Wednesday, December 21, 2011

AWANG ADEK MENGAKU TERIMA "DERMA"




"Banyak syarikat dan individu derma untuk jalankan kegiatan dan program untuk rakyat Bachok, bahagian saya. Semua diuruskan melalui akaun saya. Rekod ada. Siapa bagi, ada. Perbelanjaan pun ada." - Timbalan Menteri Kewangan dan Ketua Bahagian Umno Bachok Awang Adek Hussein menjawab dakwaan sebuah blog bahawa beliau menerima RM10,000 sebulan dari ahli perniagaan Jahor, Yahya Jalil.





Awang Adek mengakui menerima wang tersebut tetapi ianya adalah "sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya RM100 untuk seramai 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen pelajar di 33 sekolah rendah."



Dakwaan ini dibuat oleh blogger Whistleblower 711: http://www.thewhistleblower711.blogspot.com/

Turut didakwa menerima imbuhan dari Yahya ialah Setiausaha Sulit Perdana Menteri Poad Jelani dan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Perdana Menteri Shukor Manan.

No comments: