Showing posts with label petronas. Show all posts
Showing posts with label petronas. Show all posts

Wednesday, June 6, 2018

SELAMAT BERSARA SHAZALLI TELEKOM, PERANGKA STRATEGI NAJIB SEMASA PRU14



SALAH seorang penyanyi lagu kempen pilihanraya, Hebat Negaraku, Shazalli Ramli hari ini meletakkan jawatan sebagai CEO Telekom Malaysia.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/shazalli-ramly-letak-jawatan-ceo-telekom-malaysia-1.686644

Macam-macam cerita kita dengar mengenai CEO-CEO GLC terutamanya Shazalli dan mereka-mereka di dalam video di atas.

Katanya Shazalli aktif dalam mereka bahan-bahan kempen untuk Najib Razak.

Kita kena tabik pada Shazalli - gentleman.

Letak jawatan sebelum kena pecat. Macam-macam cerita kita dengar mengenai aktiviti Shazalli sebelum pilihanraya.

Maka keputusan beliau untuk bersara amat di sanjung.

Sebelum terlupa, rasanya tak terlambat untuk Jelapang mengucapkan selamat pengantin baru untuk Shazalli.

Image result for shazalli+wee chee Keong+kahwin

Jelapang terbaca mengenai perkahwinan Shazalli dalam blog Wee Chee Keong.

https://weechookeong.com/2018/03/29/belated-congratulations-to-the-newlywed/


P/S: Selamat bersara juga kepada Pengerusi Petronas Sidek Hassan, orang Pekan, sekampung dengan Najib. Legasi beliau ialah apabila mempengerusikan RCI menyiasat kerugian matawang ketika era Dr Mahathir Mohamad yang dulu. 

Mohd-Sidek-Hassan_rci_600

Selamat bersara juga kepada Omar Ong. Jelapang masih ingat, kalau bukan tekanan Najib kepada Petronas, mana mungkin Omar Ong boleh menjejak kaki di Petronas.

Kepada yang lupa kepada latarbelakang kemasukan Omar Ong ke Petronas, baca di link ini : http://www.theedgemarkets.com/article/heads-may-roll-petronas-over-omar-affair

Jika mahu cerita lebih sensasi, baca di link ini:  https://malaysia-bodoh.com/2017/07/01/shock-mega-payments-bombshell-shadowy-business-figure-omar-mustapha-ong-najibs-cyber-troopers-director-general-military-intelligence-also-received-stolen-1mdb-mone/

Friday, March 25, 2016

KU LI DENGAN ANGAN-ANGANNYA, GANTI NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI?



31 OKTOBER 2014, Tengku Razaleigh Hamzah berucap di Parlimen. Ucapan beliau umpama ucapan bakal seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Najib Razak apabila dijatuhkan nanti.

http://kedahku.blogspot.my/2014/10/surat-terbbuka-tengku-razaleigh-hamzah.html

Tidak lama selepas itu, khabar angin bertiup kencang bahawa pembangkang serta beberapa ahli Parlimen BN akan menyertai satu usaha untuk membawa usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap Najib dan Ku Li akan menjadi Perdana Menteri yang baru.

Bagaimana pun cadangan tersebut hanya angan-angan Ku Li. Tidak seorang pun ahli Parlimen BN sanggup mengkhianati BN.

Akhirnya usul tersebut berkubur.

Semalam, 24 Mac 2016, Ku Li muncul membawa BERITA GEMBIRA buat Najib.

Ku Li kini PEMINAT no 1 Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Hari ini juga, pembangkang tahu siapa Ku Li sebenarnya.

Pada mulanya Ku Li dijangkakan dihadiahkan jawatan Pengerusi Petronas menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik.

Apakah HADIAH buat Ku Li?

PERDANA MENTERI?

Hanya Ku Li saja yang mengetahuinya.

Atau hadiah ini hanya satu lagi angan-angan Ku Li.


Saturday, December 19, 2015

BILA HARGA MINYAK DUNIA PADA TAHAP US$35, HARGA PETROL ERA TUN HANYA RM1.33 TETAPI ZAMAN NAJIB RM2.45. KENAPA?


SEJARAH HARGA MINYAK DUNIA





SEJARAH HARGA PETROL DI MALAYSIA (Klik pada imej untuk besarkan)
http://blog.galvintan.com/malaysian-fuel-price-history/


PETIKAN UCAPAN NAJIB RAZAK DI PERHIMPUNAN AGONG

"Soal syarikat ERL yang disebut-sebut. Sebab (rakyat) marah naik. RM35 naik kepada RM55. Tinggi tapi tuan-tuan tak tahu, perjanjian ini ditandatangani pada tahun1997 lagi. Bukan setahun dua ini. Konsesi jangka panjang.

"Dalam perjanjian itu di mana syarikat YTL menguasai, perjanjian yang saya sifatkan berat sebelah. Harga bergantung kepada 'projected traffic bukan actual traffic'. Dalam perjanjian, lima tahun naik, lima tahun naik.

