Sunday, June 7, 2015

SOALAN BUAT PUAD ZAKARSHI: BENARKAH CAKAP ORANG NOTHING2HIDE IDEA KAMU?



SATU SOALAN buat Ketua Pengarah Jasa Puad Zakarshi, yang baru-baru ini melabel Timbalan Presiden parti beliau sebagai PEMALAS.

Rakan-rakan NGO yang baru kembali dari Kuala Lumpur selepas menghadiri Dialog PM bersama NGO - Nothing2Hide - bercerita di kedai-kedai kopi bahawa program ini adalah IDEA JASA.

Betul ke Puad?

Kalau tidak betul, harap Puad tampil menjelaskan.

Nota: Sejak akhir-akhir ini, tak pula kelihatan kelibat Puad sejak MELABELKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PEMALAS.

Saturday, June 6, 2015

KHAIRUL ANUAR: IMEJ NAJIB DIROSAKKAN OLEH ORANG DALAM SENDIRI (PEJABAT NAJIB?)

Image result for dr mahathir+dialog+pwtc


Luahan Pengerusi SukaGuam berkenaan isu penangguhan program Dialog PM bersama NGO sehingga mencemarkan imej banyak pihak.
------------------------------------

1. Sebelum penganjuran program Dialog PM bersama NGO, kami telah bertemu dengan sekurang-kurangnya 3 Pegawai Kanan DS Najib di Putrajaya yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya. Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur & beberapa pegawai kanan DS Najib termasuk seorang pegawai kanan yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika SukaGuam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam (scapegoat) serta dijadikan bahan tohmahan.

2. Kami percaya, keadaan akan menjadi sebaliknya (penganjur tidak akan dipersalahkan) jika program Dialog yang dirancang semalam, tidak 'diganggu' secara berlebihan oleh pegawai berkenaan (dan sekutunya).

3. Sebenarnya, penganjur telah pun mendapatkan pandangan dari pegawai-pegawai kanan PM berhubung banyak aspek termasuk kemungkinan jika Tun Dr Mahathir menghadirkan diri. Seperti diakui oleh Tun Mahathir, beliau tidak diundang secara rasmi, namun hadir sebagai tetamu apabila diwar-warkan dalam media mengenai kemungkinan kehadiran beliau ke majlis Dialog itu. Malah, beberapa NGO yang Tun naungi bersedia memberikan kad undangan yang mereka terima bagi membolehkan Tun Mahathir hadir.

4. Atas dasar itulah, apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Tun Mahathir akan hadir, penganjur mengakui tidak akan menghalang kehadiran Tun sebagai salah seorang tetamu pada majlis berkenaan. Berita ini dilaporkan dalam pelbagai media dan penganjur bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penganjur menyediakan satu kerusi (yang dilabelkan dengan nama Tun Mahathir) bersama para hadirin lain dan turut menyediakan bilik tertutup (holding room) sebagai persediaan jika Tun benar-benar hadir. Rata-rata dari kalangan pegawai PM amat positif akan perkembangan ini kerana DS Najib menunjukkan keyakinan yang amat tinggi untuk merungkaikan segala persoalan.

5. Namun demikian, pegawai kanan berkenaan (dan yang sekutu dengannya) yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini telah bertindak berlebihan dalam beberapa perkara. Ini saya simpulkan sebagai 'pertembungan ego' beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan.

6. Justeru, ada benarnya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Umno sendiri, aktivis NGO dan rakyat, bahawa yang merosakkan imej DS Najib bukanlah sangat oleh pihak luar, tetapi dari kalangan orang dalam sendiri.

7. Saya berkesempatan meluahkan perkara ini secara terus-terang kepada DS Najib pada petang semalam untuk menjelaskan situasi sebenar, dan dari riak wajah Perdana Menteri, beliau menerima baik dan memahami apa yang saya cuba sampaikan. Kami cuma berharap beliau mengambil tindakan tegas terhadap individu ini ( dan yang sekutu dengannya).

8. Sebagai contoh, ketika Tun Mahathir hadir di awal pagi program, pihak penganjur menyediakan satu bilik tertutup supaya DS Najib boleh minum secangkir kopi bersama Tun Mahathir, sebagai memulakan semangat ukhwah persahabatan dan silaturrahim.

9. Apabila DS Najib sudah dalam perjalanan dan dinasihati Ketua Polis Negara mengenai keadaan di PWTC, penganjur berpandangan bahawa DS Najib perlu hadir bagi membuktikan beliau berjiwa besar dan bersedia bertemu wajah dengan Tun Mahathir, sambil berbual mengenai apa jua perkara.

