Tuesday, May 5, 2009

1MALAYSIA: NAJIB TERTEKAN?

Rakyat hari ini telah berubah. Rakyat hari ini tidak lagi boleh disogok dengan kata-kata manis. Sebenarnya tiada lagi yang manis buat kerajaan dan BN era ini. Tidak pernah dalam sejarah politik negara Umno enggan menyertai pilihanraya kecil.

Dahulu, pilihanraya kecil merupakan medan Umno mempamirkan kegagahan and keperkasaannya. Hari ini, pilihanraya kecil digeruni. Ia adalah petanda rakyat sudah berubah dan semakin matang.

Terbaca Jelapang sebuah artikel yang di tulis oleh Tunku Abdul Aziz dari Transparency International di dalam blog beliau.
http://tunku-aziz.org/

Antaranya: "Najib is being watched carefully by the people of this country to see whether he has the stomach for meaningful reform, the sort of reform that will thrust Malaysia into the ranks of respected democratic nations, fully observing the central tenet of justice, fair play and equity in the governance of a multi-racial people. His credibility, both as a person as well as prime minister, will suffer irreparably if he does not deliver the promised package of goodies as understood by the people of this country. He is under considerable pressure to explain in clear, simple terms, what he means by 1 Malaysia. We wait with bated breath for the ceremonial rolling out of Najib’s great vision for Malaysia. He will have our support in this magnificent endeavour if his version coincides with justice and equity for all Malaysians." - Tunku Aziz

Terjemahan: "Najib diperhatikan oleh rakyat samada beliau benar-benar berani memperkenalkan reform yang benar-benar bermakna, satu pembaharuan yang akan meletakkan Malaysia di persada yang dihormati di kalangan negara demokrasi, negara yang benar-benar mematuhi asas keadilan dan kesaksamaan dalam mentadbir negara pelbagai kaum. Kredibiliti Najib, sebagai seorang Perdana Menteri, akan musnah sekiranya beliau gagal memenuhi janji beliau kepada rakyat negara ini. Najib kini tertekan untuk menerangkan dengan jelas dan dalam bahasa yang mudah, apa yang beliau maksudkan dengan 1 Malaysia. Kita sedang menanti akan pembentangan visi Najib yang terbilang ini untuk Malaysia. Najib akan dijulang sekiranya janji indah ini memenuhi aspirasi keadilan dan kesaksamaan yang dijanjikan untuk semua rakyat Malaysia." - Tunku Aziz. http://tunku-aziz.org/2009/05/02/1-malaysia-a-blurred-vision/ http://www.mysinchew.com/node/23921

Barangkali mesej Tunku Aziz ini jelas kepada Najib.
(Tunku Aziz telah menyertai DAP tidak lama dahulu. Biodata Tunku Aziz: http://dapmalaysia.org/newenglish/biodata_tunku_aziz.htm) 80k

2 comments:

Anonymous said...

sudahlah. bagi kau semua tak betul. kau ni macam yang lain.
kau nak malaysia hancur? apa yang kerajaan nak buat semua tak betul. nak tahu okay atau ko, tunggulah. bagi masa. jangan tahu nak kutuk saja.

Anonymous said...

Betul kata Tunku Aziz tu. Kita dah muak selama ini kena tipu oleh pemimpin kita.

Kita kerja siang malam tak kaya2. Malah ada yang tak kaya2. Tapi lihatlah pemimpin Umno. Tak payah kerja pun rumah tersergam indah.

Tengok ketua2 pemuda Umno sudahlah. Semua pakai kereta besar2.

Lepas tu pergi kampung cakap pasal masa depan Melayu.

Macam di Bukit Gantang dulu. Ada berita dalam TV tunjuk seorang penduduk terlantar sakit bertahun2. Masa pilihanraya baru Umno tahu dia sakit. Tak kan lah ketua cawangan tak tahu dia sakit.

Bila ada pilihanraya baru orang Umno nampak turun pedang.

Apa pun saya puji DS Najib. Ubahlah perangai orang Umno ni. suruh dia cari makan macam kami semua ni. Bekerja untuk cari makan, jangan harap cari komisen melalui projek.

Terima kasih DS Najib.