"Kenaikan kadar ERL itu sudah 'ditahan' sejak saya mengambil alih pemerintahan negara dan masalah itu hanya LEGASI (Tun Mahathir) YANG DITERIMA dari pemerintah (Tun Mahathir) sebelum ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, saya kata jangan naik. 14 tahun tak naik. Tapi pampasannya berapa? RM 2.9 bilion.

"Sebab itulah, kita terpaksa naik (kepada) RM55 kalau tidak, parah kita. Kita runding semula. Kena sambung pula lagi 30 tahun. Sebab perjanjian dah tandatangan.

"Sebab itulah saya nak terangkan kepada perwakilan, saya terima 'problem' legasi atas siapa...?. "



PERSOALANNYA: (Kaji dan teliti carta sejarah harga minyak dunia dan sejarah harga petrol di Malaysia)

KETIKA ERA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


HARGA MINYAK DUNIA PADA ERA Dr Mahathir:

DISEMBER 1986, 1988, 1990, 1992, 1996, 1999, 2001 dan Nov 2002 ketika HARGA minyak dunia berada di antara US$32.43-US$35.87 dan HARGA PETROL RON97 hanya di antara RM1.10-RM1.33



KENAPA DI ZAMAN NAJIB, THE GENTLEMAN,

pada ketika Harga minyak dunia SEKARANG pada tahap US$34.55 (hampir sama dengan zaman Dr Mahathir), TETAPI HARGA PETROL RON97 SEKARANG RM2.45?


KENAPA?

Adakah ini juga disebabkan oleh Dr Mahathir?

Friday, June 27, 2014

SHAMSUL PETRONAS LEPAS GERAM

Disiarkan artikel berkaitan kenyataan CEO Petronas Shamsul Azhar Abbas yang dikritik hebat oleh pihak tertentu yang mahukan Najib Razak memecat beliau untuk pertimbangan sendiri. 


Artikel ini dipetik dari website BNBBC.

http://www.bnbbc.my/?p=16539

JAWAPAN SINDIRAN CEO PETRONAS UNTUK SIAPA?

