Tuesday, January 6, 2009

SIME DARBY TAK JADI RAMPAS IJN!

AKHIRNYA perjuangan rakyat berjaya. Hari ini rakyat berjaya mengekalkan Institut Jantung Negara dari menjadi mangsa kerakusan Sime Darby dan pihak-pihak yang berkepentingan.

Sebentar tadi, Sime Darby mengumumkan ia tidak akan meneruskan rancangannya mengambil alih 51 peratus kepentingan ekuiti dalam IJN Holdings Sdn Bhd yang mengendalikan IJN.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/6/mstar_mutakhir/20090106184910&sec=mstar_mutakhir

Tahniah kepada rakyat. Ketika keputusan untuk membenarkan Sime Darby mengambil alih IJN, perasaan dan kepentingan rakyat tidak langsung diambil kira.

Seperti juga dengan pengswastaan lain, rakyat ditabur dengan janji-janji yang kerapkali tidak ditunaikan. SJMC yang kini milik Sime Darby hanya mementingkan keuntungan dan tidak pernah menyumbang bakti kepada golongan marhaen seperti kita.

Kepada pengurusan Sime Darby, imej syarikat yang dahuluinya disanjung masyarakat kini punah dek kerakusannya dalam mengaut keuntungan.

Keputusannya untuk membatalkan hasratnya untuk mengambil alih IJN tidak akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada syarikat tersebut.

Kepada kerajaan, dahulukanlah kepentingan rakyat dari kepentingan syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby dan mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dan jangan sekali-kali menganggap masyarakat hari ini bodoh.

Sunday, January 4, 2009

KEKALKAN IJN HAK RAKYAT!


INSTITUT Jantung Negara (IJN) adalah hak rakyat dan seharusnya kekal hak rakyat.

Esok, menurut Sime Darby Watch, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan IJN dan Sime Darby. http://simedarbywatch.blogspot.com/2009/01/epu-to-meet-ijn-sime-darby.html

Hanya satu mesej yang kita hendak sampaikan kepada kerajaan - "Kekalkan IJN hak rakyat". http://apanama2020.blogspot.com/2009/01/dont-kill-ijn.html

Dengan ini, marilah sama-sama kita menyahut seruan Sime Darby Watch untuk sama-sama memperjuangkan dan mempertahankan IJN supaya kekal hak rakyat dengan mempamirkan logo-logo ini.

Blogger A Voice menerusi blognya, Another Brick in the Wall, mempunyai beberapa fakta menarik mengenai cadangan pengambil-alihan IJN oleh Sime Darby. http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Thursday, January 1, 2009

WAHID LAWAN WAN FARID

Mohd Abdul Wahid Endot, Ketua Pas Bahagian Kuala Terengganu dan Bendahari Pas Negeri, merupakan lawan Wan Ahmad Farid di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti. http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=381252

Reaksi Wan Farid?

"Siapa pun lawan yang dinamakan untuk menentang saya, ia tidak akan mengubah pendekatan BN serta falsafah parti untuk mendekati dan membawa mesej pembangunan kepada penduduk Kuala Terengganu.

"BN juga tidak gentar dengan isu-isu yang akan dibawa Pas semasa kempen nanti, kerana ia adalah isu sama yang dibawa parti itu pada pilihan raya umum 8 Mac lepas."

Sementara itu, calon Ketua Pemuda Umno Mohd Khir Toyo menganggap Wan Farid sebagai calon "bukan pilihan".

Kata Khir Toyo: ""Jadi 'being an underdog' (sebagai bukan pilihan), kita kena kerja lebih keras."
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=381190

IDAMAN TONY FERNANDES

Dari banyak-banyak azam tahun baru yang disiarkan oleh akhbar-akhbar baru-baru ini, azam Tony Fernandes, bos Air Asia, cukup menarik perhatian. Azam Tony ialah: "For a New Year present, I want a 50 per cent discount on Malaysia Airlines tickets, delivered by its head of corporate communications."

(Bagi hadiah tahun baru, saya mahukan potongan diskaun 50 peratus ke atas tiket-tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan ianya disampaikan oleh ketua perhubungan korporat MAS kepada saya)



Ketua Eksekutif Air Asia ini pernah mendapat potongan diskaun 75 peratus untuk tiket penerbangan ke mana sahaja dengan pesawat MAS. Tetapi hubungan "kurang mesra"nya dengan MAS tahun lepas menyebabkan pengurusan MAS menarik balik keutamaan tersebut.

Wednesday, December 31, 2008

WAN FARID: WANITA ITU ANAK SAUDARA SAYA!

"Wanita yang sedang menyanyi bersama saya itu adalah anak saudara saya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak saya, selain ibu bapa anak saudara saya." - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon BN untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Semalam, Wan Farid memberi penjelasan mengenai gambar beliau berkaraoke yang disiarkan oleh beberapa blog terutamanya blog pro-pembangkang.

Penjelasan beliau disiarkan oleh Utusan Malaysia hari ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Tambah Wan Farid: "Kuala Terengganu sekarang ini basah dengan hujan, tetapi mereka ini nampaknya kekeringan isu. Mungkin ada pihak yang nak menggambarkan saya seorang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di lounge, pusat karaoke dan sebagainya.”

Abang saya ada, ayah dia (anak saudara) pun ada di sebelah kanan, tetapi dalam laman web berkenaan, hanya ada gambar saya dan gambar anak saudara saya itu setengah, seolah-olah memberi gambaran yang tersendiri.”

“Ini adalah tindakan berniat jahat, bila gambar itu disiarkan di Internet, banyak pihak yang membuat andaian dengan pelbagai rumusan tentang karakter saya.”

SEKALUNG DOA BUAT PEJUANG PALESTIN

ERA KALIMULLAH DI NEW STRAITS TIMES BERAKHIR!

Kesudahannya, berakhirlah era Kalimullah Hassan di Kumpulan New Straits Times.

Hari ini, NSTP mengumumkan perletakan jawatan Kalimullah yang lebih dikenali sebagai Kali di kalangan wartawan dan ahli politik.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Ekonomi/20081230234101/Article/index_html

Era Kalimullah di NSTP penuh polemik dan kontroversi. Tidak salah dikatakan Kalimullah merupakan orang media yang paling banyak menerima cemuhan dari ahli-ahli politik dan orang media.

Kini bermulalah era baru dalam media. Siapa yang akan menjadi "baron" baru di NSTP?

Antara pengkritik Kalimullah:

Tun Dr Mahathir Mohamad: Hindu God, Muslim Priest. http://www.jeffooi.com/2006/04/hindu_god_muslim_priest.php

Another Brick in the Wall: Kalimullah's hands.

A. Kadir Jasin: Kalimullah dan konco-konconya.

Kudaranggi: Kali is not, after all, knowledgeable.

Apanama: NSTP free of Kali.

Aisehman: Kali, ball-carrying to the max.

Jeff Ooi: Why Kalimullah didn't die a 'bloody death'.

Big Dog: Riong Kali: Agenda "bunuh" boss untuk Singapura?

Rocky's Bru: Bloggers sued in Malaysia.

Jejak Pujangga: It doesn't pay to have advisers like Kalimullah.

Rocky's Bru: Kalimullah admits "It was incorrect".

Sanusi Junid: Pelakonnya ialah orang India Islam, Kalimullah...

Mediang MGG Pillai: Crisis in Journalism.

Another Brick in the Wall: Usaha Kalimullah meng-ular-kan Muhyiddin terbelit sendiri.

Tuesday, December 30, 2008

WARKAH BUAT PENDUDUK BUKIT ANTARABANGSA

Disiarkan sepucuk surat yang disiarkan oleh Utusan Malaysia buat tatapan golongan kelas atasan Bukit Antarabangsa yang tidak bersyukur.

Penduduk perlu mohon maaf secara terbuka

SAYA amat tertarik dengan laporan Utusan Malaysia pada 26 Disember 2008 yang melaporkan Tabung Bencana Alam Bukit Antarabangsa tidak mendapat sambutan dari masyarakat dan hanya mengutip RM160,000 walaupun pelbagai kempen telah diadakan.

Di sini saya ingin menarik perhatian Pengerusinya, Datuk Ismail Kijo atau sesiapa sahaja yang mewakili penduduk Bukit Antarabangsa supaya merenung kembali sorotan kejadian tersebut.

Sepanjang proses menyelamat, para petugas yang terdiri dari polis, tentera, pasukan perubatan, Rela dan pelbagai agensi telah bertungkus lumus siang dan malam untuk membantu para penduduk menyelamatkan diri dan harta benda mereka.

Namun pada masa yang sama juga, pelbagai rungutan dan cemuhan daripada para penduduk Bukit Antarabangsa dilaporkan. Antaranya ialah pasukan penyelamat mencuri harta benda, privasi mereka terganggu dan pelbagai rungutan remeh- temeh yang kurang enak didengar.

Tidak salah untuk membuat laporan tetapi cara para penduduk mencari publisiti murahan dengan membesar-besarkan isu tersebut di media massa telah menyinggung hati sebahagian besar anggota penyelamat.

Anggota penyelamat juga manusia biasa, mempunyai hati dan perasaan. Mereka meninggalkan keluarga dan bekerja lebih masa untuk membantu para penduduk. Mereka mungkin berkecil hati, tetapi tugas tetap dilaksanakan dengan tabah dan cekal. Syabas diucapkan!

Isu-isu ini dibesar-besarkan seolah-olah anggota penyelamat langsung tidak profesional dalam menjalankan tugas. Saya percaya sebahagian besar masyarakat yang membaca atau mendengar laporan seperti ini mungkin akan pudar rasa simpati mereka terhadap para penduduk yang terlibat.

Laporan-laporan yang dibuat hanya menggambarkan para penduduk Bukit Antarabangsa sebagai golongan yang tidak bersyukur.

Sebagai seorang pegawai tentera, saya amat terkilan dengan publisiti murahan seperti ini. Operasi menyelamat bukan sesuatu yang baru di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya. ATM telah terlibat dengan pelbagai operasi menyelamat seperti banjir, tsunami, tanah runtuh dan sebagainya dan mereka telah melaksanakan amanah yang diberi dengan cemerlang dan penuh dedikasi.

Berhubung Tabung Bencana Alam Bukit Antarabangsa yang tidak mendapat sambutan, saya berpendapat ada baiknya jika wakil penduduk atau sesiapa sahaja yang mewakili mereka membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada semua anggota penyelamat yang terlibat.

Ini bukan soal kaya atau miskin, ini soal hati dan perasaan. Mungkin dengan cara ini, tabung bencana tersebut akan lebih mendapat perhatian daripada masyarakat.

AMERKepong
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

Monday, December 29, 2008

MENGAPA TUANKU MUHRIZ TERPILIH!

Semalam Tuanku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 berikutan kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Tuanku Muhriz merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Mengikut laporan Bernama, Tuanku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Sebelum Tuanku Muhriz dimasyhurkan, Bernama juga melaporkan terdapat empat calon Yang DiPertuan Negeri Sembilan termasuk Tuanku Muhriz. Tiga yang lain ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar. Ketiga-tiga ialah Putera Almarhum Tuanku Jaafar.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Mengapa Tuanku Muhriz terpilih? Malaysian Insider mempunyai teorinya sendiri. Berikut ialah laporan Malaysian Insider Ahad lepas:

DEC 29 — Suave, charming and debonair, Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar had been for years one of Malaysia's most well-known member of royalty, and was widely expected to succeed his father as the Ruler of Negri Sembilan.

Known for his charitable activities, he was also a keen sportsman and a top corporate figure popular with the public, making him an ideal candidate to be the Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan.

But perhaps the spate of bad publicity his family endured in recent times eventually hurt his chances as he was ultimately bypassed today when the four Undangs, or territorial chiefs, of the state instead chose his cousin Tunku Muhriz to ascend to the throne.

The four chiefs, who have the ultimate say in deciding who gets to become the state's Ruler, had deliberated over the candidates in the past 24 hours amid intense speculation.

And the string of bad news in recent times surrounding the late Tuanku Ja'afar's family would not have escaped them.

In October, a grand-nephew of Tuanku Ja'afar was reportedly involved in a nightclub brawl with a member of the Johor royal family, in an incident which greatly embarrassed both royal households.

Tuanku Ja'afar also made the news for all the wrong reasons in the same month when he became the first ever member of royalty to be involved in a trial in the Special Court.

The Special Court, set up in the 1990s to hear cases involving royalty after royal immunity was removed by a constitutional amendment, ruled against Tuanku Ja'afar in a dispute with Standard Chartered Bank.

He was ordered to pay nearly US$1 million (RM3.6 million) to honour his commitment in a letter of credit over a business deal.

In a speech last month, Tunku Naquiyuddin subsequently made a call for royal immunity to be restored.

He argued the restoration of immunity would enable the constitutional monarchy to play a more fitting role in the 21st century as guardians of the Federal Constitution.

His remarks did not get the support of the other Malay Rulers, perhaps because it had come so soon after his father's court case.

Last month, his brother Tunku Imran's business dealings also ended up dragging the family's name through the mud.

Tunku Imran resigned as director and chairman of the Petra group of companies, which are controlled by his long-time friend and business partner Datuk Vinod Sekhar.

The public falling-out with his partner came following a lawsuit filed in the United States against the group and Tunku Imran by Hollywood film star Bruce Willis over a 'green rubber' project.
Tunku Imran's parting shot to his old friend was that 'enough is enough”.


In the end, that may not have been enough for Tunku Naquiyuddin to succeed his father.
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=14934

Sunday, December 28, 2008

HARAPAN ANAK MUDA

Mungkin di kalangan anak-anak muda "Operasi Isi Penuh" tidak membawa apa-apa makna buat mereka.

Bagi yang menganggur pada awal 1980an, "Operasi Isi Penuh" memberi satu pengharapan. Harapan mendapatkan pekerjaan. Anak-anak muda lepasan sekolah berpusu-pusu ke pejabat pos untuk mendapat borang JPA untuk memohon jawatan-jawatan kelas C dan D (posmen, kerani, askar, polis dsb) di jabatan kerajaan. http://www.aliran.com/oldsite/monthly/2003/8d.html

Hasilnya, lebih 300,000 anak-anak muda terutamanya anak-anak belia Melayu menjadi anggota perkhidmatan awam. Ketika itu, ekonomi negara memasuki era baru di bawah kepmimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Saturday/MyJohor/20080620144903/Article/

Tetapi suasananya agak berbeza pada akhir 1980an. Ekonomi negara dilanda masalah. Graduan universiti menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan.

Peristiwa tunjuk perasaan di Lemal, Kelantan, pada 1987, oleh para graduan universiti memberi cabaran hebat kepada kerajaan pada masa itu. Mereka berdemontrasi dari pekan Pasir Mas membawa sepanduk ke rumah bekas Timbalan Menteri Perumahan Tan Sri Hussein Ahmad dan ditangkap polis. Bimbang akan kesan politik pada masa itu, kerajaan mengambil keputusan mengugurkan tuduhan terhadap penunjuk-penunjuk perasaan itu. Penunjuk-penunjuk perasaan masa itu kini nama-nama besar dalam politik. Antaranya Husam Musa (Pas), Idris Ahmad (Pas), Saifuddin Nasution (Keadilan) dan Che Johan Che Pa (Umno). http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2008/10/mengimbau-wira-pakatan-rakyat.html

Kesan daripada tunjuk perasaan tersebut, kerajaan mengadakan "skim latihan siswazah menganggur" untuk memberi latihan kepada siswazah menggangur. Sebahagian dari siswazah akhirnya mendapat pekerjaan walaupun ada antaranya tidak kena mengena dengan bidang lulusan masing-masing. Ada yang dilatih menjadi guru. Sepanjang di bawah skim tersebut, para graduan ini diberi elaun khas RM350 sebulan. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Awal 2009, negara akan menghadapi cabaran yang sama. Sudah ada ura-ura syarikat akan memberhentikan hampir 5,000 pekerja kerana kemelesetan ekonomi. Semalam salah sebuah pasaraya tertua di England, Woolworths, bankrup. http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/28/business/20081228072248&sec=business

Semalam juga, kerajaan mengumumkan 1,429 pekerja di 17 kilang di Kedah akan dibuang kerja. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/28/nation/2903448&sec=nation

Keadaan ekonomi akan lebih parah menjelang suku pertama 2009. Apakah anak-anak muda kita akan mengharungi cabaran yang sama seperti tahun-tahun 1987 dan 2001?

Hanya satu saja harapan kita. Agar pemimpin kita kreatif dalam mengharungi cabaran ini. Malangnya, selepas Dr Mahathir meninggalkan jawatan, kepimpinan negara lesu tidak bermaya.http://royaldutchshellplc.com/2008/04/01/the-independent-the-great-depression/

Saturday, December 27, 2008

SHAHRIZAT SENADA!

‘‘Kita tidak mahu ahli-ahli UMNO pergi ke Kuala Terengganu sibuk berkempen untuk menang jawatan parti Mac depan, bukannya berkempen bagi bantu kemenangan calon BN.” - Abdullah Ahmad Badawi.

Amaran keras dari Presiden Umno. Itulah laporan Utusan Malaysia pada Hari Natal yang lepas.

Pak Lah "memberi amaran keras kepada semua calon yang bertanding pada pemilihan parti Mac ini supaya tidak sesekali menjadikan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan sebagai medan untuk berkempen jawatan parti."

Apakah nasihat Pak Lah didengari oleh ahli-ahli parti. Dah bermacam-macam nasihat dikeluarkan oleh Presiden parti, tiada siapa peduli.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Tiap-tiap hotel di Kuala Terengganu telahpun ditempah oleh calon-calon jawatan tertinggi parti dan MKT. Tujuannya - berkempen. Bukan berkempen untuk BN untuk kerusi Kuala Terengganu, tetapi untuk diri sendiri, untuk pastikan mereka dipilih Mac nanti.

Tiada siapa peduli samada Umno menang atau kalah di Kuala Terengganu. Yang penting Mac nanti, mereka dipilih oleh perwakilan ke MKT.

Juru-juru kempen yang telah menerima habuan mereka hanya perlu "check-in" di hotel-hotel yang telah ditempah oleh penaja-penaja masing-masing. Tanggungjawab mereka? Mudah saja.

Kumpulkan perwakilan dan uruskan makan besar yang akan dihadiri oleh calon-calon ini.

Ada yang lebih canggih dari itu. Di kalangan penyokong Rafidah Aziz, ramai yang bersunggut dan iri hati dengan kecangihan lawan Rafidah, Shahrizat Jalil.

Apa tidaknya. Shahrizat menggunakan badan NGO, Senada (Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam), yang ditubuhkan Jun lalu sebagai kuda tunggangan untuk berkempen. http://web7.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=358939

Senada bukan main aktif lagi sejak penubuhannya. http://www.malaysiakini.com/news/94319.
Shahrizat mengepalai Senada mengadakan pertemuan dengan Dewan Muslimat Pas Nov lepas. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Siang malam Shahrizat mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli Senada yang terdiri dari Ketua-ketua bahagian Wanita Umno dan AJK bahagian Wanita.

Dua minggu lepas orang Rafidah terkejut bila diberitahu Shahrizat berjaya menyakinkan seorang ahli kerabat DiRaja untuk menghadiri satu majlis di Dewan Felda. Namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan.

Minggu lepas, Senada buat seminar dua hari di Kuala Terengganu. Maka ramailah ahli-ahli dan perwakilan Wanita dapat bercuti di Kuala Terengganu. Bulan depan Shahrizat akan menjemput Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan Senada.

Jelas sekali, Shahrizat lebih canggih dari Rafidah dan tiada siapa yang peduli nasihat Pak Lah.

Thursday, December 25, 2008

WAN FARID HABISKAN MASA PERTAHAN KREDIBILITI

Wan Ahmad Farid, calon BN di Kuala Terengganu, jelas menyedari perjalanan beliau untuk menjadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu dipenuhi onak.

Maka tidak menghairankan beberapa hari ini dihabiskan Wan Farid untuk menepis tangapan negatif mengenai beliau.

Dalam akhbar the Star, semalam, Wan Farid digambarkan sebagai: "A rich man’s kid, boastful and unfriendly." (Anak seorang kaya, takbur dan sombong). http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/24/nation/2869907&sec=nation

Sekali, kita akan tertanya samada BN membuat keputusan terbaik memilih beliau sebagai calon.

Wednesday, December 24, 2008

MIC/UMNO: KITA SERUPA!

APA bezanya Umno dan MIC.
MIC: PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC, Datuk M. Muthupalaniappan (gambar) bertekad untuk mencabar Datuk Seri S. Samy Vellu walaupun kedengaran desas-desus beliau akan dikenakan tindakan disiplin ekoran dakwaan beberapa kenyataan mengkritik kepimpinan Presiden MIC itu. http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/24/mstar_berita/20081223184300&sec=mstar_berita

http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/24/mstar_berita/20081224183911&sec=mstar_berita

UMNO: MT UMNO yang bermesyuarat semalam, turut menggantung keanggotaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim selama tiga tahun kerana membuat kenyataan mengkritik parti. http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/pengajaran_kepada_ahli_umno.html

HARI INI: Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS. Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.

Tuesday, December 23, 2008

SALAH KE WAN FARID BERKARAOKE?

POLITIK MENGHALALKAN CARA? Belum pun lagi kita memasuki 2009, peribadi calon BN di Kuala Terengganu, Wan Ahmad Farid, menjadi perhatian.


Lumrah dalam setiap pilihanraya, isu peribadi menjadi bahan mudah untuk mempertikaikan kredibiliti seseorang ahli politik.


Pilihanraya kecil Kuala Terengganu masih jauh tetapi Wan Farid kini dilanda serangan peribadi. Laman-laman web penyokong parti pembangkang rata-rata menyiarkan gambar Wan Farid berkaraoke.


Itulah nasib ahli politik. Setiap tingkah laku dan perkataan diperhatikan lawan.


Antara laman web tersebut.
http://anak-reformasi.blogspot.com/2008/12/wan-farid-ropernya-majlis-kat-rumah.html
http://analisisringan.blogspot.com/2008/12/wan-faridkhairyhussam-dan-kuala.html
http://mutaligat.blogspot.com/2008/12/sesiapa-suka-berkaraoke-kawanlah-dengan.html

BILA BAPAK MENTERI NAK DIGANTUNG!

"Tuduhan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) lembaga ini lambat bertindak menangani masalah disiplin parti tidak berasas sama sekali kerana pihak kami sentiasa bekerja keras, siang dan malam menyiasat semua aduan yang di terima. Ada ahli Lembaga Disiplin yang tidak balik rumah selama dua tiga hari, terpaksa meninggalkan anak isteri hanya untuk menyiasat aduan yang diterima kerana mereka perlu meneliti aduan yang diberikan terlebih dahulu sebelum membuat penyiasatan." - Tengku Ahmad Rithaudeen, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_14.htm
Di sidang akhbar yang sama, Tengku Rithaudeen, yang sudah lama pencen sebagai ahli politik, mengumumkan pengantunggan Ketua Bahagian Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin (gambar atas), selama dua tahun kerana sabotaj Umno dalam pilihanraya umum Mac 8 tahun ini. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm
Tahniah kepada Lembaga Disiplin. Tetapi Tengku, Ahmad hanyalah ikan bilis dan kacang putih dalam Umno. Ahmad tidak berjawatan dalam kerajaan dan tidak memegang sebarang jawatan dalam Majlis Tertinggi Parti.
Apa yang kecoh diperkatakan sekarang inilah pemimpin-pemimpin tertinggi Umno menggunakan wang untuk merasuahkan ahli-ahli Umno bagi mendapatkan pencalonan dan kini untuk mendapatkan undi semasa pemilihan parti Mac nanti.
Bukan sedikit wang yang dicurahkan. Jutaan ringgit. Kalau ikut cakap-cakap di kedai kopi, mereka yang terlibat adalah bapak-bapak Menteri. Mereka yang terlibat adalah di kalangan calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Bukan itu saja, rasuah politik merebak hingga ke Pemuda dan Wanita. Malahan di kalangan Puteri pun sudah tidak ada segan silu.
Apa yang Mubarak persoalkan ialah mengapa Lembaga Disiplin mengheret kaki dalam menangani isu rasuah politik melibatkan bapak-bapak Menteri dan mereka yang berjawatan tinggi dalam parti.
Mereka tidak mempertikaikan pengorbanan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang terpaksa tinggal anak isteri dua tiga malam kerana membuat siasatan. Apa yang diperkatakan ialah berani kah Tengku Rithaudeen menggantung bapak-bapak Menteri dan ahli-ahli MKT ini?
Ada di kalangan bapak-bapak Menteri ini mempunyai reputasi menggunakan wang. Tak perlulah kita menyebut nama mereka kerana seharusnya Lembaga Disiplin lebih mengetahui dari golongan marhaen dalam parti.
Itu yang kita nak dengar, Tengku. Orang macam Ahmad Lebai Sudin memang patut digantung. Tetapi gantunglah juga bapak-bapak Menteri yang jelas terbukti mengamalkan rasuah politik.
Kita harap Tengku faham maksud Mubarak.

Monday, December 22, 2008

PELOBI MAHU 2 MENTERI DISINGKIR!

DUA dari Menteri-Menteri di atas dicadangkan oleh pihak tertentu kepada Perdana Menteri supaya disingkirkan kerana enggan memberi kontrak kepada ahli-ahli politik Umno.

Itulah kata Malaysian Insider dalam satu laporan semalam. http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=14574

Siapakah Menteri-Menteri ini? Malaysian Insider mungkin tahu siapa mereka ini! Tetapi yang lebih menarik ialah siapa pelobi-pelobi yang mahukan dua Menteri ini disingkirkan?

Bukan itu sahaja. Ada yang melobi diri sendiri kepada Pak Lah supaya dilantik Menteri Kabinet sebelum Perdana Menteri meletakkan jawatan Mac nanti - mencari "short cut" untuk menanggotai kabinet mungkin kerana takut tidak menjadi pilihan Najib Razak nanti.

Inilah perangai ahli politik Umno. Tikam-menikam perkara biasa, sanggup menikam belakang rakan politik sendiri untuk kepentingan diri.

Kedengaran usaha-usaha atau kempen-kempen ketika ini untuk menjatuhkan imej Menteri tertentu di mata Pak Lah dengan harapan Perdana Menteri melantik beliau sebelum Pak Lah mengundur diri.

Malah ada di kalangan pelobi-pelobi ini terdiri dari bekas Menteri yang merasakan dirinya layak dilantik semula.

Jika benar laporan Malaysian Insider, Pak Lah tidak akan merombak Kabinet untuk memberi tempat kepada pelobi-pelobi ini. Hari ini mereka mengisytiharkan diri sebagai penyokong Pak Lah. Bila berdepan dengan Najib, mereka bertukar menjadi penyokong TPM.

Bagi orang politik, menjadi hipokrit perkara biasa. Siapakah ahli politik hipokrit ini?

Saturday, December 20, 2008

WAN FARID CALON TERBAIK?

Pelbagai cerita kita dengar mengenai Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan abangnya Wan Hisham di Terengganu.

Tetapi cakap-cakap ini tidak menjadi masalah kepada Umno untuk memilih Timbalan Menteri Dalam Negeri ini sebagai calon meski pun pembangkang terutamanya Pas sudah siang-siang menyatakan bahawa mereka akan “menyerang” Umno dan Barisan Nasional dengan isu Monsoon Cup yang dikatakan melibatkan adik beradik ini.

Apapun, Wan Farid sudahpun dinamakan sebagai calon BN untuk pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan Januari depan.

Mungkin juga kepimpinan Umno tertarik dengan kenyataan Wan Farid kepada akhbar baru-baru ini bahawa beliau mempunyai “X-Factor” untuk menang di Kuala Terengganu.

Kalau dilihat kepada kenyataan Wan Farid yang dibuat lebih seminggu lalu, kita merasa pelik dengan kenyataan beliau hari ini yang mengatakan terperanjat dan terharu dengan pemilihan beliau sebagai calon.

Kalau dilihat kenyataan Wan Farid kepada New Straits Times minggu lepas, kadangkala terlintas di hati samada beliau adalah calon terbaik BN dan Umno di Kuala Terengganu.
Mungkin beliau dipilih kerana beliau orang Pak Lah seperti yang ditulis oleh Malaysian Insider semalam.


Tetapi kata-kata beliau kadangkala tidak molek didengar dan tidak mengambarkan beliau sebagai seorang yang merendah diri.

Nilailah kenyataan beliau kepada New Straits Times tempoh hari:
“I have the "X-factor" that could help BN win the by-election.” (Saya mempunyai “X-Factor” yang boleh membantu BN menang pilihanraya kecil ini”)

"The Chinese there like me, as a lawyer and politician, and my relationship with them goes back a long way. So, if I could put it this way ... if Wan Ahmad is fielded, we (the BN) stand a good chance of winning."(Pengundi Cina suka pada saya. Sebagai seorang peguam dan ahli politik, hubungan saya dengan mereka sudah lama terjalin. Sekiranya saya dibenarkan berkata begini, saya akan katakana sekiranya Wan Ahmad dicalonkan, kita (BN) mempunyai peluang yang cukup baik untuk menang”)

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Frontpage/2421412/Article/index_html

Sebenarnya terlalu awal untuk BN, Umno dan Wan Farid untuk melaungkan kemenangan kerana BN, Umno dan Wan Farid belum menang apa-apa lagi. Apapun terpulanglah pada Wan Farid untuk memastikan Umno kekalkan kerusi di Kuala Terengganu.

MENGENALI WAN FARID
http://www.malaysiakini.com/news/94708
http://www.malaysiakini.com/news/94721
http://beritadarigunung.blogspot.com/2008/04/4th-floor-boys-wan-farid.html
http://www.kelabchedet.com/modules.php?name=News&file=article&sid=20
http://www.mymassa.com/myvoice/index.php?itemid=153

Friday, December 19, 2008

NAJIB KORBAN IJN!

SIAPA yang cuba menghapuskan Institut Jantung Negara?

Saudara Ahiruddin Atan, penulis Rocky's Bru, memberi beberapa gambaran.

