Showing posts with label ashman najib. Show all posts
Showing posts with label ashman najib. Show all posts

Thursday, March 31, 2016

RUPA-RUPANYA ADIK, ANAK NAJIB SEMUA DAPAT BAHAGIAN


SELAMA ini kita beranggapan Nazir Razak satu-satunya di dalam keluarga Najib Razak yang ada sedikit integriti berdasarkan kata-kata INDAH yang Nazir berikan di dalam temuramah dengan media tempatan dan akaun INSTAGRAM BELIAU.

Rupa-rupanya Nazir hanya indah rupa dari khabar.

Hari ini laporan media Amerika Syarikat, Wall Street Journal, melaporkan Nazir turut MENERIMA USD7 JUTA (RM28 JUTA) dari akaun kontroversi abangnya, Najib Razak.

Bukan itu saja, anak Najib Ashman pun dapat bahagiannya.

Inilah dikatakan KELUARGA BAHAGIAn.

Berikut laporan WSJ yang dilapor semula oleh Malaysiakini.



Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak dilapor mengesahkan bahawa beliau menerima hampir AS$7 juta dari abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden Umno.
Walau bagaimanapun, Nazir memberitahu akhbarThe Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah sumbangan daripada syarikat dan individu Malaysia bagi kegunaan pilihan raya, dan tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.
"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima mengikut arahan daripada presiden parti (Najib) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki sifar," kata Nazir.
Menurut WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mendapati "majoriti" dana dalam akaun itu berasal dari 1MDB.
Laporan itu juga menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.
Nazir juga mengesahkan kepada WSJ dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau menerima AS$7 juta, yang katanya kemudian dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan pemimpin parti.
WSJ berkata seorang jurucakap CIMB enggan mengulas ketika dihubungi. Malaysiakini juga sudah menghubungi Nazir dan sedang menunggu jawapannya.
Laporan itu juga berkata satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$70,000 dibayar kepada anak perdana menteri, Norashman Najib pada 4 Julai, 2014.