Friday, May 8, 2015

KETUA PEMUDA UMNO JOHOR TEGUR NAJIB



KENYATAAN MEDIA KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO JOHOR
Pergerakan Pemuda UMNO Johor terpanggil apabila kami dihujani keluhan dan keresahan akar umbi akibat pelbagai isu yang muncul akhir-akhir ini. UMNO sebagai sebuah parti perjuangan orang Melayu dan kami sebagai sayap muda dalam parti sentiasa dahagakan penjelasan perlu bersuara agar UMNO akan terus kekal relevan. Isu tekanan kos sara hidup akibat kegagalan pengurusan kawalan harga barang, polemik isu pengurusan 1MDB, isu GST yang umumnya bersetuju tentang kebaikannya tetapi perlaksanaan yang tidak tersusun, isu Felda termasuk perumahan generasi kedua serta isu pembelian aset Tabung Haji perlu ditangani agar tidak terus menjadi persoalan yang tiada noktahnya. Keadaan ini tidak seharusnya berterusan kerana rakyat secara umum akan terkesan.

Pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Johor jelas bahawa YAB Presiden perlu bertindak segera bagi memperjelaskan dan menyelesaikan perkara-perkara ini kepada rakyat. Jika perlu distruktur semula apa pun organisasi yang menjadi tumpuan ketika ini, jika perlu disegerakan apa pun penyiasatan atau proses audit, YAB Presiden perlu bertindak sekarang.

Kita tidak mahu UMNO ditolak rakyat hanya atas sebab tindakan dan keputusan sesetengah pemimpin yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Ini melibatkan soal integriti kepimpinan, kepercayaan dan sokongan rakyat kepada UMNO dan kerajaan hari ini. Sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat, amanah ini harus dipertanggungjawabkan sebaik mungkin. Tiada makna jika segala dasar baik dan nikmat pembangunan ekonomi yang selama ini UMNO juarai tidak dapat dirasai oleh rakyat sebaliknya menjadi punca liabiliti dan polemik kepada pentadbiran negara.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor bersuara atas dasar kebertanggungjawaban dan amanah yang diberi oleh masyarakat kepada kami sebagai pemimpin anak muda, maka kami, Pergerakan Pemuda UMNO Johor amat berharap agar suatu penyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Kami percaya sebagai bapa, YAB Presiden tidak akan terus menerus membiarkan semua ini berterusan dan bertindak sebaiknya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

Hahasrin Hashim
8 Mei 2015

Thursday, May 7, 2015

TITAH DYMM SULTAN JOHOR: TIDAK MASUK AKAL KENAKAN GST



"Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan. Adalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat." - DYMM Sultan Johor.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-johor-titah-pelaksanaan-gst-harus-dikaji-1.387751

TERIMA KASIH KEPADA ZAIRIL, AHLI MKT, KERANA USAHA SELAMATKAN DUIT HAJI


TERIMA KASIH kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera yang juga ahli MKT, Zairil Khir Johari, kerana BERUSAHA UNTUK MENYELAMATKAN SIMPANAN KITA MENUNAIKAN HAJI DI TABUNG HAJI, demi agama, bangsa dan Malaysia.



Wednesday, May 6, 2015

PRK ROMPIN: PENEROKA AJAR PEMIMPIN



JENTERA Umno 1Malaysia tertumpu ke Rompin. Jentera kerajaan dikerahkan ke Rompin. 

KEPUTUSANNYA: Majoriti BN merudum kepada 8,895 undi berbanding 15,114 undi semasa PRU-13 dua tahun lalu.

Penurunan sebanyak 41.1 PERATUS.


Sokongan kepada BN adalah yang terendah sejak 1990 - 60.5 peratus.

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin: "Rakyat telah memberi ISYARAT dan BN mesti mengambil berat".

Rompin daerah dalam negeri kepunyaan Najib Razak. Rompin KUBU kuat Umno. FELDA "fixed deposit" Umno.

51.51 peratus pengundi Rompin adalah peneroka dan buat pertama kali PAS menang di 3 peti undi Felda. Sokongan peneroka Felda kepada Pas meningkat 12 peratus.

Kata Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob: "Pengundi cuba menyampaikan mesej kepada kerajaan, GST dan Felda adalah isu yang memberi kesan kepada rakyat dan kita perlu tangani.

" Memang dijangkakan, majoriti pada awal pemilihan, tetapi KETUA SAYA TIDAK SELESA bila saya kata kita menang 8,000..."

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keputusan-prk-rompin-isyarat-pengundi-kepada-bn-kata-mb-pahang

6,413 pengundi yang tidak turun mengundi adalah penyokong Umno dan BN kalau berdasarkan kepada keputusan PRU-13.

Umno bernasib baik mereka tidak mengundi Pas.

Bayangkan sekiranya TREND ini berterusan ke PRU-14?

Apa hendak dihairankan dengan keputusan Rompin ini kalau nasib peneroka Felda TIDAK lagi penting kepada kerajaan.

Yang penting Felda menjadi GLOBAL.  

Yang penting Felda ada HOTEL di LONDON.  

Kalau di zaman Tun Razak, peneroka hidup senang walaupun tidak mewah dan tidak ada saham, sekarang ini Felda KAYA, peneroka ada saham 800 unit seorang tetapi kehidupan peneroka sengsara menanggung hutang hingga ke liang lahat.

Jadi apalah nak dihairankan kalau peneroka Felda juga MENJADIKAN UNDI MEREKA GLOBAL.

Muhyiddin berkata keputusan tersebut adalah ISYARAT KEPADA BN?

ISYARAT KEPADA SIAPA? Kepada Umno? Kepada Najib Razak dan Rosmah Mansor?

Hati rakyat mana yang tidak terluka apabila duit mereka dikutip kerajaan melalui GST dan setiap hari membaca betapa mewahnya kehidupan pemimpin Umno dan apabila pemimpin ada masalah, Ketua-Ketua Bahagian diberi peruntukan dan habuan ratusan ribu ringgit?

Jelapang YAKIN jika tiada perubahan di dalam pentadbiran negara dalam masa 3 tahun ini, PASTI BN akan KECUNDANG semasa PRU-14 nanti.

Perasaan rakyat ketika ini marah meluap-luap dengan suasana dalam negara.

Kepada pemimpin-pemimpin kerajaan terpulanglah apa pilihan kamu.

Mahu memilih

A. Melakukan perubahan demi rakyat dan Umno; atau

B. Bagi projek kepada anak, bini dan sapu apa yang ada sebelum hilang segala-galanya.

Dengan sikap ketua-ketua bahagian yang ada sekarang ini, Jelapang berani berkata mereka lebih berminat dengan B dari memikirkan masadepan rakyat.

Monday, May 4, 2015

BENARKAH 2/3 PENGGUNA PREPAID RAKYAT ASING, DS SHABEERY?

Image result for shabery cheek

"Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad prabayar dihapuskan. Sebanyak DUA PERTIGA daripada PENGGUNA TALIAN PRABAYAR adalah warga asing kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh. Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka." - Menteri Komunikasi dan Multimedia Shabeery Chik.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-rugi-rm800-juta-jika-hapus-gst-prabayar-1.86965

SOALAN: BENARKAH 2/3 pengguna prepaid adalah warga asing?

Ramai rakan-rakan kita serta anak-anak kita menggunakan prepaid. Oleh itu Jelapang membuat sedikit semakan dan mendapati bahawa 80.5 peratus atau 36.6 juta talian telefon bimbit adalah talian prabayar.

Dan hanya 19.5 peratus atau 8.7 juta adalah POSTPAID. Fakta ini terkandung di dalam Laporan Tahun 2014 SKMM, agensi di bawah portfolio Shabeery Chik.


Katakanlah setiap orang mempunyai 3 talian prabayar, ia bermaksud terdapat 12.3 juta pengguna telefon bimbit prabayar di Malaysia.

Jika 2/3 dari mereka adalah pekerja asing, maka terdapat 8.2 juta pekerja asing di Malaysia sekarang ini.

BENARKAH fakta yang diberikan Shabeery?

Jika benar, tidak mengapa. Kenakanlah GST ke atas pekerja asing.

Bukan apa, jika fakta Shabeery salah, dan yang marah sekarang 2/3 adalah rakyat sendiri, Jelapang bimbang, memandangkan kerajaan sekarang amat berminat untuk mentadbir negara sebagai satu perniagaan dan lebih mementingkan duit dari undi, maka dalam PRU-14 nanti, janganlah pula marah jika rakyat mengundi mengikut selera masing-masing.

Thursday, April 30, 2015

KABINET NAJIB HANCUR. AHMAD MASLAN, SHABEERY CHIK & HASSAN MALEK SIMBOL KABINET HALF PAST SIX

Image result for ahmad maslan+harijadi+aansblog

HAPPY birthday Dato' Ahmad Maslan.

Sebuah blog hari ini turut mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Maslan dengan tajuknya "Selamat Hari Lahir untuk Mat Maslan. Semoga terus sihat untuk MENCERIAKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN LAWAK GST".
http://aans1.blogspot.com/2015/04/selamat-hari-lahir-untuk-mat-maslan.html

Pelbagai kritikan dilontarkan kepada Ahmad Maslan. Hendak menyalahkan pengkritik pun susah. Apabila diteliti kenyataan Ahmad Maslan, memang ada kebenaran kenyataan beliau kurang cerdik.

Maka pelbagai cara kritikan dibuat termasuk poster ini. Bagaimanapun Ahmad Maslan tampil di kaca TV semalam membuat kenyataan dan beliau memaafkan kesemua pengkritik beliau. Sudah terlalu banyak diperkatakan mengenai Ahmad Maslan. Oleh itu tak perlulah Jelapang mengulas lagi.

Jelapang teringat akan kritikan bekas Menteri Penerangan Rais Yatim terhadap Kementerian yang beliau terajui dulu.

Kata Rais: "Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan."
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-menteri-penerangan-tuding-jari-pada-kementerian-komunikasi-gagal-jawa

Rais bekas Menteri Penerangan dan sudah pasti beliau lebih arif mengenai apa yang sedang berlaku di Kementerian itu sekarang.

Pelbagai isu timbul dan kini Umno dilihat di dalam keadaan yang cukup kusut. Tetapi di mana Menteri-Menteri Kabinet Najib?

Di mana Menteri Penerangan Shabeery Chik?

Kementerian Penerangan adalah salah satu Kementerian yang penting dalam Kabinet tetapi malangnya tiada siapa tahu apa yang dilakukan oleh Kementerian ini dan Menterinya.

Rasanya di dalam sejarah Kementerian Penerangan, Shabeery Chik merupakan Menteri Penerangan PALING LEMAH dalam sejarah Kementerian Penerangan.

Pentingnya Kementerian Penerangan sehinggakan Tunku Abdul Rahman sendiri pernah menjadi Menterinya.

Hebatnya Menteri Penerangan dahulu sehinggakan orang lama-lama di dalam Umno tidak dapat melupakan betapa hebatnya Mohamed Rahmat, Kadir Sheikh Fadzir, Khalil Yaakob sebagai Menteri Penerangan.

Malahan bekas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, Ghazali Shafie, Adib Adam lebih berkemampuan jika dibandingkan dengan Shabeery Chik.

Kalau dulu Rais disingkirkan dari Kabinet kerana umurnya, malangnya orang lebih muda dari Rais prestasi lebih rendah dari Rais.

Mungkin ada yang akan berkata sekarang, lebih baik Rais dari Shabeery.

Tuesday, April 28, 2015

BILA LAGI MUHYIDDIN? SOKONG MAHATHIR ATAU SOKONG NAJIB?

Image result for muhyiddin+najib

BILA LAGI MUHYIDDIN?

Nak menunggu bulan jatuh ke riba? Nak menunggu Putrajaya dibawa ke depan pintu rumah?

Sudah beberapa kali Tun Dr Mahathir Mohamad menyebut nama Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menggantikan Najib Razak.

Tun tidak menyebut nama Zahid Hamidi. Tidak Hishammuddin Hussein. Tidak Shafie Apdal dan tidak juga Tengku Razaleigh Hamzah.

Tun Dr Mahathir menyebut nama MUHYIDDIN YASSIN.

Tetapi Muhyiddin MEMBISU.

Kenapa? Sayang jawatan? Takut digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Kita hendak tanya soalan mudah kepada Muhyiddin. 

NAK ATAU TIDAK JAWATAN PERDANA MENTERI? TAN SRI SOKONG TUN DR MAHATHIR ATAU SOKONG NAJIB?

Mudah saja. Jawab soalan ini.

Tidak perlu dibiarkan akar umbi menunggu macam buah tak luruh.

Ahli politik cari makan melalui politik. Silap sokong, rebah akibatnya.

Tak usahlah menyuruh orang-orang sekeliling membuat kenyataan sinis sana -sini menentang Najib atau menyokong Tan Sri dan Muhyiddin sendiri main politik selamat.

Yang menjadi mangsa nanti ialah orang politik jika tiba-tiba Muhyiddin menjadi pengecut.

Yang hilang periuk nasi ialah orang politik yang menyokong Muhyiddin. Jika Muhyiddin memilih menyokong Najib, beliau akan pencen sebagai Timbalan Perdana Menteri dan orang yang menyokong beliau hilang "PUNCA PENDAPATAN".

Kalau SOKONG TUN DR MAHATHIR, nyatakan "SOKONG TUN".

Apa yang Tan Sri nak takut. Takut hilang jawatan pada usia 68 tahun?

Kalau takut, nyatakan "SAYA SOKONG NAJIB". Senang orang politik bawahan buat kerja.

Kita tunggu KEPUTUSAN dan PENDIRIAN Tan Sri. SOKONG NAJIB ATAU SOKONG TUN!!!!!

Wednesday, April 22, 2015

NUR JAZLAN: ADA KEMUNGKINAN RAMPASAN KUASA TERATUR DI DALAM UMNO

Image result for nur jazlan


Ketua Umno Bahagian Pulai Nur Jazlan Mohamed adalah di antara beberapa kerat pemimpin Umno yang masih mempunyai integriti di kalangan Ketua-Ketua Bahagian Umno.

Melalui tulisan terkini beliau, Nur Jazlan sekali berterus terang mengenai kedudukan Najib Razak. Kata Nur Jazlan:

1. Najib Razak kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu MERUNCINGKAN.

2. Kemungkinan berlaku KUDETA (rampasan kuasa) secara teratur dalam kepimpinan tertinggi Umno seperti yang dilalui Pak Lah pada 2008.

3. Masalah peribadi seperti kekayaan keluarga Najib juga menjadi persepsi utama yang perlu diatasi beliau sebelum rakyat mengaitkan masalah kewangan 1MDB berpunca daripada persepsi berkenaan.

4. Dua projek utama Najib yang mulanya dicanang akan membawa Malaysia kepada tahap ekonomi yang lebih baik iaitu 1MDB dan penubuhan Felda Global Venture (FGV) Bhd  kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau dan pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada Umno.

5. Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.


ARTIKEL PENUH TULISAN NUR JAZLAN


Bubar Parlimen Dalam Tempoh Terdekat Pilihan Terbaik Umno Terus Berkuasa?

