Tuesday, March 15, 2016

APANDI ALI IDOLA GENERASI MUDA?



MALANG buat Peguam Negara Apandi Ali.

Dalam sejarah kehakiman dan perundangan negara, Peguam Negara menjadi IDOLA sesuatu generasi terutamanya siswazah jurusan undang-undang.


Sehingga hari ini, generasi yang kini mencecah usia 50an keatas cukup KAGUM kepada bekas Peguam Negara Abu Talib Osman (gambar bawah).



Di tahun-tahun 80an, Abu Talib menjadi sumber inspirasi anak-anak muda ketika itu. Ramai pelajar universiti menyimpan cita-cita menjadi peguam dan ramai mahu menjadi Peguam Negara.

Abu Talib merupakan Peguam Negara yang mengendalikan kes pembunuhan Dato Taha Talib di Gemencheh, Negeri Sembilan, pada 14 April 1982.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamad_Taha_Talib

Ramai juga mengenali Mokhtar Abdullah, Peguam Negara yang mengendalikan kes melibatkan Anwar Ibrahim. Kita akan mengenang Gani Patail di atas pemecatan beliau kerana siasatan ke atas Najib Razak.

Begitu juga dengan Hamzah Abu Samah dan Abdul Kadir Yusuf, dua tokoh kebanggaan frateniti perundangan.

Hari ini, kita ada Peguam Negara bernama Apandi Ali.

Hari ini dua perkara berlaku melibatkan Apandi.

1) Pembangkang mengemukakan USUL TIDAK PERCAYA kepada Apandi di Parlimen kerana dalam kes DERMA RM2.6 juta melibatkan Najib Razak.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/15/wan-azizah-fail-notis-usul-desak-ag-dikenakan-tindakan/


2) Majlis Peguam menFAILKAN semakan kehakiman di mahkamah berikutan keputusan Apandi tidak mendakwa Najib.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/majlis-peguam-fail-semakan-kehakiman-terhadap-keputusan-peguam-negara-apandi-ali-98701


Itulah INTEGRITI dan IMEJ Apandi sebagai Peguam Negara. 

Dalam bahasa yang mungkin kurang ENAK, LEKEHnya Peguam Negara Malaysia sekarang ini.

Tak perlulah kita bandingkan dengan Abu Talib Othman, Hamzah Abu Samah, dan Abdul Kadir Yusuf.

Tahap kredibiliti dan rasa hormat kepada Apandi bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Peguam Negara terdahulu.

Bagaimanapun Apandi tidak perlu menyesal.

Kerana itu adalah pilihan beliau sendiri.

Kepada anak-anak muda. Kuatkan semangat. Teruskan cita-cita untuk menjadi Peguam Negara. 

Jadilah Abu Talib Othman, Hamzah Abu Samah, Abdul Kadir Yusuf dan Mokhtar Abdullah sebagai sumber inspirasi.

Negara memerlukan seseorang Peguam Negara yang berwibawa dan dihormati seperti mereka ini.



2 comments:

Anonymous said...

Tengok muka dia pun dah meluat.

Anonymous said...

Macam kita tanam pokok rambutan kadang-kadang dalam banyak pilih benih terdapat juga jenis yang masam,nak buat apa hanya tebang sajalah.Fikir-fikirlah sendiri apa yang patut dibuat.