Tuesday, September 23, 2008

MUSA HITAM: TUKARLAH DIRI-SENDIRI SEBELUM DITUKARKAN!

KETIKA Umno mengharungi polemik baru dalam menentukan pucuk pimpinan, terkenang kita kepada ucapan dan pesanan Musa Hitam lapan tahun yang lalu.

Antaranya, "Jagalah Umno baik-baik" dan "Tukarlah diri-sendiri sebelum ditukarkan."

Antara petikan ucapan beliau ketika itu:

1. Kuasa sememangnya mengkhayalkan. Selagi bertambahnya seseorang manusia itu dengan kuasa selagi itu jugalah pula ianya bertambah tamakkan kuasa itu. Lebih-lebih lagi di dalam keadaan di mana sesuatu masyarakat itu mengukur kejayaan berasaskan pencapaian kebendaan, kuasa semakin lama semakin semakin digunakan sebagai alat pencapaian kebendaan dan seterusnya pula, pencapaian kebendaan itu sendiri pula digunakan untuk mengekalkan kuasaatau menambah kuasa.

2. Apa telah jadi? Apa telah jadi kepada Umno? Umno sudah menjadi partip olitik Melayu yang bergantung kepada sokongan orangChina? Apa salahnya orang-orang China menyokong parti Umno. Itu petandabaik. Tetapi dalam suasana politik sekarang dimana begitu ramai orang-orang Melayu yang telah lari daripada Umno dan menyokong parti-parti lawan, walau DAP pun, ahli-ahli Umno haruslah bertaffakur menginsafkan diri kita sendiri atas kelemahan-kelemahan sendiri, menganalisa diri sendiri. Barang siapa pemimpin-pemimpin yang tidak mahu berbuat demikian dan terus menyalahkan orang-orang lain sahaja dan faktor-faktor luar sahaja, pasti ini akan merupakan petanda buruk menjadikan Parti Umno tidak relevan tidak berapa lama lagi.

3. Konsep setia dalam Parti kita sudah bercelaru! Setia kepada parti seolah-olah dikelirukan dengan setia kepada pemimpin-pemimpin individu atau mereka yang memegang jawatan. Hanya mereka yang melaungkan“Sokong dan Setuju!” sahaja dianggap setia. Yang memberi pendapat kontra atau berlainan dipinggirkan atau diketepikanserta dicap sebagai pengacau. Di dalam pemilihan bakat-bakat baru atau pemilihan pucuk pimpinan Parti, ukuran sokongan berasas kepada “Dia ini boleh kita percayakah?” dan bukan “Dia ini boleh bekerja” bagi kepentingan rakyat atau tidak. Sindrom“Sokong dan Setuju” ini telah mematikan kesanggupan mengemukakan pendapat-pendapat bernas.

4. Tetapi, percayalah. Kalau pada tahun 1987 dahulu, ucapan penutup saya meminta semua para perwakilan "Jagalah UMNObaik-baik," pada hari ini, seruan saya ialah "Pulihkanlah UMNO baik-baik"dan "Tukarlah diri-sendiri sebelum ditukarkan".

P/S: Terima kasih kepada Sdr sany Izan Ihsan yang mengarkibkan teks ucapan Musa ini. Semuga pemimpin-pemimpin Umno sempat menghayatinya semula. Teks penuh ucapan Musa Hitam pada Mac 2000: http://groups.yahoo.com/group/ingatan/message/630

P/S: Bagaimanapun, Musa kini menjadi penyokong kuat regu Najib Razak-Muhyiddin Yassin. Malahan Musa dikatakan orang yang instrumental dalam memastikan regu ini tidak dicabar semasa pemilihan Umno pada Disember nanti. Itulah yang diwarwarkan oleh Singapore Business Times.

Laporan Singapore Business Times: http://www.businesstimes.com.sg/sub/news/story/0,4574,298084,00.html?

No comments: