Thursday, September 10, 2009

PIMPINAN UMNO PUSAT TOLAK ISA?

Bagi Bahagian Umno Teluk Kemang, tiada calon lain yang dipilih untuk mewakili Umno dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang kecuali Ketua Bahagiannya Isa Samad.

Hampir kesemua AJK Bahagian mahukan Isa dan Ketua Perhubungan Umno Negeri Sembilan Mohamad Hassan, seperti yang dijangkakan, tidak berani membuat keputusan dan menyerahkan kepada bahagian Teluk Kemang menentukannya.

Kini Teluk Kemang dikatakan telah membuat keputusan dan mereka mahukan Isa diletakkan sebagai calon dan Isa pula mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan diri beliau menjadi bahan perbualan di Teluk Kemang.

Tindakan Mohamad Hassan sudah dijangkakan. Lihat blog: Another Brick in the Wall. Mohamad Hassan gagal mendapat mandat di Negeri Sembilan dan beliau secara senyap ditentang oleh ramai ketua-ketua bahagian di Negeri Sembilan.

Hanya Ishak Ismail, Ketua Bahagian Seremban, yang berani terang-terangan menyatakan pendirian menentang Mohamad Hassan.

Malam ini, Teluk Kemang dijangka menyatakan pendiriannya untuk mencalonkan Isa semasa mesyuarat perhubungan yang akan dipengerusikan oleh Mohamad Hassan.

Menyedari bahawa Mohamad Hassan tidak mempunyai pengaruh dalam Perhubungan Negeri Sembilan, Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno, sebentar tadi membuat kenyataan berikut.

"“Saya belum terima apa-apa lagi jadi saya tak boleh nak andaikan apa nama atau siapa yang nak dikemukakan, tapi peringkat kepimpinan tertinggi termasuk Perdana Menteri dan saya mengharapkan beberapa nama dikemukakan." http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

Mesej Muhyiddin kepada Mohamad Hassan dan Perhubungan Umno Negeri Sembilan cukup jelas.

Mesejnya:
1) Najib Razak mahukan lebih dari satu nama untuk dipertimbangkan.

2) Najib dan Muhyiddin tidak mahu melihat hanya nama Isa dikemukakan kepada pucuk pimpinan.

Kenyataan Muhyiddin, yang dibuat beberapa jam sebelum Perhubungan Negeri bermesyuarat, juga boleh ditafsirkan sebagai penolakan Isa sebagai calon untuk Bagan Pinang.

Persoalannya, adakah Mohamad Hassan sanggup berdepan dengan realiti bahawa Isa sudah hilang kelayakan untuk bertanding atau Mohamad Hassan mengambil jalan selamat dan tunduk kepada Ketua-Ketua Bahagian yang menentang beliau dan kehendak Bahagian Teluk Kemang?

Sekiranya, Isa juga menjadi pilihan Perhubungan Negeri Sembilan, maka terserah kepada Najib dan Muhyiddin untuk membetulkan keadaan.
http://kedahku.blogspot.com/2009/09/najib-jangan-pilih-isa-samad.html

No comments: