Friday, May 1, 2009

KSU RASUAH?

OH KSU? Ada cakap-cakap di kedai kopi mengatakan kakitangan perkhidmatan awam lebih tidak bermoral dari ahli politik.

Cakap-cakap seumpama ini tidak adil kepada lebih 800,000 kakitangan awam. Apalah kuasa yang ada pada seorang pegawai tadbir biasa dan pembantu pejabat untuk mereka menyalahgunakan kuasa mereka?

Yang peliknya, ketua-ketua jabatan dan Biro Pencegah Rasuah dulunya lebih menumpukan kepada perkara remeh-temeh seperti menghalang penghantaran kurma ke pejabat apabila tiba Ramadan dan hamper hariraya kepada kakitangan awam.

Padahal ada bos-bos mereka yang "hamper dan kurmanya" dihantar terus ke rumah mereka dan tiada siapa peduli.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat seorang bekas Ketua Setiausaha sebuah Kementerian atas tuduhan menerima sogokan lebih RM50,000 dari sebuah syarikat. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=utusan_malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm&arc=hive

Kita tunggu hasil siasatan SPRM untuk mengetahui siapa bekas KSU tersebut.

21 April lalu Ketua Setiausaha Negara membuat pertukaran di peringkat KSU untuk memastikan setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaan dapat memenuhi slogan Perdana Menteri Najib Razak, "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Ini termasuk usaha untuk memperkukuhkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan meletakkan bekas KSU Kementerian Kerja Raya Abdul Munit Kasmin dan KSU Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Abdul Hanan Alang Endut di JPA. http://www.jpa.gov.my/2009/04/1048/

Semuga kita akan menyaksikan satu sinar baru di dalam JPA.

2 comments:

Anonymous said...

bro,

nak tau cerita KSU penerangan, baca kat sini

http://www.ohbulan.com/gossip-personaliti-vip-kena-cekup-cerita-versi-lain

Anonymous said...

He beb... Dengar cerita KSU penerangan ada pegawai khas comel lote.