Monday, April 4, 2016

EKONOMI MALAYSIA KUKUH, BERCUTI DI LUARNEGARA PERKARA BIASA BUAT KELUARGA EKSLUSIF




EKONOMI Malaysia kukuh.

Itulah ungkapan yang kita dengar setiap hari dari Najib Razak, Wahid Omar, Zeti Aziz dan Menteri-Menteri Kabinet Najib.

Kerana ekonomi yang begitu baik, Najib serta ahli keluarga dan para Menteri tidak pernah TIDAK bercuti di luarnegara semasa musim cuti. Rumah pun besar, kereta besar, belanja besar, duit masuk pun besar.

Malahan menyambut Tahun Baru pun MESTI di luarnegara. 2014, Najib menyambut tahun baru di Los Angeles, 2015 di Dubai. 

Ini adalah kesan dari pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh.

Ekonomi hanya baik untuk Najib, para Menteri, para Ahli Parlimen, para Ketua Bahagian Umno.

Ekonomi ini kukuh hanya untuk golongan MINORITI.

Keperitan golongan MAJORITI bukan satu masalah buat golongan MINORITI.

Saban hari kita diberitahu - EKONOMI MALAYSIA KUKUH.

Tetapi di mesyuarat-mesyuarat di Jabatan-Jabatan Kerajaan, kuih dah tidak hidang.

Ekonomi Malaysia kukuh, tetapi di sekolah pertandingan bolasepak antara sekolah pun dibatalkan kerana tidak ada duit untuk membeli hadiah.

Di universiti, para pensyarah diminta mencari pelajar ("pelanggan" masters) baru walaupun ekonomi Malaysia kukuh.

Ekonomi Malaysia kukuh, tetapi biasiswa JPA hanya untuk pelajar belajar di universiti tempatan.

Ekonomi Malaysia kukuh, tetapi subsidi gandum pun ditarik kerajaan.

Ekonomi Malaysia kukuh, kata Najib tetapi hari ini sebuah akhbar menyiarkan cerita seorang ayah terpaksa MENCURI kerana anaknya LAPAR selepas hilang pekerjaan berikutan penangguhan kem PLKN.



Ekonomi Malaysia kukuh tetapi keluarga ini TIDAK mampu membayar SEWA dan terpaksa menumpang di rumah abang ipar.

Itulah MALAYSIA.

Ekonomi bagus HANYA orang tertentu sahaja.

Ekonomi bagus HANYA untuk orang yang mempunyai jawatan saja.

Ekonomi bagus HANYA untuk bapa-bapa Menteri saja.

Ekonomi bagus HANYA untuk KETUA BAHAGIAN Umno saja.

Ekonomi bagus HANYA untuk Ahli Parlimen Umno saja.

Ekonomi bagus HANYA untuk orang yang rapat dengan Perdana Menteri saja.

Ekonomi bagus hanya untuk Perdana Menteri dan keluarganya saja.

Malaysia hanya untuk mereka sahaja.

Malaysia hanya untuk GOLONGAN MINORITI saja bukan untuk golongan MAJORITI.


Friday, April 1, 2016

APA BEZANYA NAZIR DENGAN NAJIB RAZAK?

In his caption, Nazir had described his two colleagues as showing a 'surprised' Tan Sri Md Nor Yusof (right) the Facebook posting by Badlisyah on WSJ’s article. — Instagram screencap

SEMUGA Nazir Razak, adik Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, masih ingat akan episod perletakan jawatan CEO CIMB Bank Islamik, Bank milik beliau, Badlishah Abdul Ghani, Julai tahun lepas.

Kesalahan Badlishah ialah membuat kenyataan mengelirukan menerusi Facebook beliau berkaitan laporan Wall Street Journal mengenai kemasukan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun abang beliau, Najib.

Badlishah mengambil tanggungjawab atas kesilapan beliau dan mengambil keputusan meletakkan jawatan sebagai CEO di bank milik Nazir.

Jika Nazir LUPA akan episod tersebut, boleh lah merujuk kepada posting instagram beliau pada masa itu (gambar atas).

http://www.astroawani.com/berita-bisnes/ceo-cimb-islamic-bank-letak-jawatan-65873

Cukup hebat INTEGRITI Nazir dan bank beliau ketika itu.
Semalam Nazir MENGAKU menerusi sepucuk surat kepada WALL STREET JOURNAL bahawa beliau ada menerima US$7 juta melalui akaun abang beliau.

http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/603658-nazir-razak-mengaku-terima-us-7-juta-dari-najib.html

Dan menerusi akaun instagram beliau semalam, Nazir melahirkan rasa KESAL kerana menerima wang tersebut untuk dibahagikan kepada ahli politik.

Sekarang terpulanglah kepada Nazir bagaimana beliau mahu menegakkan budaya INTEGRITI di dalam bank beliau.

Macam-macam diperkatakan di bawah. Ada yang mahu Bank Negara menyiasat CIMB mengunakan Akta Money Laundering.

Ada yang mempermainkan seluruh keluarga Nazir dan adik beradik beliau.

Kita tidak memaksa Nazir mencontohi anak buah beliau, Badlishah.

Nazir hendak meletakkan jawatan atau memecat diri beliau dari CIMB bukan masalah kita.

Terpulanglah kepada Nazir.

Nak memecat diri sendiri pun tak mengapa. Tak nak pecat diri sendiri pun tak mengapa.

Kita tak kisah, semua terpulang kepada Nazir.

Cuma kita hendak bertanya kepada Nazir, bagaimana beliau mahu orang tidak MENYAMAKAN beliau dengan abangnya.

Dan apa bezanya Nazir dengan Najib?

Thursday, March 31, 2016

RUPA-RUPANYA ADIK, ANAK NAJIB SEMUA DAPAT BAHAGIAN


SELAMA ini kita beranggapan Nazir Razak satu-satunya di dalam keluarga Najib Razak yang ada sedikit integriti berdasarkan kata-kata INDAH yang Nazir berikan di dalam temuramah dengan media tempatan dan akaun INSTAGRAM BELIAU.

Rupa-rupanya Nazir hanya indah rupa dari khabar.

Hari ini laporan media Amerika Syarikat, Wall Street Journal, melaporkan Nazir turut MENERIMA USD7 JUTA (RM28 JUTA) dari akaun kontroversi abangnya, Najib Razak.

Bukan itu saja, anak Najib Ashman pun dapat bahagiannya.

Inilah dikatakan KELUARGA BAHAGIAn.

Berikut laporan WSJ yang dilapor semula oleh Malaysiakini.



Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbarThe Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakini juga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.
Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$70,000 dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.

Monday, March 28, 2016

NAJIB & KU LI TERKENA VIRUS "TAK TAU"?



SATU dunia sedang mencari ramuan untuk melawan virus Zika, TETAPI di Malaysia kita sedang mencari ubat kepada VIRUS "TAK TAU".

Najib Razak, apabila ditanya bagaimana wang sejumlah RM2,600 JUTA (RM2.6 bilion) masuk ke akaun beliau, jawab Najib: "Tak tau"

Tiga hari lepas, Tengku Razaleigh Hamzah berkereta ke bangunan Parlimen dan mengambil lif untuk ke bilik Najib, dan menandatangani Deklarasi Kelantan menyokong Najib, bila ditanya, juga berkata dia "TAK TAU."

Kata Ku Li, menurut Zaid Md Arif (video atas), beliau ingat beliau menandatangani kertas rekod kehadiran.

Itulah "standard" Perdana Menteri kita. Perdana Menteri sekarang terkena virus "TAK TAU", BAKAL Perdana Menteri Malaysia selepas Najib, Tengku Razaleigh Hamzah, pun terkena VIRUS TAK TAU.

Sementara itu, tertanya-tanya kita adakah Ku Li lebih bernilai dari Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi sehinggakan Najib ke rumah Ku Li sebanyak 8 kali.

Berapa kalikah agaknya Najib ke rumah Zahid?

Kalau ikut Zaid Md Arip, nampaknya Ku Li lebih BERNILAI kepada Najib dari Zahid Hamidi.

Saturday, March 26, 2016

DR MAHATHIR: TENGKU RAZALEIGH PERANCANG GULING NAJIB





Ku Li dalang gulingkan Najib, dakwa Tun M

Nawar Firdaws | March 26, 2016


Ku Li didakwa memberikan idea kepada Dr Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tak percaya di Parlimen.

PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib.

Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar.

“Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.


Friday, March 25, 2016

KU LI DENGAN ANGAN-ANGANNYA, GANTI NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI?



31 OKTOBER 2014, Tengku Razaleigh Hamzah berucap di Parlimen. Ucapan beliau umpama ucapan bakal seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Najib Razak apabila dijatuhkan nanti.

http://kedahku.blogspot.my/2014/10/surat-terbbuka-tengku-razaleigh-hamzah.html

Tidak lama selepas itu, khabar angin bertiup kencang bahawa pembangkang serta beberapa ahli Parlimen BN akan menyertai satu usaha untuk membawa usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap Najib dan Ku Li akan menjadi Perdana Menteri yang baru.

Bagaimana pun cadangan tersebut hanya angan-angan Ku Li. Tidak seorang pun ahli Parlimen BN sanggup mengkhianati BN.

Akhirnya usul tersebut berkubur.

Semalam, 24 Mac 2016, Ku Li muncul membawa BERITA GEMBIRA buat Najib.

Ku Li kini PEMINAT no 1 Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Hari ini juga, pembangkang tahu siapa Ku Li sebenarnya.

Pada mulanya Ku Li dijangkakan dihadiahkan jawatan Pengerusi Petronas menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik.

Apakah HADIAH buat Ku Li?

PERDANA MENTERI?

Hanya Ku Li saja yang mengetahuinya.

Atau hadiah ini hanya satu lagi angan-angan Ku Li.


Monday, March 21, 2016

SOHAIMI SHAHADAN PENIAGA HEBAT

NAJIB TUN RAZAK mendengar penerangan daripada Sohaimi Shahadan

TAHNIAH kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno Sohaimi Shahadan.

Nampaknya sampai ke Pekan, Pahang, Sohaimi berniaga.

Hujung minggu lepas, Sohaimi dipuji oleh boss beliau, Najib Razak, kerana berniaga sehingga ke Pekan.

Syarikat yang dipengerusikan Sohaimi akan membangunkan Taman Teknologi Hijau di kawasan boss beliau. 

Pelaburan pun bukan calang-calang - RM1.5 bilion melibatkan TANAH SELUAS 151.7 hektar.

Fasa pertama akan siap April tahun depan. Sudah pasti orang Pekan berdebar-debar menanti April 2017.

Semuga Sohaimi tidak mengecewakan harapan orang Pekan dan boss beliau.

Lagipun tahun depan sudah hampir dengan PRU-14.

Kita tunggu April 2017.

Friday, March 18, 2016

JAMAL SUNGAI BESAR: HERO NAJIB, HERO UMNO & HERO UMNO SELANGOR

jamal_rempit

TAHNIAH kepada Jamal Ikan Bakar.

Seharusnya beliau dijadikan idola oleh seluruh keluarga Umno. Kalau hendak dibandingkan dengan Ketua Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, jauh lebih baik Jamal Yunos, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar.

Tak takut kepada sesiapa. Tak pandang kepada JASA pemimpin lama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Inilah perwira.

Najib Razak perlu berterima kasih mempunyai hulubalang yang setia dan sedia melindungi beliau dari tohmahan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib.

Umno Selangor tidak perlu pening kepala mencari calon Menteri Besar.

Buat masa ini, Jamal yang paling layak diketengahkan sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Azmin Ali.

Hari ini, Jamal "menyerang" pejabat Dr Mahathir.

Itulah caranya jika kita SAYANG pada Presiden kita. Berani menyerang siapa saja, tidak kiralah Dr Mahathir itu bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri atau orang yang kita sayang itu berada di pihak yang salah.

Tahniah kepada Najib dan Najib perlu berterimakasih kepada Jamal.

Beruntung Umno Selangor mempunyai pejuang bernama Jamal, penjual ikan bakar.




Geng baju merah ‘serang’ pejabat Mahathir

Tarrence Tan | March 18, 2016



Himpunan diketuai Jamal Yunos itu bagi membantah Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat untuk jatuhkan Najib Razak.


PUTRAJAYA: Kira-kira 400 peserta yang diketuai Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkumpul di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, bagi menyuarakan bantahan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu membawa sepanduk gambar anti Mahathir dan melaungkan kata-kata seperti “Insaf Mahathir” dan “Hidup Najib”.

Menurut Jamal, bantahan ini disertai oleh beberapa NGO dari Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Selangor dan Pahang.

Jamal berkata, bantahan itu dianjurkan kerana kecewa dengan tindakan Dr Mahathir yang bersekongkol dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat.


“Kebanyakan peserta bantahan ini adalah penyokong kuat Dr Mahathir.

“Tetapi sekarang Dr Mahathir bersama pihak pembangkang terutamanya DAP. Dr Mahathir ialah seorang pengkhianat,” katanya yang merujuk kepada Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh Mahathir bersama kumpulan penentang dalam UMNO dan pembangkang.

Jamal juga menegaskan, beliau akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Najib.

Kumpulan itu gagal menyerahkan memorandum bantahan kerana Dr Mahathir tidak berada di pejabat ketika himpunan itu.