SKRIP dalam Umno ketika ini, bukan sesuatu yang baru dan ia sudah diakui semua pimpinan tertinggi parti bahawa satu-satunya parti prakemerdekaan di negara ini pernah melalui segalanya.
Daripada memecat pemimpin nombor dua tertinggi iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga ke episod parti diharamkan pada 1998, Umno atau lebih tepat lagi Umno Baru kini mengharungi episod baru yang penuh duri dalam helaian sejarahnya.
Apa yang disaksikan kini dengan semua pihak atau lebih tepat lagi semua sayap dan sesetengah Badan Perhubungan Umno negeri menyatakan sumpah taat setia kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, bukanlah sesuatu yang memelikkan, menghairankan atau mengejutkan.
Ahli parti tidak perlu menoleh jauh ke belakang untuk melihat sokongan seperti ini, pernah diterima Presidennya yang keenam, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 sebaik tamat Pilihanraya Umum (PRU) 12 apabila Pak Lah memimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno hanya mampu mencatatkan kemenangan 140 kerusi dengan Umno mendapat 79 kerusi.
Bagaimanapun, Umno mencatatkan kenaikan dengan mendapat 88 kerusi pada PRU 13, dan ia pun hanya dapat dicapai ‘berkat’ mengambil semula kerusi majoriti Melayu daripada parti komponen BN.
Sebaik tamat PRU 12 sudah didengari wujudnya gerakan tersusun untuk menjatuhkan Pak Lah daripada kerusi Perdana Menteri dengan menggantikan Najib sebagai Presiden Umno ketujuh dan Perdana Menteri keenam.
Semua mengetahui Perdana Menteri Malaysia daripada BN adalah Presiden Umno dan hanya usaha menjatuhkan beliau daripada kerusi Presiden Umno lah yang akan membawa kepada pertukaran kuasa sebagai Perdana Menteri.
Buat masa ini, kedudukan Najib sebagai Presiden Umno secara lahiriah masih lagi kukuh namun kehilangan panglima perang politiknya yang paling kanan, arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis berkemungkinan menyebabkan beliau sendiri kehilangan arah.
Manakala daripada segi pentadbiran pula, Najib kehilangan Ketua Staff Sri Perdana, Datuk Azlin Alias serta Setiausaha Sulitnya, Datuk Po’ad Jelani, boleh diibaratkan seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.
Sudah dua minggu arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis meninggal dunia akibat nahas helikopter di Kajang, Selangor dan dalam tempoh dua minggu itu jugalah, rakyat Malaysia memerhatikan Datuk Seri Najib seakan berseorangan mempertahankan dirinya.
Terpalit dengan pelbagai isu daripada soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara hinggalah berkaitan keluarganya, Najib sebenarnya, kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing.
Apa tidaknya, kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai rekod sejarah cukup baik menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman kemudian Pak Lah, Najib sewajibnya sedar dan perlu membuka mata serta hati bahawa kenyataan terbuka diterimanya kini, mungkin hanya bersifat retorik semata-mata.
Amat jarang sekali seorang Perdana Menteri terpaksa membuat tembual di televisyen secara terbuka bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan bekas Perdana Menteri kerana kebiasaannya ia dilakukan di belakang tabir atas hubungan bapa dan anak.
Namun hasil temubual itu, nampaknya langsung tidak menyakinkan Tun Dr Mahathir dan juga menambahkan lagi kurang keyakinan di kalangan rakyat sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal terus menuntut Perdana Menteri menjawab persoalan berkenaan.
Selepas pengisytiharan solidariti Ketua Umno Bahagian di PWTC awal bulan ini, kenyataan Shafie itu membuka semula kemungkinan berlaku kudeta secara teratur dalam pimpinan tertinggi Umno seperti yang dialami Pak Lah sendiri pada 2008 walaupun ketika itu, daripada lahiriahnya semua menyatakan sokongan kepada Pak Lah.
Umno yang kini dicap sebagai sebuah parti feudal sudah pasti di kalangan bangsawannya bertindak mengelilingi pemimpin apabila beliau diancam dan tradisi ini sama seperti dipamerkan golongan bangsawan Inca yang mengelilingi raja mereka apabila diancam penjajah Sepanyol 500 tahun lalu.
Namun, nasib semua bangsawan Empayar Inca ini sama seperti dialami raja mereka apabila semua mereka dibunuh hingga menyebabkan rakyat mereka bertaburan melarikan diri dan runtuhlah Empayar Inca di Amerika Selatan.
Saya sendiri mengakui secara terbuka dalam Mesyuarat Perhubungan Umno Johor pada 2008 lalu kepada Pak Lah bahawa beliau perlu meletakkan jawatan akibat prestasi teruk BN dan Umno dalam PRU 12.
Pada zahirnya, Majlis Tertinggi Umno, Sayap serta semua badan perhubungan Umno negeri secara terbuka bersetuju untuk pelan peralihan 18 bulan tetapi apa yang berlaku di belakang adalah wujudnya usaha mempercepatkan pemergian Pak Lah terus berlaku dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila Najib mengambil alih dalam tempoh kira-kira setahun selepas PRU 12 dan jelas mengengkari pelan peralihan itu serta sumpah taat setia kepada Pak Lah.
Sifat bermuka-muka dalam Umno bukan satu perkara baru dan seorang ‘gentleman’ seperti Pak Lah pun boleh dimainkan apabila di depan menyatakan beliau mempunyai masa selama 18 bulan untuk berundur tetapi di belakang usaha gigih dilakukan untuk menyegerakan Pak Lah meletakkan jawatan.
