Sunday, May 10, 2015

SELAMAT BERTARUNG DATO' SRI NAJIB. SEMUGA BERJAYA



" Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya.

"'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan. 

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab. 1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri," yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin. Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad - 1MDB)."  - NAJIB RAZAK


Laporan penuh Bernama:

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1133340

10 comments:

Anonymous said...

Tuhan Maha Adil,siapa hatinya yg lebih busuk dan lebih banyak menzalimi rakyat serta menyalahgunakan kuasa ,kali ini akan menerima padahnya.Aku berdoa utk itu,demi ugama,bangsa dan negara ku.

Anonymous said...

Dah tu jawablah kemana duit 42Bilion tu pegi. Berikan perincian. Sebenarnya x payah tunggu laporan audit pun. Audit boleh datang lepas kamu bagi perincian.

Jadi duit tu kemana? Jangan jawab dengan belitan. Orang KB / Sabah memanglah boleh sorang untuk kamu sekarang. Tapi tunggulah, Orang yg sama juga boleh menumbangkan kamu!

Anonymous said...

BERITA TERKINI : SERANG BALAS NAJIB Di TAWAU SABAH: TUN MAHATHIR MOHAMAD KELUAR UMNO, MENYERTAI PAKATAN RAKYAT JUMAAT INI - sumber Malaysiakini.com (kemaskini 02.55)

..??...betulke?

Anonymous said...

oh ok YB Perdana Menteri, genggam bara api sampai jadi arang.

membujur lalu melintang patah!

tapi duit 27 billion ada kat mana?

Anonymous said...

Kalau Mahathir bergabung dgn pakatan rakyat, tumbang Najib malah BN...jgn main2 tambah lagi Mahathir masih banyak penyokong tegar...

Labu8455 said...

Tak nak tunduk pada sesiapa pun itu adalah hak kamu Najib tapi berundurlah dan itulah kehendak majoriti rakyat Malaysia pada saat ini.

Anonymous said...

Dulu kerajaan menang majoriti, populariti pun depa jugak. Ada sebab la tun taknak lepas jawatan. La ni, apa pun xdak. Majoriti celah gigi ja.

Anonymous said...

Dulu kerajaan menang majoriti, populariti pun depa jugak. Ada sebab la tun taknak lepas jawatan. La ni, apa pun xdak. Majoriti celah gigi ja.

Anonymous said...

Betapa kemaruknya Najib dengan kuasa dan pangkat, sampai sanggup jahanamkan parti kerana kemaruk kuasa dan pangkat. Kalau kau tak mau berundur, jangan ingat rakyat yang mahukan keadilan akan berundur walaupun setapak, walaupun selangkah, pantang kami undur, kau nak menyerbu ke hadapan, kami akan mara ke hadapan untuk menentang kezaliman dan penipuan serta pengkhianatan dari pemimpin khianat seperti kau ini.

Walaupun Najib Si Marcos Malaysia berdegar-degar di pentas ceramah memaki hamun Tun Dr. Mahathir, serta menuduh Tun Dr. Mahathir berseorangan dalam perjuangan ini, kononnya Najib disokong oleh 40 ribu orang, walaupun 40 ribu orang itu hanyalah diangkut dengan bas, beca, lori tanah, lori balak, basikal, perahu dan macam-macam lagi untuk meramaikan orang, sedangkan hakikatnya yang hadir pun meluat dan menyampah dengan gelagat tak guna Najib itu.

Tetapi di seluruh negara, berjuta-juta rakyat Malaysia dari kanak-kanak hingga ke warga emas, menyokong penuh perjuangan Tun Dr. Mahathir yang mahu menyelamatkan negara ini, menyelamatkan rakyat negara ini, menyelamatkan UMNO dan menyelamatkan Barisan Nasional dari petualang perosak bangsa dan negara seperti Najib ini.

Najib, kalau kau masih keras kepala,kepala batu nak menjahanamkan UMNO kerana ketamakkan kuasa dan pangkat akibat mementingkan nafsu serakah syok sendiri kau ini, kami rakyat akan berjuang habis-habisan dengan apa jua cara untuk menumbangkan kau dari puncak kuasa bagi menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional serta Malaysia dari jahanam dikerjakan oleh dan kuncu-kuncu tak guna kau itu.

Sedarlah bahawa kami semua juga tak akan berundur, kami tak akan sesekali undur, kau mara selangkah, kami akan mara 1000 langkah untuk pertahankan Malaysia, rakyat, UMNO dan Barisan Nasional, ini perjuangan kami.

Anonymous said...

Alahai ... garang diatas pentas aje

Depan bini kecut macam belun meletup

Kena siku pun senyap pijak semut tak mati

https://www.youtube.com/watch?v=Ix7OSYQ4htA