10. Kami yakin dan percaya, sekalipun program dialog itu ditunda atas nasihat polis, pertemuan perlu diteruskan antara DS Najib dan Tun Mahathir dalam bilik tertutup kerana ini akan membuka lembaran baru dalam konteks politik Malaysia sekaligus meredakan hati pendokong-pendokong masing-masing.

11. Malangnya, pegawai berkenaaan telah berusaha menghalang kehadiran Perdana Menteri, menghantar laporan yang kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah cerita kepada DS Najib kononnya Perdana Menteri akan diejek sekiranya hadir ke PWTC. Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program Dialog bersama NGO ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Tun Mahathir sudah bersedia untuk bertemu DS Najib, ia tidak sewajarnya dihalang. Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup.

12. Bayangkanlah 'feel good factor' yang akan dialami oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya foto DS Najib dan Tun Mahathir sedang menikmati kopi dan berbual dalam keadaan mesra menjadi viral dan foto mereka bersalaman mesra menjadi tatapan rakyat yang rindukan persahabatan dan perdamaian pemimpin-pemimpin mereka. Tidak mengapalah Dialog bersama NGO tidak dapat diteruskan, asalkan persaudaraan dan persahabatan antara kedua-dua pemimpin ini dapat ditautkan apatah lagi dalam keberkatan hari Jumaat di bulan Sya'ban ini,

13. Kepada pihak-pihak yang memberi nasihat dan semangat kepada kami (anda tahu siapa anda), jutaan terima kasih kami ucapkan.

14. Kepada individu berkenaan dan sekutunya (anda tahu siapa anda), hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam (scapegoat). Hentikanlah serangan peribadi, fitnah dan tohmahan.

15. Jika masih berterusan, terutama melalui agen-agen anda, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi-saksi hidup kerana apa yang kami dambakan sebagai rakyat Malaysia ialah perdamaian dan kesepakatan antara pihak-pihak yang berbeda pandangan dalam isu-isu yang berlaku dalam negara.

16. Tampaknya, ada pihak yang tidak senang melihat perubahan landskap politik yang bakal berlaku sekiranya perancangan semalam berlangsung dengan jayanya kerana pertembungan berterusan antara DS Najib dan Tun Mahathir boleh terus menguntungkan agenda peribadinya.

17. Kami tidak akan teragak-agak menyatakan kebenaran yang hak dan yang batil. Kami berpegang teguh dengan Sabda Rasulullah SAW- "Kulill Haq Wa Lau Kaana Murro" (Maksudnya, berkatalah yang hak (benar) sekalipun ia pahit).

18. Ingin kami jelaskan niat sebenar SukaGuam untuk mencari penyelesaian terbaik bagi memulihkan perpaduan orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang kini jelas terbahagi kepada banyak kumpulan. Bagi kami, jika tidak berjaya sepenuhnya pun, sekurang-kurangnya program ini dapat membuka langkah pertama untuk meleraikan kekusutan yang berlaku sesama kita.

18. Mana tahu, dengan kemuliaan Ramadhan yang bakal menjelang, Allah bukakan pintu rahmat-Nya untuk mendamaikan hati semua pihak dan mengorak langkah perpaduan yang sangat dirindukan rakyat Malaysia.

19. Marilah kita teguh dan beristiqamah dengan perintah Allah melalui firman-Nya:-
" Sebenarnya, orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat" (Al Hujurat, ayat 10).
Ikhlas,
Khairul Anwar Rahmat
SukaGuam

Friday, June 5, 2015

TAHNIAH NAJIB RAZAK & HADI AWANG KERANA "JASAMU" KEPADA MELAYU


NOTHING2HIDE




MUKTAMAR PAS KE-61


HARI ini kita ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada DUA PARTI MELAYU TERBESAR DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU - Pas dan Umno.

1) PAS - di atas KEJAYAAN presidennya Hadi Awang dalam mengepalai OPERASI MENYINGKIRKAN golongan bijak pandai profesional dari Parti Islam tersebut. Pada satu ketika, PAS begitu berbangga kerana berjaya menarik golongan profesional untuk menyertai Pas kerana sukar bagi golongan profesional Melayu ini untuk mendapat tempat di dalam Umno.

Tahun 2015, tercipta sejarah di mana Pas hari ini MENGNYAHKAN bijak pandai ini dari Pas.

Maka kembalilah Pas kepada geng-geng lebai pondok di mana dahulunya, kumpulan ini hanya tahu berceramah di waktu malam untuk mempengaruhi rakyat mengenai agama dan memfitnah pemimpin-pemimpin Umno.

Kejayaan Hadi Awang hari ini akan tercatit di dalam sejarah Pas termasuk SEJARAH di mana Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu hanya untuk 418 HARI dan di sumpah seranah oleh rakyat Terengganu.


2) Umno - TAHNIAH kepada kepimpinan Umno hari ini yang dipimpin oleh Najib Razak kerana MEROSAKKAN IMEJ MELAYU.

Hari ini kita bernasib baik kerana rakan-rakan bukan Islam kita di dalam BN - MIC, MCA, SUPP, Gerakan, PPP, IPF, LDP, PBRS, UPKO, PBS, SPDP dan PRS tidak mentertawakan kita dengan cara kita MENGURUSKAN NEGARA.

Malaysia Airlines yang rata-ratanya diuruskan oleh orang Melayu bangkrap. Felda, Tuhan saja yang tahu dan terkini 1MDB.

Sekali lagi kita ucapkan TAHNIAH kepada Najib Razak dan Hadi Awang,  DUA PEMIMPIN MELAYU yang amat BERJASA kepada Melayu.

Thursday, June 4, 2015

ZAHID HAMIDI KEPADA RAKAN KABINET: LEPASKAN JAWATAN TANPA DIMINTA

Image result for zahid hamidi

"Anggota Kabinet PERLU BERSETUJU dengan Perdana Menteri. Jika ada dalam kalangan Kabinet yang hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan Perdana Menteri apatah lagi di tempat terbuka dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka maka tentu CARA YANG TERHORMAT ialah MELEPASKAN JAWATAN TANPA DIMINTA." - Ahmad Zahid Hamidi.

http://www.astroawani.com/berita-politik/letak-jawatan-jika-mempertikai-keputusan-perdana-menteri-ahmad-zahid-61590

Jelapang: Bagi kita PENDIRIAN seumpama ini perlu diGUNAPAKAI oleh semua Menteri termasuk mereka yang diselaputi ISU termasuk Zahid iaitu - MELEPASKAN JAWATAN APABILA TERPALIT ISU.

Kalau ini berlaku, alangkah BERSIHnya Kabinet dan MURNINYA Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, ada desas-desus Zahid akan ditukarkan ke Kementerian lain apabila rombakan kabinet diadakan hujung bulan ini.

Wednesday, June 3, 2015

MAMPUKAH MUHYIDDIN MENCABAR NAJIB?

Image result for timbalan presiden umno

BEBERAPA hari lalu TERSEBAR satu sms yang berbunyi: "TSMY sampai kat KLIA kul 9 mlm esok. (2/6). Kita tunggu ramai ramai di pintu pelepasan 4 dan 5."

Seorang pegawai Muhyiddin Yassin dilaporkan MENAFIKAN Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyebarkan SMS tersebut dan Muhyiddin TIDAK MEMINTA mana-mana pihak menyambut kepulangan beliau dari bercuti di Australia.

Kalau BUKAN pejabat TPM yang sebarkan, siapa?

Politik umpama bermain catur. Politik penuh dengan percaturan.

Ada 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama, ada PENYOKONG TPM yang menyebarkan SMS tersebut untuk memperlihatkan kehebatan Muhyiddin TETAPI GAGAL. Hanya 50 penyokong hadir untuk menyambut beliau malam tadi.

Kemungkinan KEDUA ialah musuh Muhyiddin yang MENYEBARKAN SMS tersebut bertujuan untuk "smoke out" atau mengenalpasti siapa MUSUH mereka yang berani tampil secara terang-terangan untuk menyokong Muhyiddin. Malangnya, mereka juga gagal kerana TIADA seorang Menteri atau Ketua Bahagian termakan dengan TAKTIK tersebut.

PERSOALAN SEKARANG, apakah Muhyiddin mempunyai kekuatan politik untuk MENGGANTIKAN Najib Razak?

Sejarah Umno memperlihatkan betapa HEBATNYA Timbalan-Timbalan Presiden Umno sebelum ini.

1. MUSA HITAM: Jun 1981: Menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Musa mendapat 722 undi sementara Ku Li mendapat 517 undi. 1986: Musa berganding dengan Ku Li untuk menentang gadingan Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Ghafar Baba. Musa TEWAS jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Allahyarham Ghafar dengan HANYA 40 undi. (Dr Mahathir MENEWASKAN Ku Li dengan 43 undi).


2. ALLAHYARHAM TUN GHAFAR BABA: Menewaskan Musa Hitam pada tahun 1986. DITEWASKAN Anwar Ibrahim pada 1993 apabila Allahyarham Ghafar GAGAL mendapatkan kuota yang mencukupi untuk MEMPERTAHANKAN jawatan Timbalan Presiden Umno. Anwar MEMPEROLEHI 95% pencalonan iaitu pencalonan dari 137 bahagian berbanding Ghafar HANYA TUJUH (terdapat 145 bahagian Umno semasa itu).


3. ANWAR IBRAHIM: Menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba dan disingkirkan dari Umno oleh Tun Dr Mahathir. Walaupun tersingkir, Anwar merupakan Timbalan Presiden paling berpengaruh di era Umno memasuki kurun ke 20an.


4. ABDULLAH AHMAD BADAWI: Ditabalkan sebagai Perdana Menteri pada 2003.


5. MUHYIDDIN YASSIN?

Kehadiran 50 penyokong semalam sudah pasti MENJEJASKAN imej beliau. Yang lebih MEMBIMBANGKAN Muhyiddin ialah kehadiran semalam pasti "MENAKUTKAN" ketua-ketua bahagian untuk "MENDAMPINGI" beliau. Pemimpin Umno SEKARANG, lebih mementingkan 'PERIUK NASI" dari perjuangan. Sokongan mereka BERGANTUNG kepada "PERIUK NASI". Tidak seperti di tahun-tahun 80an.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/02/Muhyi-welcome-home/

Monday, June 1, 2015

HAK NAJIB LANTIK & PECAT MENTERI: PECATLAH MUHYIDDIN

Image result for najib+muhyiddin+khairy+shafie

UTUSAN Malaysia hari ini melaporkan Najib Razak sebagai berkata: "Mana-mana anggota Kabinet yang TIDAK BERSAMA DENGAN SAYA dalam usaha pemulihan 1MDB boleh MELETAKKAN JAWATAN".

http://www.utusan.com.my/berita/politik/letak-jawatan-jika-tidak-bersama-1.98002

PERTAMA sekali, berita-berita seperti ini TIDAK perlu memetik sumber Kabinet.

Najib kena BERANI. Dia Perdana Menteri. Sebut terang-terangan. Sebut "Najib Razak hari ini meminta anggota Kabinet yang tidak bersama beliau LETAK JAWATAN".

Tak usah bersembunyi di belakang sumber. Nak lontar batu pada Tun Mahathir Mohamad pun suruh orang. Menyorok belakang orang. Nak suruh Menteri Kabinet letak jawatan pun, suruh Shahrir Samad. Adalah sikit tanggungjawab. Tunjuk keberanian. Jangan suruh orang buat kerja kita.

Dulu, kita selalu guna ungkapan, hak perlantikan ke Kabinet adalah HAK MUTLAK Perdana Menteri. Atau pun "hire & fire" dalam bahasa Inggeris (lantik atau pecat) Menteri adalah hak Najib Razak.

Jadi apa masalahnya? Kenapa Najib nak meminta anggota Kabinet meletakkan jawatan jika tidak menyokong beliau?

PECATLAH MEREKA! Pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin. ITU HAK NAJIB.

Tak perlu MEMINTA. Perkataan MEMINTA menggambar Najib "penakut" dan "LEMAH."

Kerana lemah Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim (MBA) boleh menipu Ijazah dan sebagainya.

Image result for azeez+rahim+ijazah

Sunday, May 31, 2015

NAJIB RAZAK PERLU LEBIH GENTLEMAN DARI HASSAN MALEK. HADIR PARLIMEN JAWAB ISU 1MDB

Image result for najib+keseorangan+1mdb

KASIHAN Najib Razak.

Disuruh ke Gopeng, pergi Gopeng. Di suruh ke Kuantan, pergi Kuantan. Semalam di suruh ke Perlis, pergi Perlis. Entah minggu depan disuruh ke mana pula, Wallahualam.

Pagi-pagi subuh dah bangun, siapkan diri nak terbang ke hulu dan hilir dihujung minggu. Begitu lah kehidupan Najib dan isteri, Rosmah Mansor, sejak akhir-akhir ini akibat skandal 1MDB.

Semalam di Perlis, Najib terpaksa memberitahu rakyat Perlis "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian."

Nyata sekali tidur pun terjejas kerana krisis 1MDB.

NASIHAT Jelapang, tak perlulah Najib menyengkang mata, menyeksa diri, bangun subuh-subuh berlari ke airport untuk hadir tiga atau empat program sehari. Rakyat pun hendak juga bercuti di hujung minggu. Tambah-tambah lagi sekarang ini musim cuti sekolah.

Perlu juga ada sedikit simpati kepada Ketua-ketua Perhubungan dan Ketua-ketua Bahagian yang terpaksa bersusah payah mencari bas untuk membawa petani, nelayan, peneroka dan ahli Umno untuk duduk berdiri di depan Najib untuk mendengar rintihan beliau "saya boleh tidur lena, tidak berasa kesunyian".

KERISAUAN Najib ini boleh DISELESAIKAN dengan mudah. Tidak perlu  belanja wang untuk kumpul 5,000, 12,000, 30,000 atau 40,000 orang.

NAJIB HANYA PERLU HADIR DI PARLIMEN dan berjumpa dengan 221 Ahli-Ahli Parlimen yang juga SAHABAT beliau yang sesetengahnya beliau kenal lama - tiga-empat penggal.

Mereka ini rakan-rakan beliau. Lagipun sekarang ini Parlimen sedang bersidang.

Datanglah, berdiri dalam Parlimen untuk satu jam, mungkin antara jam 10pagi-11pagi, dan JAWAB semua soalan-soalan yang dibangkitkan oleh SAHABAT-SAHABAT Ahli Parlimen beliau mengenai 1MDB.


Datanglah untuk sekejap saja. Tidak perlu lagi Perdana Menteri meminta bantuan Shahril Samad, Rahman Dahlan, Salleh Keruak untuk MENJAWAB BAGI PIHAK BELIAU.

Mereka-mereka ini sudah pasti tidak tahu semua perkara mengenai 1MDB dan hanya beliau saja yang tahu segala-galanya mengenai urusan 1MDB.

HADIRLAH DI PARLIMEN.

YAB Dato' Sri tidak perlu takut.

Tengok Hassan Malek. Cukup gentleman. Kena kutuk pun berani pergi ke Parlimen untuk berhadapan dengan rakan-rakan Ahli Parlimen beliau dan JAWAB apa saja soalan yang dilontarkan ke arah beliau.

Kita yakin tahap gentleman Najib lebih tinggi dari Dato Seri Hassan Malek.

Saturday, May 30, 2015

JHO LOW DAH BALIK. PEMUDA UMNO LUPAKAH DESAKAN DULU? TAHAN PASPOT JHO LOW

Jho Low on board the Cathay Pacific flight

Gambar ini disiarkan oleh sebuah akhbar Inggeris semalam ketika bilionaire Cina, Jho Low, berada di dalam pesawat Cathay Pacific dalam penerbangan KEMBALI ke Malaysia.

http://www.theantdaily.com/Main/Jho-Low-is-back-in-town-is-he-here-to-face-the-PAC

Maka Jelapang teringat kepada kata-kata GARANG Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin: "Jho Low perlu DISIASAT di atas penglibatan beliau di dalam 1MDB. Cap jari nya terlekat merata di dalam 1MDB.  Saya berharap PAC dapat memanggil Jho Low di dalam prosiding PAC".

Itulah lebih kurang kenyataan Pemuda Umno.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/20/pac-siasat-jho-low/

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/khairy-jho-lows-fingerprints-all-over-1mdb-must-not-escape-pacs-eye

SEKARANG JHO LOW sudah berada di tanahair.

Mana Ketua Pemuda Umno Malaysia? Tak boleh kah Pemuda dan Khairy MENDESAK kerajaan MENAHAN PASPOT JHO LOW SUPAYA BELIAU TIDAK MENINGGALKAN NEGARA SEHINGGA SIASATAN KE ATAS 1MDB SELESAI?

Tak mungkin Pemuda Umno MUDA-MUDA LAGI DAH MUDAH LUPA?

Friday, May 29, 2015

SHAHRIL SAMAD PELAKUN TAMBAHAN DALAM SANDIWARA 1MDB

1MDB president Arul Kanda Kandasamy and BN backbenchers president Tan Sri Shahrir Samad at a hotel in Kuala Lumpur, in this picture made available to The Malaysian Insider. – May 29, 2015.

MENURUT Ketua Umno Bahagian Cheras Syed Ali Al-Habshee, Pengerusi BNBBC Shahril Samad BERTEMU CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy pada malam Rabu di sebuah restoran bernama Aloft, di KL Sentral di Kuala Lumpur.

Shahril dahulu dan Shahril sekarang nampak sudah lain.

Dulu Shahril dalam kelompok Menteri-Menteri yang amat dihormati di era Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Hussein Onn.

Tetapi Shahril sekarang sudah berubah. Mungkin zaman sudah berubah.

Dulu-dulu skandal melibat RM2 bilion, RM3 bilion. Skandal sekarang melampaui puluhan bilion ringgit sampai ke RM42 bilion.

Baru-baru ini Shahril mendesak Menteri Kabinet yang tidak faham isu 1MDB supaya meletakkan jawatan.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/26/bnbbc/


Sekarang kita maklum kenapa Shahril begitu memahami isu 1MDB.  

Sementara itu, Syed Ali menggambarkan ketidakhadiran Arul untuk pendengaran 1MDB sebagai satu SANDIWARA.

Baca di SINI: http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2015/05/1mdb-arul-his-predecessor-and-board.html


Wednesday, May 27, 2015

1MDB: DRAMA NUR JAZLAN & PAC

PAC deputy chairman Dr Tan Seng Giaw (left) and Nur Jazlan.

NUR JAZLAN Mohamed adalah antara sekumpulan kecil Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen Umno yang masih ada sisa-sisa kredibiliti.

Tetapi semalam kita mula sangsi akan kredibiliti beliau sebagai Pengerusi PAC apabila CEO 1MDB Arul Kandasamy dan Shahril Halmi tidak hadir untuk pendengaran 1MDB.

Drama apa yang dimainkan Nur Jazlan? Skrip apa yang dipakai Nur Jazlan semalam.

Tak mungkin kedua-dua CEO dan bekas CEO 1MDB berani ponteng pendengaran PAC kecuali ada skrip drama tertentu. Katanya Arul dan Shahrol ada komitmen di luar negara (Shahrol pergi tak jauh mana pun. Singapura sahaja). 

Spekulasi di akar umbi mengatakan Nur Jazlan antara pelakunnya.

Hari ini Nur Jazlan berkata PAC mungkin akan memanggil Najib Razak untuk memberi keterangan.

Kita amat berharap sangat ini bukan satu lagi drama  Nur Jazlan dan PAC.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/05/27/1mdb-auditors-to-be-called-in-next-week/

Tuesday, May 26, 2015

SEBARANG KOMITMENT KEWANGAN 1MDB PERLU KELULUSAN NAJIB?

Image result for najib+1mdb

SEMUA urusan kewangan perlu kelulusan Najib Razak?

Benarkah?

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini mendedahkan mengenai tatacara perjalanan 1MDB.

Katanya terdapat satu perenggan yang menyatakan bahawa sebarang KOMITMEN KEWANGAN 1MDB MESTI MENDAPAT KELULUSAN BERTULIS NAJIB.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/leaked-documents-show-pms-approval-required-for-all-1mdb-deals

Kita tunggu PENJELASAN Najib pula!

Monday, May 25, 2015

PAC & NUR JAZLAN TAK ADA TARING! ARUL & SHAHROL ELAK PAC ATAU DISURUH ELAK?

Jazlan, PAC, Arul Kanda, Shahrol

KETIKA 1Malaysia menaruh harapan kepada Nur Jazlan Mohamed dan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) untuk merungkai RAHSIA BESAR di dalam 1MDB, tiba Nur Jazlan menangguhkan pendengaran kononnya CEO 1MDB sekarang Arul Kandasamy dan bekas CEO Shahrol Halmi tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

Benarkah ada urusan rasmi? 

Arul dan Shahrol ELAK PAC atau DISURUH ELAK?

PUAD ZAKARSHI "ATTACK DOG" NAJIB YANG CUKUP HEBAT

Image result for puad zarkashi

BARU 2 bulan 9 hari dapat kontrak 2 tahun sebagai Ketua Pengarah Jasa, Puad Zakashi sudah menunjukkan kehebatan beliau sebagai "attack dog" Najib Razak. (tukang pukul -  (orang Melayu akan sensitif kalau guna perkataan anjing penyerang).

TIMBALAN PRESIDEN UMNO Muhyiddin Yassin dilabel Puad sebagai "PEMALAS", bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin dilabelkan 'PEMIKIRAN SEMPIT" dan di dalam Twitter beliau, Puad menulis mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri yang dikasihi rakyat, dan diakhir ayat beliau, Puad menemplak Tun Dr Mahathir dengan menulis "shame to you."

Bagi akar umbi, Puad tak akan berani menemplak Timbalan Presiden Umno dan Tun Dr Manathir sedemikian rupa TANPA RESTU Najib.

Najib, jika tidak suka pada Muhyiddin Yassin lagi, tak payahlah guna "attack dog" macam Puad.

Semua orang Umno termasuk ketua-ketua cawangan sudah menonton video YouTube luahan hati Muhyiddin di Janda Baik baru-baru ini.

Jahat sangat kah bahasa yang digunakan Muhyiddin sampai dihina oleh Puad sedemikian rupa? Muhyiddin hanya memberi pandangan beliau demi masadepan Umno dan kerajaan dan dengan jelas beliau menyebut beliau MENYOKONG PRESIDEN UMNO tetapi tidaklah MENYOKONG MEMBUTA TULI seperti sesetengah Ketua Bahagian.

Tingkah laku Puad ini hanya jadi BAHAN KETAWA di akar umbi.

Kita tahu kaitan Puad di antara jawatan Pengerusi Risda dan jawatan Ketua Pengarah Jasa.

Lagipun status jawatan beliau sebagai Ketua Pengarah Jasa meragukan kerana beliau tidak melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan bercanggah dengan peraturan PAC.

Jika Najib merasakan bahawa kelakuan Puad ini menguntungkan beliau, teruskan lah.

Tetapi kami di bawah meluat dengan perangai Puad ini.

Sementara itu Jelapang sempat menjenguk facebook Puad, bekas Ahli Parlimen Batu Pahat yang ditolak oleh rakyat Batu Pahat. (Sedikit peringatan sejarah untuk kita. Batu Pahat adalah salah satu tempat kelahiran Umno).

Berikut satu petikan dari Facebook Puad:


Sunday, May 24, 2015

NAJIB: ANGKA BUKAN SEGALANYA, AFFIFUDIN: SAYA TAK SOKONG NAJIB

NAJIB TUN RAZAK bersalaman dengan sebahagian daripada ribuan penyokongnya

"HARI ini kita kumpulkan 12,000 orang, kalau kita hendak kumpul 20,000 pun boleh, 40,000 orang pun boleh. Saya di Tawau, Sabah minggu lalu, 40,000 orang hadir, di Johor 15,000 orang, di Gopeng pagi tadi 25,000 dan hari ini di Kuantan 12,000 orang. Saya tahu ANGKA BUKAN SEGALANYA tapi saya lihat keikhlasan rakyat terus memberikan sokong kepada saya. " Najib Razak.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sokong-kepemimpinan-najib-1.95071

Bekas timbalan menteri kewangan Datuk Dr Affifuddin Omar berkata sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas dapat dilihat dari apa yang terjadi ketika pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh awal bulan ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 23 Mei, 2015.

"Saya ahli Umno TETAPI tidak sokong Najib. Orang Bugis tak melawan sangat dulu. Yang kuat melawan orang Aceh. Orang Aceh duk diam saja. Orang Bugis di laut selalu menyamun saja. (Jadi) tak payah bermimpi jadi Pahlawan Bugis. Saya pun ada darah minang." -Dr Affifudin Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan dan bekas Ketua Bahagian Padang Terap.

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2015/05/berhenti-bermimpi-jadi-pahlawan-najib.html




Saturday, May 23, 2015

AZWAN BRO: SIASAT JHO LOW LEBIH BERFAEDAH DARI SIASAT PEMBOCOR VIDEO MUHYIDDIN YASSIN

Image result for azwan+pemuda+umno

SATU pasukan diketuai oleh Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ditubuhkan untuk mengenalpasti dalang yang MEMBOCORKAN video "luahan hati Tan Sri Muhyiddin Yassin".

Katanya orang yang bertanggungjawab telah dikenalpasti - seorang pemimpin Umno dari Bahagian Segambut.

Tetapi lain pula pandangan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.

Kata AzwanBro: "Siasat dalang sebenar 1MDB lebih penting dari mencari penyebar video. Laporan polis telah dibuat ke atas Sarawak Report, penglibatan Jho Low serta Lembaga Pengarah 1MDB.

"Isu aliran tunai dan hutang 1MDB juga dilihat jauh lebih besar dari isu rakaman video haram ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri  Muhyiddin Yassin dalam pertemuan tertutup bersama pemimpin di ILMU di Janda Baik Sabtu lalu."

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasat-dalang-sebenar-1mdb-lebih-penting-dari-cari-penyebar-video-di-ilmu-azwan-bro-60502

Friday, May 22, 2015

SYED ALI SOKONG MUHYIDDIN - PECAT PENGARAH 1MDB

JELAPANG tidak berapa minat dengan Syed Ali Al-Habshi, Ketua Bahagian Cheras.

TETAPI, kali ini Jelapang ingin MENYOKONG penuh PENDIRIAN Syed Ali dalam MENYOKONG kenyataan Muhyiddin Yassin agar keseluruhan ahli lembaga pengarah 1MDB dipecat berikutan isu yang melanda 1MDB.
http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2015/05/we-support-muhyiddin-axe-1mdb-board-now.html

Kita merasa amat PELIK apabila Najib Razak masih membisu dan tidak membuat keputusan untuk MEMECAT Lembaga Pengarah 1MDB dan mengarahkan POLIS untuk menyiasat 1MDB.

Setakat yang Jelapang terbaca TIGA personaliti yang ada kaitan SIPI-SIPI dengan 1MDB samada diBERHENTIKAN KERJA, diGANTUNG atau diLUCUTKAN tugas.

1. Pengarah Urusan Ambank Ashok Ramamurthy dikatakan berundur berikutan isu pinjaman kepada 1MDB. http://www.malaysiakini.com/news/290782

2. Pegawai Kanan BSI Bank Singapura digantung tugas.
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=499502:half-a-billion-usd-was-transferred-from-good-star-to-jho-low%E2%80%99s-bsi-singapore-account-major-exclusive&Itemid=2#.VVm2Pbmqqkp

3. Khadem al Qubaishi, Ketua Pegawai Eksekutif International Petroleum Involvement Company (IPIC) diLUCUTkan tugas. http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=501491:1mdb-dirt-hits-global-fan-saudi-fund-removes-jho-lows-key-contact-najib-paralysed-with-fear?&Itemid=2#axzz3aTueLvr6

IA benar-benar pelik. Gempa bumi berlaku di Kuala Lumpur dan episenter pun di Kuala Lumpur. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Tiada siasatan polis, tiada siapa dipecat atau digantung tugas.

Tetapi mereka yang sipi-sipi terkena bahang gempa 1MDB di luar Malaysia ini ada digantung tugas dan dilucutkan jawatan.

Benar kata orang, di Malaysia BANYAK PERKARA MENAKJUBKAN sedang berlaku.

Thursday, May 21, 2015

MUHYIDDIN YASSIN: PANGGIL POLIS SIASAT 1MDB & PECAT CEO & PENGARAH 1MDB



Video ini didedahkan Blogger Apanama pagi ini.

http://www.apanama.my/2015/05/luahan-hati-timbalan-presiden-umno-1mdb.html

TAHNIAH dan Terima Kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keterbukaan dan ketelusan beginilah yang diDAHAGAKAN rakyat.

Terima kasih.

Tuesday, May 19, 2015

KETUA-KETUA BAHAGIAN MENCERCA TUN M MENGENAI PANDIKAR

Image result for pandikar amin mulia

Rupa-rupanya Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap benar. Bahawa memang benar Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia telah meletakkan jawatan pada 19 Mac.

Dr Mahathir dihentam teruk oleh sesetengah Ketua Bahagian sampai ke tahap mencerca dan memaki hamun.

Seorang Ketua Bahagian berjawatan Menteri mencerca Tun melalui grup whatsapp dengan kenyataan bahawa selepas mengerjakan Umrah Tun Dr Mahathir menjadi kaki fitnah.

Jelapang tahu siapa di kalangan ketua-ketua bahagian yang mencerca Tun Dr Mahathir di dalam grup-grup Whatsapp dan Telegram mereka.

Bagaimanapun masih ada masa untuk Ketua-ketua bahagian ini memohon ampun dan maaf kepada Tun sebelum terlambat.

Ingat lah, “… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……” (al-Baqarah:217)

PANDIKAR AMIN LETAK JAWATAN KES TANDAS?

Image result for pandikar amin mulia


"Sebagai speaker, beliau perlu berjumpa VIP. Bilik beliau tidak selesa. Mungkin sebab itu dia nak berhenti. Kemudahan dalam bilik tidak diberikan." - Dr Mahathir Mohamad mengenai isu Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia yang menafikan beliau memberitahu Tun Dr Mahathir bahawa beliau telah meletakkan jawatan.

  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pandikar-tidak-gembira-dengan-kelengkapan-pejabat-kata-dr-m



Sunday, May 17, 2015

1MDB: KITA TUNGGU JAWAPAN NAJIB & TAN SRI 1MDB


Hari ini mungkin Ketua-Ketua Bahagian Umno (kini dikenali di akar umbi sebagai Hulubalang Baju Merah) dapat mengambil sedikit masa untuk membaca pendedahan yang dilakukan oleh akhbar minggu Edge mengenai 1MDB.

Image result for umno+baju merah

Artikel ini boleh dibaca di link ini:  http://www.scribd.com/doc/265511831/1MDB-Updated-May16-Highres

Jika kurang faham di dalam bahasa Inggeris, mereka boleh membaca blog Kadir Jasin.

Link: http://kadirjasin.blogspot.com/2015/05/soalan-penyiasat-1mdb-wajib-tanya.html

Kita akan menanti jawapan dari 1MDB termasuk Tan Sri Esmee Ismail (Tan Sri 1MDB).