Saturday, May 30, 2015

JHO LOW DAH BALIK. PEMUDA UMNO LUPAKAH DESAKAN DULU? TAHAN PASPOT JHO LOW

Jho Low on board the Cathay Pacific flight

Gambar ini disiarkan oleh sebuah akhbar Inggeris semalam ketika bilionaire Cina, Jho Low, berada di dalam pesawat Cathay Pacific dalam penerbangan KEMBALI ke Malaysia.

http://www.theantdaily.com/Main/Jho-Low-is-back-in-town-is-he-here-to-face-the-PAC

Maka Jelapang teringat kepada kata-kata GARANG Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin: "Jho Low perlu DISIASAT di atas penglibatan beliau di dalam 1MDB. Cap jari nya terlekat merata di dalam 1MDB.  Saya berharap PAC dapat memanggil Jho Low di dalam prosiding PAC".

Itulah lebih kurang kenyataan Pemuda Umno.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/20/pac-siasat-jho-low/

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/khairy-jho-lows-fingerprints-all-over-1mdb-must-not-escape-pacs-eye

SEKARANG JHO LOW sudah berada di tanahair.

Mana Ketua Pemuda Umno Malaysia? Tak boleh kah Pemuda dan Khairy MENDESAK kerajaan MENAHAN PASPOT JHO LOW SUPAYA BELIAU TIDAK MENINGGALKAN NEGARA SEHINGGA SIASATAN KE ATAS 1MDB SELESAI?

Tak mungkin Pemuda Umno MUDA-MUDA LAGI DAH MUDAH LUPA?

1 comment:

Anonymous said...

KP tuh banyak enter frame. bila ada saja isu hangat, dia akan terselit dengan sedikit kata yang kononya dia menyumbang. lepas tuh hilang senyap. kadang dia nih dilihat sebagai opportunist jugak.