Dr Mahathir mengetuai Deklarasi Rakyat yang turut mendapat sokongan kuat PKR, DAP, dan AMANAH serta masyarakat sivil yang terdiri daripada aktivis masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ mengandungi beberapa tuntutan sebagai tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/18/geng-baju-merah-serang-pejabat-mahathir/


Wednesday, March 16, 2016

GELAGAT ANWAR: ANNUAR MUSA "KAKI BALUN"



Berikut tulisan blogger Gelagat Anwar mengenai ANNUAR MUSA



Berkesankah Annuar Musa Setakat Ini?


Waktu Abang Mad Maslan jadi Ketua Penerangan, macam-macam komplen kita dengar. Abang Mad tak cukup IQ lah. Abang Mad tak cukup sharp lah. Abang Mad banyak cerita pasal diri sendiri lah. Abang Mad poyo lah. Macam-macam.


Sudahnya, dilantiklah TS Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan. Dengan harapan, orang pandai bercakap macam Annuar Musa akan selesai semua masalah. Bagi lah isu apa pun, tahu lah Annuar Musa goreng. Memang lumat dia goreng.


Masalahnya, Annuar Musa bukanlah bersih sangat. Macam-macam hal ada dalam closet. Macam-macam. Memang kita tahu, selepas PRU13, TSAM antara yang paling vokal balun PM dalam group Whatsapp. Semua dia balun. Katanya, sebab tak dilantik Menteri, TSAM akan main game balun.


Sekarang bila dilantik, masih lagi balun orang.


Masih lagi pertikai kedudukan Ahmad Maslan sebagai Pengerusi Biro ICT UMNO Malaysia. Kenapa Ahmad Maslan bergerak sendiri dan tak pakai Biro Penerangan.


Pertikai juga kenapa Rahman Dahalan (RD) dapat bajet besar melalui Better Nation, tapi Penerangan tidak diberi.


Pertikai juga, elok dia dilantik sebagai Menteri atas kedudukan sebagai Ketua Penerangan. Mudah nak guna bajet kerajaan.


Merungut tak sudah-sudah. Dapat jawatan merungut. Tak dapat merungut. Tak ada yang baik PM dan kerajaan ni.


Makna nya apa, TSAM ini memang jenis orang kaki balun. Nak kan lebih perhatian dan bajet. Nak duduk tempat tinggi.


Kalau macam ini mentaliti dan daya juangnya, alamat tak baik lah.


Asyik pertikai orang lain, kerja sendiri tak terbuat.




Dan Jelapang pernah menulis mengenai Annuar Musa . Baca link ini:  http://kedahku.blogspot.my/2013/07/annuar-musa-bekas-menteri-pembangunan.html

Tuesday, March 15, 2016

APANDI ALI IDOLA GENERASI MUDA?



MALANG buat Peguam Negara Apandi Ali.

Dalam sejarah kehakiman dan perundangan negara, Peguam Negara menjadi IDOLA sesuatu generasi terutamanya siswazah jurusan undang-undang.


Sehingga hari ini, generasi yang kini mencecah usia 50an keatas cukup KAGUM kepada bekas Peguam Negara Abu Talib Osman (gambar bawah).



Di tahun-tahun 80an, Abu Talib menjadi sumber inspirasi anak-anak muda ketika itu. Ramai pelajar universiti menyimpan cita-cita menjadi peguam dan ramai mahu menjadi Peguam Negara.

Abu Talib merupakan Peguam Negara yang mengendalikan kes pembunuhan Dato Taha Talib di Gemencheh, Negeri Sembilan, pada 14 April 1982.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamad_Taha_Talib

Ramai juga mengenali Mokhtar Abdullah, Peguam Negara yang mengendalikan kes melibatkan Anwar Ibrahim. Kita akan mengenang Gani Patail di atas pemecatan beliau kerana siasatan ke atas Najib Razak.

Begitu juga dengan Hamzah Abu Samah dan Abdul Kadir Yusuf, dua tokoh kebanggaan frateniti perundangan.

Hari ini, kita ada Peguam Negara bernama Apandi Ali.

Hari ini dua perkara berlaku melibatkan Apandi.

1) Pembangkang mengemukakan USUL TIDAK PERCAYA kepada Apandi di Parlimen kerana dalam kes DERMA RM2.6 juta melibatkan Najib Razak.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/15/wan-azizah-fail-notis-usul-desak-ag-dikenakan-tindakan/


2) Majlis Peguam menFAILKAN semakan kehakiman di mahkamah berikutan keputusan Apandi tidak mendakwa Najib.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/majlis-peguam-fail-semakan-kehakiman-terhadap-keputusan-peguam-negara-apandi-ali-98701


Itulah INTEGRITI dan IMEJ Apandi sebagai Peguam Negara. 

Dalam bahasa yang mungkin kurang ENAK, LEKEHnya Peguam Negara Malaysia sekarang ini.

Tak perlulah kita bandingkan dengan Abu Talib Othman, Hamzah Abu Samah, dan Abdul Kadir Yusuf.

Tahap kredibiliti dan rasa hormat kepada Apandi bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Peguam Negara terdahulu.

Bagaimanapun Apandi tidak perlu menyesal.

Kerana itu adalah pilihan beliau sendiri.

Kepada anak-anak muda. Kuatkan semangat. Teruskan cita-cita untuk menjadi Peguam Negara. 

Jadilah Abu Talib Othman, Hamzah Abu Samah, Abdul Kadir Yusuf dan Mokhtar Abdullah sebagai sumber inspirasi.

Negara memerlukan seseorang Peguam Negara yang berwibawa dan dihormati seperti mereka ini.



Sunday, March 13, 2016

SANUSI JUNID: UMNO AKAN KALAH KALAU NAJIB TAK TURUN




SANUSI JUNID


"Kalau ada pertanyaan daripada orang (kepada Najib Razak mengenai 1MDB, derma RM2.6 bilion, duit SRC International), kita (Najib) tak boleh UPAH orang suruh jawab, kita  kena JAWAB SENDIRI. Saya ingat tak usah lah orang-orang di atas duk MENIPU ORANG KAMPUNG... tipu orang kampung takut kat Cina..."


"Cina yang kita patut MELUAT ni, Cina macam JHO LOW tu dan penyangak-penyangak kawan dia yang lain itu, yang itu yang kita patut BENCI, yang itu pula jadi macam ORANG BAIK... "


   

Saturday, March 12, 2016

NAJIB TERDESAK, KINI KU LI TEMPAT MENGADU


Menurut Tengku Razaliegh Hamzah, Najib Razak BERTEMU beliau 2 hari lalu.

Berikut komen Ku Li mengenai pertemuan tersebut:

“Saya beritahu dekat dia (Najib), kita (Ku Li dan Najib) kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat ‘matikan’ segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat... Kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara. Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali. Parlimen juga akan membincangkan hasil laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara. Kita tidak tahu sejauh mana laporan itu kerana masih dirahsiakan dan jawatankuasa akaun Parlimen masih menyelidiki laporan yang sampai kepada mereka. Saya percaya kalau ini boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat dan pihak luar negara saya rasa akan meredakan sedikit keadaan ini. Tetapi kalau kita tidak memberi jawapan yang boleh mematikan atau memadamkan spekulasi ni saya rasa susah juga kita nak menghadapi masalah ini.” 
 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ku-li-yakin-najib-dapat-selesai-kemelut-negara-1.199812

KESIMPULAN JELAPANG

1. Najib sudah dipinggirkan oleh orang lama dan berpengaruh di dalam Umno diketuai Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu, hanya kepada Ku Li Najib dapat mengadu. Yang memegang jawatan sekarang hanya menunggu KESEMPATAN. Sudah menjadi adat di dalam Umno, hari ini 188 Ketua Bahagian menyokong, ESOK MUNGKIN TINGGAL KOSONG.


2. Najib di dalam ketakutan. Takut kepada laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan di Parlimen.


3. Najib buntu. Tidak ada jawapan kepada isu sekarang. Jika benar seperti kata Najib beliau ada cadangan untuk menyelesaikan masalah, sudah lama isu ini diselesaikan. Sehingga hari ini kesemua isu melibatkan Najib dijawab dengan cara PUTAR BELIT dan pembohongan.

4. Najib takut kepada imej buruk beliau di luar negara. Bagi Jelapang, imej Najib sudah tidak penting dan telah lama buruk. Yang amat penting sekarang ialaj imej negara di mata dunia dan Islam. Berdekad negara dihormati dunia, ketika masalah kewangan, ketika konflik Bosnia, tetapi hari ini Malaysia hanya menjadi bahan kejian dan tertawa.

5. Najib terdesak.

Friday, March 11, 2016

NAJIB PECAT DR MAHATHIR SEBAGAI PENASIHAT PETRONAS. TENGKU RAZALEIGH PENASIHAT BARU?

Image result for mahathir+petronas

HARI INI, Najib Razak memecat Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

Pecat memecat sudah menjadi LEGASI Najib.

Siapa yang tidak SEBULU diPECAT.

Senarai pemimpin Umno yang tidak sebulu dengan Najib dan Rosmah Mansor semakin panjang, hari demi hari.

Cuma Najib takut hendak memecat bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mungkin kerana Najib takut RAHSIA beliau didedahkan oleh Ahmad Said atau kerajaan negeri JATUH ke tangan Pas.

Kesalahan yang dibuat oleh Ahmad Said amat BERAT SEKALI - cuba menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Umno di Terengganu.

Tidak ada kesalahan dalam parti yang lebih berat daripada itu.

Sebenarnya tidak ada masalah jika Kerajaan Umno di Terengganu TUMBANG kerana yang akan menggantikan Umno pun sahabat Najib - Hadi Awang.

Hanya pentadbiran kerajaan negeri berpindah tangan - dari Umno kepada sahabat karib Najib, Hadi Awang, pemimpin parti Pas. Sekurang-kurangnya Hadi mendapat peluang memperbetulkan kesilapan beliau yang lalu di mana sebagai Menteri Besar, Hadi mentadbir Terengganu sama seperti beliau mentadbir Masjid Rusila.

Kembali kepada pemecatan Dr Mahathir.

Khabar angin bertiup kencang bahawa Tengku Razaliegh Hamzah akan dilantik sebagai penasihat Petronas yang baru.

Katanya Najib ada bertemu Ku Li sebelum Dr Mahathir melancarkan Gerakan Undur Najib - Selamatkan Malaysia.

Katanya juga, Ku Li turut terlibat di dalam gerakan tersebut tetapi selepas bertemu Najib, beliau mengundur diri.

Dulu Ku Li cuba menobatkan diri beliau sebagai penyelamat negara dan segala apa yang dilakukan oleh Najib semua salah sehinggakan Ku Li mengutuskan SURAT kepada semua Ahli Parlimen dan menyenaraikan segala KELEMAHAN kerajaan pimpinan Najib.

Tidak cukup dengan itu, Ku Li berucap di Parlimen umpama ucapan "State of the Union" Presiden Amerika Syarikat bagi memberi gambaran beliau lah yang layak membetulkan keadaan negara.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga ghairah untuk menjadikan Ku Li sebagai Perdana Menteri sehinggakan pada satu ketika tahun lepas, usaha dilakukan untuk MEMANCING Ahli Parlimen BN untuk menyokong undi tidak percaya kepada Najib dan Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Itu lah Tengku Razaliegh Hamzah.

Sebab itulah beliau hanya mampu naik setakat jawatan Naib Presiden Umno.

Dengan prinsip yang ada sekarang, beliaulah yang paling sesuai dilantik sebagai Penasihat Petronas yang baru menggantikan Dr Mahathir.

Itulah jawatan yang sesuai untuk beliau sebagai hadiah persaraan dan hadiah kepada prinsip diri yang ada pada Tengku Razaleigh Hamzah.



Thursday, March 10, 2016

RAHSIA NAJIB DALAM POKET AHMAD SAID?

Image result for najib+ahmad said

"Saya menyimpan SATU RAHSIA BESAR Perdana Menteri. Saya tidak mahu cerita perkara sebenar di Terengganu sekarang. Kalau saya dedahkan malu semua orang, malu Perdana Menteri. Jangan main-main, ada benda, takut orang malu. Saya korbankan diri saya, saya sanggup melawan Perdana Menteri kerana rakyat Terengganu ‘terhutang’. Saya tak boleh cerita sekarang, saya tunggu tindakan atau komen-komen daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor). Saya tak nak cerita sekarang tetapi jangan buat saya rasa terhina.” - Bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Said.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/09/saya-simpan-rahsia-besar-najib-ahmad-said/

Wednesday, March 9, 2016

AZEEZ RAHIM ANAK EMAS KESAYANGAN NAJIB RAZAK KE? HABIS PROJEK KAMI DIA SAPU?



AZEEZ RAHIM

Sekali lagi rakan-rakan Umno ajak ke kedai kopi, katanya mahu berbincang hal Deklarasi BUANG NAJIB yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad.

Dalam korum malam tadi, ada kawan-kawan yang berjawatan di dalam bahagian-bahagian Umno turut serta minum kopi bersama kami.

Belum pun sempat berbincang mengenai Deklarasi BUANG NAJIB ini, tiba-tiba terpancul dari mulut salah seorang kawan akan nama - AZEEZ RAHIM.

Tiba-tiba merah padam mukanya apabila berbicara mengenai Azeez.

Azeez ini ANAK EMAS Najib ke? katanya dengan nada cukup marah.

"Apa kami ini anak tiri Najib ke?, atau kami anak tepi jalan" katanya.

