Sunday, September 7, 2008

PUSPAKOM, OH PUSPAKOM!

SELEPAS diserbu Badan Pencegah Rasuah (BPR) bulan lepas, kini Puspakom mengikut prosidur sebenar pemeriksaan keselamatan keatas kenderaan awam.

Ini berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Puspakom Rabu lalu bagi menjawab dakwaan Ong Tee Keat bahawa 80% kenderaan yang dihantar untuk pemeriksaan selepas serbuan BPR gagal pemeriksaan Puspakom.

Laporan THE STAR: Ahad, September 7, 2008, bertajuk Puspakom: Only 25-60% vehicles failed tests

KENYATAAN PUSPAKOM: "For tests conducted from Sept 4, the percentage of vehicles which failed were between 22% and 60%. Puspakom always ensures all checks are conducted according to procedure and standards which have been set by the Road Transport Department (JPJ). For further information or clarification, call 1-800-88-6927, go to e-Aduan at http://www.puspakom.com.my/ or contact Puspakom's chief executive officer directly at ceo@puspakom.com.my.

Terjemahan: Bagi pemeriksaan yang dilaksanakan dari Sept 4, peratusan kenderaan yang gagal pemeriksaan ialah antara 22% dan 60%. Puspakom sentiasa memastikan kesemua pemeriksaan mematuhi prosidur dan piawaian Jabatan Pengangkutan Awan.

Kesimpulannya, sekiranya Puspakom benar-benar mematuhi piawaian dan prosidur dari dahulu, tidak timbul lah masalah disiasat BPR.

No comments: