Wednesday, January 7, 2009

DR MAHATHIR BAKAL KAMBING HITAM UMNO DI KUALA TERENGGANU?

SEKIRANYA Umno kalah di Kuala Terengganu, sudah pasti orang-orang Pak Lah akan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad kambing hitam dan punca Umno gagal mempertahankan Kuala Terengganu.

Malahan orang-orang Pak Lah sudahpun memberi tanda-tanda akan menjadikan Dr Mahathir kambing hitam.

Orang-orang Pak Lah enggan menerima realiti bahawa pilihan mereka, Wan Farid Wan Salleh, sebagai calon adalah satu kesilapan besar.

Dr Mahathir menganggap pemilihan Wan Farid sebagai satu keputusan buruk dan Wan Farid adalah proksi orang-orang Pak Lah. Seperti yang dijangkakan, portal berita pro-Pak Lah menyerang Dr Mahathir dengan menganggap kenyataan bekas Perdana Menteri itu sebagai satu lagi cubaan untuk menggagalkan Umno seperti mana yang dilakukan oleh beliau Mac lalu.

"The latest bombshell by Dr Mahathir could lead to a repeat of the March 8 general elections where his attacks on the government and calls for a stronger opposition were credited with helping the opposition to their greatest electoral gains ever." http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/15287-dr-m-says-that-wan-farid-is-a-bad-choice-for-kt

"Kenyataan mengejutkan Dr Mahathir akan membawa kepada berulangnya insiden Mac 8 di mana serangan Dr Mahathir terhadap kerajaan dan kenyataannya menyeru supaya rakyat perlu kepada barisan pembangkang yang kuat sebenarnya telah membantu pembangkang mendapat undi yang besar dalam sejarah." - Malaysian Insider

Jelas dari laporan Malaysian Insider, awal-awal lagi Dr Mahathir sudah dijadikan "kambing hitam Kuala Terengganu."

Realitinya, Umno bakal menghadapi kekalahan memalukan di Kuala Terengganu dan akan memalapkan lagi peluangnya untuk pilihanraya umum akan datang. Ketika ini peluang Umno untuk menang hanya 40 peratus.

Menurut New Straits Times hari ini: "Ground reports say that BN is trailing with its popularity among voters at slightly over 40 per cent." (Laporan awal menunjukkan BN ketinggalan dalam undi populariti pengundi. Sokongan terhadap BN hanya 40 peratus) http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Columns/2445967/Article/index_html

Persoalannya adakah Wan Farid calon terbaik Umno untuk Kuala Terengganu? Adakah keputusan mencalonkan Wan Farid merupakan salah satu keputusan terbaik yang dilakukan Pak Lah sepanjang pemerintahan beliau yang akan berakhir Mac nanti?

Terimalah hakikat bahawa Wan Farid adalah calon yang tidak dapat membantu Umno untuk mempertahankan Kuala Terengganu. Terimalah hakikat bahawa perwatakan Wan Farid amat tidak disenangi oleh pengundi.

Tanyalah Ketua-ketua cawangan Umno. Tanyalah ahli-ahli jawatankuasa cawangan Umno dan tanyalah ahli-ahli Umno di Kuala Terengganu. Tanyalah pandangan mereka siapa Wan Farid.

Malahan Najib Razak mengakui Wan Farid mempunyai perwatakan yang tidak disenangi oleh ahli-ahli Umno di Terengganu. Lihatlah laporan New Straits Times Selasa lalu.

*Though Najib did not refer to him by name, he told Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh to correct perceptions that he was an elitist and aloof and adopt mannerisms more in tune with the constituency's voters.Wan Farid has been characterised in previous reports as being too urbane, arrogant and out of touch with Kuala Terengganu residents, many of whom are rustic in outlook.

"Walaupun Najib tidak secara terang-terangan merujuk kepada Wan Farid, beliau mengarahkan Wan Farid untuk memperbetulkan persepsi bahawa Wan Farid seorang "bangsawan dan sombong". Beliau mahukan Wan Farid mengubah perangai beliau dan sesuaikan diri dengan ciri-ciri kekampungan pengundi. Dalam laporan-laporan yang lepas, Wan Farid dikatakan terlalu sombong dan bongkak dan bangsawan. Wan Farid tidak memperdulikan kepentingan penduduk Kuala Terengganu yang kebanyakannya orang desa."

**In a pointed message to Wan Farid, Najib said: "We must greet everyone from the front of their doorsteps all the way to the back of their kitchens and you must look them in the eye when you do it."We must remember that this is a kampung atmosphere. The people here do not care how highly educated you are as they put a premium in how courteous and approachable you are. They do not want an elitist. So salam and wave to everyone even if you are tired."

Mesej Najib jelas seolah-olah mengajar Wan Farid (bagaimana hendak menjadi orang kampung) . Najib berkata: "Apabila kita bertemu orang, bersalamanlah dengan mereka dari pintu hadapan sehingga ke pintu dapur. Biar mata bertemu mata. Kita mesti ingat kita berhadapan dengan orang kampung dan kita sekarang berada di kampung. Orang kampung tak peduli setinggi langit mana latarbelakang pendidikan kita. Mereka meletakkan nilai yang tinggi kepada budi bahasa dan penghormatan kita kepada mereka. Mereka tidak mahukan seorang bangsawan. Jadi hulurlah tangan bersalaman dengan mereka. Kalau terlampau letih, lambai tangan kepada mereka." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2445182/Article/index_html

Salah siapa memilih Wan Farid? Sepanjang tempoh kempen ini, Wan Farid kenalah berlakon dan jadi hipokrit.

Kalau Umno kalah di Kuala Terengganu, jangan salahkan Dr Mahathir. Jangan salahkan Umno Terengganu. Jangan tuduh ada pemimpin sabotaj parti. Jangan salahkan pekerja parti. Tak perlu ada post-mortem. Kerana siang-siang lagi kita tahu di mana salahnya.

4 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Calon BN di kay tee tidak sesuai dan kurang layak adalah kenyataan umum khususnya di dalam UMNO sendiri dan Mahathir hanya 'make it loud and clear'.

Tidak bererti BN tidak boleh memang, faktor kelemahan PAS dan emosi semasa pengundi di kay tee juga harus di ambilkira.

Pakatan bukannya bagus sangat tetapi UMNO sendiri masih belum sedar diri.

Ahmad Saabun said...

Tuan, saya juga ada mengulas tentang kenyataan tun itu. Kalau ada masa lawatilah www.ahmadsaabun.blogspot.com. Berbeza pendapat bukan bermakna kita bersalah. Blog tuan juga saya telah letakan di blogroll saya. Salam

Anonymous said...

Terima Kasih

Saudara Ahmad


JELAPANG

Anonymous said...

how true mr jelapang..sampai bila lah org umno nih nak sedaq..bila kalah dok tuding jari sedangkan depa buat silap dr awai awai lg...