Maka saya bertanya, kenapa?

"Habis semua projek di Malaysia ini dia SAPU dan dia kata Najib bagi kat dia untuk TOLONG UMNO.

Dalam whatsapp group Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian, semua tengah HOT dengan Najib dan Azeez.

"Masuk sampai ke dalam bilik tidur kami samun harta kami. Dalam satu whatsapp group, satu pemimpin Umno berjawatan di Johor memaki hamun Azeez selepas mendapat tahu Azeez SAPU projek dia di bahagian dia.

"Ada seorang MB/KM dah plan elok-elok macam mana nak tolong Umno negeri. Tiba-tiba diberitahu Najib dah bagi projek itu kepada Azeez. Haram#23%* betul."

Ada satu negeri dah HARAMKAN AZEEZ masuk negeri dia. Ketua di negeri tersebut, katanya, menulis kepada Najib mengharamkan Azeez sapu projek di negeri mereka selepas mendapat tahu Azeez dah KEBAS projek di negeri beliau.

Katanya, orang Sabah tak boleh tengok muka Azeez.

Lebih memeranjatkan Jelapang, apabila salah seorang di kedai kopi malam tadi, mengherdik: "Azeez ini tolong Umno atau tolong Najib jadi PARTNER in CR*&%. 

Sehingga ke tahap itu kemarahan mereka.

Jelapang cuba tenteramkan mereka dengan menyatakan bahawa MUNGKIN semua ini FITNAH.

Mungkin benar Azeez diamanahkan untuk menjaga Umno sebab itulah projek jalan di Johor, Melaka, Selangor, Sabah dll, Najib BERIKAN kepada beliau.

Azeez terBUKTI pandai mentadbir dan menguruskan kewangan. Lihatlah TABUNG HAJI. Dividen pun tinggi tahun ini. Jual tanah TRX pun dah berjuta keuntungan diberikan kepada Tabung Haji.

Jual aset di London pun untung, beli balik saham right issues TH Engineering lagi menguntungkan.

Kalau ikut cakap-cakap orang, Azeez memang orang "kuat" Najib malah ada yang mengatakan adalah penasihat yang Najib benar-benar mendengar nasihatnya.

Balik kepada kawan-kawan di dalam Umno ini.

Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian sedang membuak-buak KEMARAHAN mereka kerana Azeez dah SAPU rezeki mereka diNEGERI mereka.

Tetapi bukan semua. Ada Ketua Bahagian di Selangor yang mana terdapat projek yang Azeez terlibat di bahagian mereka, gembira. Tak percaya tanya Noh Omar.

Ada juga pembuat keputusan di peringkat Persekutuan juga berpuashati dengan kerja Azeez dan sebab itu Menteri tertentu TOLONG Azeez, kata mereka lah.

Oleh itu tak perlulah membuat tuduhan melulu samada Azeez anak emas Najib atau mereka anak tepi jalan.

Umno perlu dijaga. Kalau Najib memilih Azeez untuk menjaga Umno terima sajalah.

Bukankah sebagai ahli Umno kita diAJAR TAAT SETIA kepada pemimpin.

Tak perlulah kita bertelagah kerana DUIT dan KEKAYAAN. Yang penting perjuangan.

Dalam keadaan sekarang, yang penting kita pertahankan Najib dari dijatuhkan oleh Dr Mahathir.

Hal Najib dapat derma atau duit masuk akaun beliau itu soal lain. Yang penting kita setia pada pemimpin.

Mungkin Azeez lebih setia dari kita kepada Najib. Maka layaklah Azeez diberi projek sebanyak itu.

Tuesday, March 8, 2016

KHAIRY PALING RASIONAL BERBANDING PEMIMPIN LAIN



5 HARI yang lalu, seorang ibu berusia 37 tahun, berketurunan India, memberi tahu mahkamah "MAAFKAN saya Puan Majistret. Saya mencuri MILO (2kg) itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu ingin minum MILO."

Ibu tersebut mengaku kesalahan beliau. Ibu tersebut mengaku MENCURI Milo dari sebuah supermarket di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Di atas pengakuan BERSALAH beliau, IBU tersebut diHUKUM PENJARA SEHARI dan DENDA RM200.

Ibu tersebut menjalani hukuman penjara sehari dan mahu dipenjarakan di di atas hukuman denda RM200 kerana beliau tidak mampu menjelaskannya.

Sepasang suami isteri KETURUNAN MELAYU membaca laporan tersebut, memandu berkilometre ke tempat ibu tersebut ditahan dan memBAYAR denda tersebut.

