? Asyik-asyik nak melenting saja.
-
Di mana kehebatan pemimpin ini? Ingat, sepatutnya pemimpin sekarang lebih berpuluh-puluh ganda lagi hebat daripada pemimpin dahulu. Tetapi pemimpin sekarang ketinggalan berpuluh-puluh ganda berbanding pemimpin terdahulu.
Layakkah mereka pada alaf 21 dengan segala-galanya bergerak pantas. Bosan tak pengundi?
- Pengundi muda sekarang lebih cenderung pada pemimpin vokal dan banyak idea. Kenapa UMNO tidak mahu menonjolkan pemimpin sebegini melalui badan bukan kerajaan agar mereka lebih rapat dengan pengundi muda.
-
Pemimpin yang ada ciri-ciri begini biasanya tidak diberi peluang kerana dikhuatiri akan menenggelamkan pemimpin yang gilakan kuasa. Akhirnya pemimpin sebegini berkubur perlahan-lahan dan UMNO ketandusan pemimpin yang baik. Siapa yang rugi? Bosan tak pengundi?
- Pemimpin UMNO sekarang suka berjanji kepada rakyat dengan bulan dan bintang. Yang peliknya menjelang pilihan raya sahaja. Jangan malu menciplak resipi baru parti pembangkang andai kata resipi baru ini boleh melazatkan selera pengundi!
-
- Pemimpin UMNO sama ada suami atau isteri suka menonjol kemewahan yang melampau. Tak cukup dengan harta bertimbun ditambah kemewahan pada paras rupa. Pengundi bukan mahu tengok muka pemimpin berkulit mulus dan putih melepak. Biar hitam legam tetapi ada kualiti!
-
- Terlampau banyak skandal di kalangan pemimpin UMNO (tidak semua). Ada pemimpin wanita muda (isteri orang) yang cantik terjebak cinta dengan suami orang sampai rumah tangga hancur lebur. Sepatutnya pemimpin UMNO menjadi 'imam kepada pengundi.'
-
- Isteri pemimpin UMNO susah nak tutup aurat (tidak semua) sedangkan tutup aurat itu wajib. Kenapa? Tak cantik? Ingat! Pengundi tak suka tengok isteri pemimpin menonjol pelbagai warna rambut. Isteri pemimpin UMNO biarlah bersederhana dalam apa keadaan.
-
- Pemimpin lama yang dah banyak terpalit dengan skandal jangan ghairah nak bertanding jawatan. Pengundi dah jemu. Sudah tiba masanya pemimpin ini mengundur diri. Ingat kalau anda sayangkan parti UMNO tanpa jawatan pun anda boleh memberi sumbangan.
-
Renungkanlah sebahagian coretan ini. Syabas kepada pemimpin yang ikhlas berjuang dalam UMNO. Jangan teragak-agak singkirkan mereka yang gila kuasa dan wang. UMNO perlukan jenama yang baru dan segar!
SAYANG UMNO
Bangi
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mempunyai pandangannya tersendiri kenapa Umno kalah di Kuala Terengganu.
Kalau itu Ahmad, ianya bukan berpunca dari pemilihan Wan Farid Wan Salleh atau pengundi Cina. Ia juga bukan disebabkan perpecahan di dalam Umno Terengganu.
Ianya, kata Ahmad, disebabkan oleh pengundi luar tidak pulang mengundi. Kata beliau, kalau kesemua 3,000 pengundi luar balik dan mengundi BN, sudah pasti Umno menang.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm&arc=hive
Post mortem Ahmad Said sungguh menakjubkan. Mungkin itulah sebabnya beliau dilantik menerajui Umno Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bila akan muncul agaknya pemimpin UMNO muda yang vokal dan banyak idea itu?. Dulu kita ada. Tapi beliau tidak dapat bertahan kerana dituduh melakukan perbuatan keji ( meliwat ). Apakah DS Najib mampu menjadi seorang yang vokal dan banyak idea? Selain vokal dan banyak idea, berani berjuang juga antara satu faktur. Umpamanya berani dan mampu menghentikan sikap melemparkan babi dimerata-rata oleh setengah rakyat Malaysia.
Saya menyokong ulasan tuan....UMNO PERLU KAN SATU REFORMASI YANG LEBIH JITU!
2 generasi teratas pemimpin UMNO sekarang perlu undur diri dan biarkan pemimpin lapisan muda ambil-alih dan lakukan rebranding UMNO.
Hentikan amalan memberi/menerima title Datuk/Datin & etc sbb itu menjauhkan UMNO dgn rakyat.
Hentikan amalan 1 org pemimpin pegang terlalu banyak jawatan dalam UMNO/Kerajaan.
Insya-allah, jika ini dilakukan dengan segera kamu mampu beri saingan sengit kepada PR (namun menewaskan mereka belum tentu lagi).
Post a Comment