Monday, May 4, 2015

BENARKAH 2/3 PENGGUNA PREPAID RAKYAT ASING, DS SHABEERY?

Image result for shabery cheek

"Kerajaan bakal kehilangan hasil sebanyak RM800 juta setahun jika cukai barang dan perkhidmatan (GST) kad prabayar dihapuskan. Sebanyak DUA PERTIGA daripada PENGGUNA TALIAN PRABAYAR adalah warga asing kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh. Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka." - Menteri Komunikasi dan Multimedia Shabeery Chik.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-rugi-rm800-juta-jika-hapus-gst-prabayar-1.86965

SOALAN: BENARKAH 2/3 pengguna prepaid adalah warga asing?

Ramai rakan-rakan kita serta anak-anak kita menggunakan prepaid. Oleh itu Jelapang membuat sedikit semakan dan mendapati bahawa 80.5 peratus atau 36.6 juta talian telefon bimbit adalah talian prabayar.

Dan hanya 19.5 peratus atau 8.7 juta adalah POSTPAID. Fakta ini terkandung di dalam Laporan Tahun 2014 SKMM, agensi di bawah portfolio Shabeery Chik.


Katakanlah setiap orang mempunyai 3 talian prabayar, ia bermaksud terdapat 12.3 juta pengguna telefon bimbit prabayar di Malaysia.

Jika 2/3 dari mereka adalah pekerja asing, maka terdapat 8.2 juta pekerja asing di Malaysia sekarang ini.

BENARKAH fakta yang diberikan Shabeery?

Jika benar, tidak mengapa. Kenakanlah GST ke atas pekerja asing.

Bukan apa, jika fakta Shabeery salah, dan yang marah sekarang 2/3 adalah rakyat sendiri, Jelapang bimbang, memandangkan kerajaan sekarang amat berminat untuk mentadbir negara sebagai satu perniagaan dan lebih mementingkan duit dari undi, maka dalam PRU-14 nanti, janganlah pula marah jika rakyat mengundi mengikut selera masing-masing.

7 comments:

Anonymous said...

lantik menteri yang ada latarbelakang MATH yang bagus..

sekadar cakap2 bersastera dah tak bolih zaman ini..

Kalau tak pandai kira jgn jadi Menteri.

Gabenor johor said...

Tetap bersyukur kerana kadar talian prabayar untuk pangilan sms dan internet kita masih yang termurah di dunia dan GST juga yang termurah dibandingkan dgn negara jiran kita..alhamdulillah aminnn

Anonymous said...

Amat tak logik!

Anonymous said...



salah menteri yg tak tau buat kerja

Anonymous said...

Baik duduk diam dulu, fikir apa yg patut dicakap dan tapis 3, 4 kali. Jgn terus ckp. Nampak sgt bodohnya. Ada berapa juta pengguna prabayar dan ada berapa juta pendatang? Logik ke 2/3 pengguna prabayar adalah pendatang? Lawak bodoh dh patut diberhentikan...please!!

Anonymous said...

Ini lah masanya rakyat malaysia daftar postpaid, tak rugi pun, pp atau prepd, cakap masih guna telpon, lepas tu baru kita shaberry chik ckp betoi ka bohong, caanya mudah, semua rakyat msia buat tukaran terus dekat telco

Anonymous said...


undi pembangkang saja pru nanti - undilah sapa saja kecuali bn/umno