23 JUN: SETELAH sekian lama membisu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas akhirnya menjawab kemelut yang melanda syarikat minyak dan gas nasional yang sepatutnya bertanggungjawab memayungi ekonomi bangsa Melayu.
Beliau memilih memberitahu umum mengenai pendiriannya menerusi akhbar berbahasa Inggeris, The Edge (Weekly Edition) dengan menyindir kerajaan dan syarikat korporat Melayu secara terbuka sambil mendakwa Petronas bukannya GLC hak milik Bumiputera atau Melayu, sebaliknya ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa, keturunan dan agama.
Beliau memberitahu kerajaan supaya tidak campurtangan dalam urusan Petronas terutama dalam agihan kontrak berbilion ringgit kerana pihaknya mengutamakan keupayaan dan professionalisme, bukannya syarikat yang ada hubungan rapat (well-connected) dengan kerajaan atau tokoh politik tertentu.
Tan Sri Shamsul Abbas membuat kenyataan kontroversi mengenai Petronas dan Melayu.
Tan Sri Shamsul membuat kenyataan kontroversi mengenai Petronas dan Melayu.
Sebelum ini Shamsul dikecam umum kerana disyakki bersekongkol dengan pihak tertentu dalam melaksana agenda merencatkan ekonomi bangsa Melayu.
Ini berdasarkan situasi ekonomi terkini yang menyaksikan banyak syarikat Melayu dalam industri minyak dan gas asli telah terpinggir atau dipinggirkan oleh Petronas.
Malahan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai penasihat Petronas juga dikatakan ada kaitan dengan peminggiran Melayu di dalam agihan kontrak.
Banyak pihak merungut, antaranya Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang lantang mendakwa Shamsul telah mengurangkan vendor Melayu dari 74 kepada sembilan syarikat sejak beliau ambilalih pengurusan Petronas.
Minggu lalu, Shamsul membuat kenyataan media mengenai kemelut itu dengan mendakwa beliau akan terus mempertahankan dasar profesionalisme dan kebebasan mutlak dalam mengendalikan perniagaan Petronas.
Katanya, beliau mahu melindungi kepentingan syarikat minyak nasional daripada sebarang tekanan politik dengan mengamalkan kaedah bidaan terbuka (open bidding) apabila menawarkan kontrak berkaitan minyak dan gas dengan alasan ia dapat mengurangkan kos Petronas.
Malahan, dia tidak akan tunduk atau `kow tow’ kepada mana-mana tekanan politik untuk memberi peluang perniagaan kepada syarikat korporat yang gagal membuktikan kebolehan mereka (unproven records).
Pada temubual dengan akhbar berbahasa Inggeris itu, Shamsul berkata beliau tidak mahu Petronas menjadi mangsa ketamakan `well-connected contractors‘ untuk mendapatkan kontrak sedangkan mereka tidak mempunyai kebolehan teknikal yang diperlukan dalam kegiatan carigali minyak dan gas asli.
“Amat sukar untuk melakukan kerja dengan jujur ​​setiap hari. Anda kena habiskan banyak masa terhadap pekara yang jauh daripada fungsi sebenar (mentadbir Petronas).
“Bukan hanya orang luar (yang menyulitkan keadaan) tetapi juga orang dalam kerajaan, iaitu birokrat. Gangguan birokrasi membuatkan tugasan menjadi semakin sukar,” dakwa Shamsul.
CEO Petronas itu mendakwa beliau menghadapi kesulitan sejak mengambil tampuk pengurusan syarikat daripada Tan Sri Hassan Marican pada 2010.
Antara tindakan Shamsul yang telah membuat kerajaan gelisah ialah menghadkan dividen dibayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 30 peratus daripada keuntungan bersih Petronas bermula 2013 dan seterusnya.
Tindakan itu juga telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin UMNO dan koprorat Melayu yang merasakan bahawa peneraju Petronas perlu sedar diri dan faham dengan fungsi hakiki GLC yang ditetapkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Tetapi Shamsul membidas semula kritikan umum dengan berkata: “Kita (Petronas) memerlukan wang untuk berkembang. Jika kita kekal statik dan pengeluaran terus berkurangan, dalam masa 13 tahun kita mungkin akan tutup kedai.”
Kebanyakan kemelut yang Shamsul hadapi sepanjang tempoh menjadi CEO Petronas dikatakan berpunca daripada segelintir syarikat korporat yang ada hubungan baik dengan kerajaan tetapi tewas pada bidaan terbuka (open bidding) bagi beberapa projek bernilai tinggi yang ditawarkan oleh Petronas.
Pada masa yang sama kebanyakan syarikat di bawah program pembangunan vendor Petronas juga tidak berpuas hati dengan tindakan Shamsul yang menutup periuk nasi mereka dengan menamatkan projek tetap untuk mereka.
Shamsul pula mendakwa beliau berbuat demikian kerana ada di antara syarikat itu menambahkan kos sebanyak 48 peratus, sekaligus menjadikan margin sangat besar.
“Saya juga orang Melayu dan saya bangga menjadi Melayu. Anda rasa saya tidak mahu membantu bangsa saya sendiri? Sudah tentu saya mahu membantu mereka, tetapi dengan cara yang betul – bukan perlu disudukan, ” dakwa Shamsul.
Kekecewaan Shamsul boleh dirasai dari petikan-petikan berikut yang diambil daripada akhbar The Edge, antaranya: “Semua orang boleh melihat bahawa kita di Petronas menghadapi tekanan yang besar. Kami berbangga dengan memberitahu seluruh dunia, memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa kita merupakan satu daripada 500 syarikat yang meraih keuntungan tertinggi di dunia, tetapi adakah kita berkelakuan seperti satu daripada syarikat itu? “
“Inilah kemelut yang sedang kami hadapi, berusaha memerdekaan diri daripada kongkongan, supaya pada akhirnya kita dinilai dari segi prestasi dan keupayaan, tanpa sesiapa yang perlu memberitahu atau mengarahkan apa yang perlu kita dilakukan atau agihkan projek kepada semua pihak yang telah ditentukan.”
“Kerajaan mahu kita menjadi sebuah syarikat minyak terkemuka dunia yang setanding dengan Shell dan ExxonMobil, jadi kami cuba menjadi seperti mereka. Tetapi Shell dan ExxonMobil tidak diganggu oleh kerajaan mereka.”
“Dalam Akta Pembangunan Petroleum amat jelas – minyak dan gas asli adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak mengatakan minyak dan gas hanya milik bumiputera, ia tidak mengatakan sedemikian… ia mengatakan hak semua rakyat Malaysia, ia boleh menjadi milik kerajaan, ia juga boleh menjadi milik pembangkang, ia milik sesiapa saja … dan kita (rakyat) adalah penjaga aset itu. “
“Ia adalah amanah, diamanahkan. Perkataan amanah itu sangat kuat. Sebagai seorang Muslim, adalah menjadi dosa besar jika saya menyalahgunakan prinsip amanah.
“Kita berhadapan dengan ahli-ahli politik, mereka bercakap satu perkara tetapi melakukan pekara yang lain, ia begitu menyukarkan, ia begitu mengecewakan,” dakwa Shamsul lagi.
Sindiran terbuka Shamsul itu menjadi kebimbangan umum terutama syarikat koporat Melayu yang berkeupayaan tetapi masih tidak dapat memiliki projek bernilai tinggi.
Sebahagian besar projek berbilion ringgit dikuasai syarikat kontraktor asing atau syarikat berbangsa Cina yang memiliki rangkaian perniagaan luas di peringkat antarabangsa.
Tidak mustahil, kenyataan pedas Shamsul itu bakal memendekkan lagi jangka hayat beliau untuk menerajui Petronas. Waktu akan menentukannya. – bnbbc.my