Wednesday, January 28, 2009

TAJOL ROSLI LETAK JAWATAN

Bekas Menteri Besar Tajol Rosli telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak.

Desas desus kedengaran selepas Adun Bota Nasaruddin Hashim keluar Umno dan menyertai Keadilan.

Laporan Berita Harian sebentar tadi.

PARIT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali hari ini mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Keputusannya itu berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Nasaruddin Hashim keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahad lalu.

Tajol Rosli yang juga bekas Menteri Besar Perak, berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jam 4.30 petang Isnin lalu.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan tindakan Nasaruddin keluar Umno dan menyertai PKR Ahad lalu sebagai sebagai undi tidak percaya terhadapnya untuk memimpim Umno Perak.

Beliau berkata, tindakan Nasaruddin cukup memalukan Umno negeri ketika ini terutama selepas BN kalah dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya bertanggungjawab apa yang berlaku berlaku ketika ini," katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090128183704/Article

2 comments:

kluangman said...

Terlewat dan terlambat...sepatutnya ikut macam Dolah, letak jawatan bertempoh, tunggu March.

Tahniah kepada Zahid Hamidi.

Anonymous said...

Ini mungkin adalah perancangan Najib sendiri, Dua orang ADUN PKR ditangkap.. si Bota keluar UMNO, si Tajol Rosli letak jawatan.. Najib mengambil ahli jawatan tersebut, Zahid Hamidi duduk diam-diam tengok Najib tunjuk macam mana nak buat kerja. Si Bota kembali ke UMNO, si kene dakwa menerima rasuah seks keluar PKR dan menyokong UMNO, mungkin antara tawaran berkaitan dengan pendakwaan yang dikenakan.. si DAP ni ada kemusykilan sikit.. kemungkinan RM yang terlalu menarik untuk dilepaskan.