Sedar atau tidak sedar tempoh menghadapi PRU 14 sudah semakin hampir dan jika Umno terus dilanda masalah, bagaimana ia mahu memimpin parti komponen BN terutamanya daripada Semenanjung Malaysia seperti MCA, MIC dan Gerakan memasuki gelanggang PRU.
Kelemahan parti-parti komponen ini bukan satu rahsia lagi dan mereka sememangnya bergantung kepada keperkasaan dan kekuatan Umno dalam memastikan kemenangan dalam PRU 14.
Umno kini sedar musuh utama mereka bukan lagi Pakatan Rakyat yang sendiri berterabur dan bertelingkah sesama mereka, sebaliknya unsur dalaman parti yang sendiri akan membawa kepada kemusnahan parti dalam PRU 14.
Disebabkan itu jugalah kesetiaan ahli Umno sama ada kepada pemimpinnya atau parti akan menjadi isu utama yang perlu diperhalusi dengan sebaiknya oleh kira-kira tiga juta ahli parti ini.
Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti.
Krisis yang dihadapi 1MDB yang mulanya adalah masalah kewangan kerajaan kini melarat menjadi masalah kepada Umno secara langsung dan terbukti apabila ahli perniagaan, Jho Low secara terbuka menuduh Umno menjadi dalang kepada isu berkenaan.
Walaupun, tiada pemimpin tertinggi Umno yang memberikan komen terhadap kenyataan anak kelahiran Pulau Pinang itu, tetapi kenyataan daripada Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican membuktikan ahli Umno tidak mahu parti dikaitkan dengan apa yang berlaku dalam 1MDB.
Sedar atau tidak sedar apa yang berlaku dalam 1MDB melingkari kepada Najib sendiri selaku Menteri Kewangan, Perdana Menteri serta Presiden Umno dan sudah pastilah, beliau perlu bertindak segera bagi menenangkan ahli Umno dengan menidakkan kenyataan Jho Low itu, dalam memastikan sokongan terhadapnya terus padu.
Di samping itu, masalah peribadi seperti kekayaan keluarga Najib juga menjadi persepsi utama yang perlu diatasi beliau sebelum rakyat mengaitkan masalah kewangan 1MDB berpunca daripada persepsi berkenaan.
Sikap berdiam diri akan terus membawa kepada malapetaka terhadap Umno dan ia adalah sesuatu yang langsung tidak diperlukan parti kerana sehingga kini terpaksa terus menerus berada dalam mod bertahan apabila diserang dengan isu pembaziran, salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.
Rakyat perlu ditenangkan dengan memberikan gambaran bahawa Umno dan BN masih pilihan terbaik untuk menjadi parti pemerintah di negara ini, namun ketiadaan ‘track record’ baru untuk disandarkan daripada pemerintahan Najib membuatkan kegelisahan rakyat terhadap pimpinannya semakin ketara.
Dua projek utama Najib yang mulanya dicanang akan membawa Malaysia kepada tahap ekonomi yang lebih baik iaitu 1MDB dan penubuhan Felda Global Venture (FGV) Bhd  kini seakan menjadi api dalam sekam kepada pentadbiran beliau dan pasti akan bertukar menjadi isu politik kepada Umno.
Ramai pihak sudah mula mempertikaikan kewibawaan dua projek ini terutama sekali 1MDB dan jika selama ini, pucuk pimpinan kerajaan dan parti menyatakan serangan itu bermotif politik daripada pembangkang tetapi kini ia datang daripada Tun Dr Mahathir sendiri selain Tun Daim Zainuddin.
Kedua-dua tokoh ini walaupun sudah bersara daripada kerajaan dan politik hampir 15 tahun lalu, tetapi masih berpengaruh besar memandangkan mereka mempunyai rekod sejarah yang dibanggakan rakyat Malaysia sehingga kini.
Di sinilah letaknya perbezaan utama Mahathir dan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri kerana pada zaman Najib, beliau tidak mempunyai barisan menteri Kabinet yang berpengaruh terhadap rakyat.
Najib dikelilingi penasihat ‘pandai memandai’ yang sebenarnya lebih banyak mementingkan perut masing-masing untuk mendapatkan projek daripada bermatian mempertahankan beliau dengan apa cara sekalipun daripada serangan-serangan ini.
Lebih menyeksakan Najib lagi, pemimpin yang lantang bersuara mempertahankan beliau tidak mempunyai kredibiliti dan pengalaman sehingga segala hujah mudah dipatahkan bukan sahaja di kalangan pemimpin pembangkang malahan di kalangan rakyat biasa sahaja.
Sama ada Najib masih boleh bertahan sehingga tempoh akhir Parlimen pada 2018 dengan segala serangan ini atau tidak, wallahhuallam…tetapi yang pasti lakon layar Umno ini bukan sesuatu yang memelikkan atau mustahil kerana tiada perkara yang pelik atau mustahil dalam parti ini.
Kesudahannya pasti akan tiba, cuma lambat atau cepat sahaja yang menjadi persoalannya dan butang ‘reset’ paling cepat bagi memastikan segala isu yang melanda pentadbiran Najib dapat diperlambatkan adalah apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran kerajaan yang membawa kepada PRU 14.
Ataupun Perdana Menteri memilih jalan singkat untuk membubarkan Parlimen dan membuat ‘snap election’ bagi mencuci persepsi negatif terhadap diri beliau dan keluarga dengan mendapatkan mandat yang baru.
Persoalan timbul sama ada hayat pemerintahan BN dan Umno ini boleh dipastikan dengan ‘snap election’ ini bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin.
http://www.nurjazlan.net/?p=1123