Wednesday, September 3, 2008

UMNO DILANDA GERHANA?

UMNO MENGHARUNGI GERHANA? Khalid Samad hari dalam kenyataan kepada Sinar Harian menyifatkan Umno sebagai kapal menanti karam.

Kasar bunyinya kenyataan beliau. Tetapi mungkin benarnya sekiranya insiden sehari dua ini menggambarkan keadaan Umno hari ini.

HARI INI: Ketua UMNO Cawangan Limau Manis Azaha Abdul Rani cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, di perkarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji di Kota Baru, Kelantan awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya keluar dari kereta sebaik tiba di rumah.
Laporan Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

SEMALAM:
1. Seorang Ketua Pemuda UMNO cawangan didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini atas tuduhan membuat laporan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai politik wang dalam parti.

Mohd. Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad, 32, mengaku membuat laporan itu supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Affandi Hamzah yang didakwa menyogoknya dengan wang tunai RM1,500 bagi menyokong pencalonan penama sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm

2. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) Bukit Merah, Talib Ali, 61, mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah, Perak.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) cawangan Ranting serta Timbalan Ketua UMNO Cawangan Bukit Merah dan pernah menjadi Ketua Kampung Bukit Merah selama 30 tahun, mati di tempat kejadian akibat cedera parah ditembak pada telinga kanannya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

3. Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang, 47 mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan memberi suapan awal bulan lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Nor didakwa kira- kira pukul 12.20 tengah hari, 1 Ogos lalu di dalam sebuah kereta nombor pendaftaran NBK 16 di tempat letak kereta di belakang Restoran Negeri, Taman Catleya, Senawang secara rasuah memberi suapan wang tunai RM200 kepada Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat, Rezwat Shahril Zainal Ariffin.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_04.htm

DUA HARI LALU
SEREMBAN: Mesyuarat Agung Tahunan Umno cawangan Sungai Machang Hilir, Lenggeng, dekat sini petang kelmarin kecoh selepas berlaku tolak-menolak di kalangan ahli selain kejadian membaling telur tembelang.

Mesyuarat bermula jam 3 petang yang dirasmikan Naib Ketua Umno Seremban, Md Nor Awang itu, mula kecoh apabila segelintir daripada 127 ahli membantah penyata kewangan, kelewatan menerima notis mesyuarat serta kehilangan 40 borang keahlian cawangan.

Wakil bahagian yang bertindak selaku pemerhati mesyuarat, Kamaruddin Malan, berkata selepas berlaku kekecohan beliau menasihatkan pengerusi menangguhkan mesyuarat kerana bimbang kejadian bertambah buruk.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080901103726/Article/

No comments: