Saturday, December 10, 2011

SENARAI CALON PRU-12 UMNO KEDAH: MAT LEBAI SUDIN/ABU HASSAN SHARIF GUGUR

Blog Kedah Times menyiarkan bayangan calon Umno Kedah untuk 5 kerusi Parlimen pertama bagi PRU-12 nanti.

Umno Kedah sebenarnya perlu diremajakan. Tetapi mengenali akan perwatakan kepala-kepala perang dalam Umno Kedah, proses ini bukannya satu proses yang mudah.

Selepas era Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno Kedah terumbang ambing di sebabkan perbalahan sesama sendiri mengakibatkan Kedah jatuh buat pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia ke tangan Pas semasa di bawah pimpinan Mahdzir Khalid.

Tun Dr Mahathir dikatakan mahu anaknya Mukhriz ditabalkan sebagai Menteri Besar sekiranya Umno merampas semula Kedah. Tetapi Mahdzir, Ketua Perhubungan Umno Negeri Bashah Mad Hanipah dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Johari Baharom bukan calang-calang pemimpin. Mereka bertiga juga mampu mencorak arah tuju Umno, mahu ke Utara atau ke Selatan sementara Mukhriz akan bergantung kepada pengaruh bapanya untuk menang di Kedah.

Menarik di dalam senarai calon yang dipaparkan oleh Kedah Times, Ketua Bahagian Jerlun Abu Hassan Sharif dan Ketua Bahagian Pokok Sena Ahmad Lebai Sudin digugurkan.

Sementara Timbalan Ketua Bahagian Alor Setar Guntor Tobeng dan Naib Ketua Bahagian Alor Setar Yusof Ismail (gambar) akan bertanding di kawasan Parlimen Jerlun dan Pokok Sena.

Ketua Bahagian Baling Azeez Rahim yang tidak sebulu dengan bekas Ahli Parlimen Baling Mashitah Ibrahim masing-masing mendapat tempat untuk bertanding. Azeez didakwa akan bertanding kerusi DUN di Baling dan Mashitah akan menentang Mahfuz Omar di Pokok Sena.

Senarai yang disiarkan oleh Kedah Times:

PARLIMEN SIK: Dr Mansor (Timbalan Ketua UMNO Bahagian)
DUN Belantek: Tajuddin Abdullah
DUN Jeneri: Penghulu Mail


PARLIMEN BALING : Dato' Seri Jamil Khir Baharom
DUN Bayu : Cikgu Ismail Abu Bakar
DUN Kupang : Mee Che Hussain
DUN Kuala Ketil : Dato Azeez Rahim


PARLIMEN JERLUN : Dato Mukhriz Mahathir
DUN Kota Siputeh : Dato Haji Abdul Rahman Ariffin
DUN Air Hitam : CHOP USIMA


PARLIMEN KUALA KEDAH:DATO LAT SHARIMAN ABDULLAH
DUN Kubang Rotan : Haji Mansor
DUN Anak Bukit : Hashim Yahya toke susu kambing
DUN Pengkalan Kundor: Kak ta bini Jamil Idros/Dato Halim Said


PARLIMEN POKOK SENA: DATO DR MASHITAH HAJI IBARHIM
DUN Bukit Pinang : Dr Kadir (pakar perubatan)
DUN Bukit Lada: Dato Sahlan Ismail
DUN Alor Mengkudu : Ustaz Fadzil Hanafi
DUN Bakar Bata : IR Guntor Tobeng


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/12/tu-dia-senarai-calon-bn-di-kedah.html#ixzz1g8oEwo1j

4 comments:

Fadil said...

Mengarut betul. Memandai-mandai mengalahkan PM. Masa Pak Lah yang serabut dulu pun tak ada orang berani keluar senarai nama.

Suara Asura said...

z

Suara Asura said...

weh..
serabut la senarai tu
datuk ismail bukan dok blajaq lagi ka?
mee chek usin tu pun patut mau bagi pi sambung blajaq lagi jugak
jamil khir apa hal buat di baling plak?
atoq mengalahkan pee emm..kencing kuat hang ni

Anonymous said...

Satu demi satu dibaca bakal-bakal calon yang disebut JELAPANG, teraba-raba. Tak berminat nak komen.