Mencuri tetap mencuri. Tetapi ada yang mencuri, tidak mengaku mencuri.

Yang mencuri mengaku mencuri. Yang menghukum tetap menghukum. Tetapi simpati tetap ada.

Jumaat lepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Deklarasi Selamatkan Malaysia.

Terdapat 37 perenggan di dalam Deklarasi tersebut dan FAKTA-FAKTAnya gagal dibuktikan palsu. Cuma ada pihak menggunakan kuasa eksekutif untuk "menyelamatkan diri" dari tindakan mahkamah.

Pelbagai fakta terkandung di dalam Deklarasi tersebut (termasuk pertuduhan melibatkan RM2.6 bilion), tetapi yang menjadi asas penolakan ialah kehadiran Lim Kit Siang di majlis tersebut.

Inilah politik Malaysia.

Hadi Awang dengan cara dia. Bagi dia, "saya anti-Umno tetapi tidak anti orang Umno".

Agaknya Dr Mahathir Mohamad juga boleh berkata begitu, "SAYA ANTI-DAP, TETAPI TIDAK ANTI ORANG DAP (Kit Siang, Teresa Kok ....)

Hanya yang agak rasional ialah Menteri Besar Johor Khaled Nordin yang merasa bimbang dengan Deklarasi ini.

Khaled mahu Umno melihat isu ini secara RASIONAL, kerana ianya akan menjejaskan Umno semasa PRU-14 nanti.

Tetapi apa ada pada Umno dan masadepan negara?

Anwar Ibrahim pada mulanya menyokong deklarasi ini dan sekarang ini mahu menggunakannya untuk KELUAR dari Penjara. Negara tak penting bagi beliau, keluar penjara lagi penting. Kalau menolak deklarasi ini dapat melembutkan hati Najib dan Rosmah Mansor untuk memBEBASkan beliau, apa guna masadepan negara, keluar penjara lebih penting.

Tengku Razaliegh Hamzah, kejap sokong kejap tidak. Biasalah Ku Li, mahu menjadi orang penting tidak kira dalam suasana politik mana. Jika tidak dipedulikan, beliau akan tampil seolah-olah beliau penyelamat negara. Bila melihat orang lain nampak tampil lebih komited untuk menyelamatkan negara, beliau berundur kerana tidak mahu orang itu lebih mendapat nama dari beliau.

Seorang bekas Menteri senior, sehari dua ini, turut serta dalam perdebatan. Ada masa nampak seperti mengkritik Najib, tetapi 2 hari lalu Dr Mahathir pula dikritiknya. Katanya beliau berminat menjadi Speaker Dewan Rakyat menggantikan Pandikar Amin Mulia.

Ramai turut serta mengkritik Dr Mahathir terutamanya pemimpin Umno Pulau Pinang, Selangor & Wilayah Persekutuan.

Biasalah di dalam keadaan macam ini, projek dan jawatan pun kurang, inilah masanya mengenengahkan diri.

Bila menjadi pemimpin di negeri yang kalah kepada pembangkang, dan tidak diberi jawatan penting, polemik seperti ini ada hikmahnya. Apalah yang dapat dilakukan oleh Non Panjang (Zainal Abidin Othman) dan Noh Omar untuk merampas semula Selangor dan Pulau Pinang dari PKR dan DAP. Hanya setakat bermimpi di siang hari.

Kita memuji Khairy Jamaluddin.

Katanya Khairy adalah antara yang paling KURANG berCAKAP sejak akhir-akhir ini.

Ada yang bercakap belakang-belakang bahawa Khairy ini diam-diam sokong Dr Mahathir.

Itu fitnah. Khairy rasional orangnya.

Dia akan panggil "a spade, a spade" kata orang puteh. Yang betul, dia kata betul. Kalau salah, dia kata salah. Kalau Najib salah, KJ berdiam diri. Itu Khairy.

Penyokong Najib boleh menghentam Dr Mahathir. Anwar boleh menghentam Dr Mahathir dan lepas dari penjara, Veteran Umno boleh menghentam Dr Mahathir dan menduduki kerusi empuk di Dewan Rakyat, Hadi boleh berkokok, tetapi Pas tetap kekal setakat mengurus jawatankuasa surau.

Di bawah ini, rakyat hanya menunggu masanya. Bagi rakyat, masa depan negara itu penting, rezeki depan mata lebih penting.

Seperti yang dipinta oleh Umno, RAKYAT PERLU MENUNGGU KETIBAAN PRU-14. Hari nya akan tiba.

Rakyat tidak sabar menantinya, rasanya BN dan Umno pun begitu juga.