Kata Rocky: "Why was Khairy and Shahrizat's hubby at yesterday's press conference by the Health Minister?
(Mengapakah Khairy dan suami Shahrizat (Jalil) menghadiri sidang akhbar yang dibuat oleh Menteri Kesihatan?) http://rockybru.com.my/2008/12/ijns-intrigues.html

Akhramsyah, anak Sanusi Junid, menuduh Musa Hitam, Khairy Jamaluddin dan Shahrizat Jalil di belakang cadangan penjualan IJN kepada Sime Darby. http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/12/dendam-musa-hitam-rakusan-kj-merobek.html

Tetapi kritikan yang paling keras dihalakan kepada Najib Razak. Ianya datang dari bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times A.Kadir Jasin. http://kadirjasin.blogspot.com/

Antara kritikan Kadir: "Mohd Najib, the son of the man who was in the forefront of the democratisation of health services with his Rancangan Kesihatan Luar Bandar, should start being truthful to himself and to the great legacy of his father.

As Finance Minister and the chief articulator of the Umno-led BN government he has the power to push through the sale of public assets and to justify it as he had done with the “fatal” backdoor takeover of Golden Hope and Guthrie Corporation by Sime Darby via Synergy Drive, which was the creation of his brother, Mohd Nazir.Sime Darby was once a diversified and highly regarded company.

Today, thanks to the merger and its sudden dependence on palm oil, Sime Darby is suffering.Could the proposed sale of IJN to Sime Darby be Mohd Najib’s way of helping to prop up the (new) Sime Darby, which is essentially the product of his brother’s market-making?"

Dan tambah Kadir: "I beg Mohd Najib to start thinking seriously about the welfare of the masses like his late father did instead of pushing the country towards exclusivity for the sake of profits and short-term gains. He should start with keeping IJN a public hospital."

Dari ramai-ramai yang menerima musibah IJN ini, Najib lah yang paling teruk dikritik. Itulah akibatnya bila kita lupa kepada orang bawahan.

Thursday, December 18, 2008

REALITI POLITIK BUAT KHAIRY!

REALITI POLITIK: Tahniah kepada Khairy Jamaluddin kerana telah dikurniakan anak kedua Selasa lalu.

HARI INI

Khairy dapat anak kedua
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat cahaya mata kedua, semalam, yang dinamakan Timor Abdullah, suatu nama yang dipetik daripada nama seorang pahlawan Uzbekistan, Amir Temur, pada Zaman Pertengahan. Isteri Naib Ketua Pemuda Umno itu, Nori Abdullah, selamat melahirkan bayi lelaki itu pada jam 4.15 petang di Pusat Perubatan Pantai (PMC). Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut melawat anak perempuannya itu di PMC dan gembira dengan kelahiran cucu keenam beliau. Khairy dan Nori mendapat anak pertama mereka, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar pada 13 September tahun lalu. - Bernama http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081217093432/Article/index_html

DAHULU

Laporan akhbar 15/9/2007

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi could not get enough of daughter Nori's first-born when he visited her in hospital for the second time yesterday.

He arrived with his wife, Datin Seri Jeanne Abdullah, at 2.15pm to seehis grandson and only daughter at the Pantai Medical Centre.

Asked how Nori was recuperating, a beaming Abdullah replied that "she is doing well". On the name chosen for his fifth grandchild, Abdullah said, "It would be best to ask the father."

The prime minster's other grandchildren are the children of his sonDatuk Kamaluddin Abdullah and daughter-in-law Azreen Abdullah. Nori and her husband of six years, Umno Youth deputy chief KhairyJamaluddin, have yet to decide on the name of their baby boy.

Yesterday, Khairy was quoted by Bernama as saying, "We have a veryshort short-list. It will be decided very soon."

Nori delivered her son weighing 3.3kg by Caesarean section at 1.25pm onThursday, the first day of Ramadan. So far, no pictures of the newborn have been released to the media.

Among those who visited yesterday were Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, Women, Family andCommunity Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Siti Nurhaliza and her husband Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Other well-wishers included Rural and Regional Development MinisterDatuk Abdul Aziz Shamsuddin, International Trade and Industry MinisterDatuk Seri Rafidah Aziz, Equine Capital executive chairman Datuk PatrickLim and artiste Jason Lo.

Jelapang: No comment

Tuesday, December 16, 2008

SHABEERY CHIK DIHENTAM!

APA agaknya reaksi Shabeery Chik pabila terbaca sepucuk surat yang disiarkan oleh New Straits Times semalam.

Sebaris ayat di dalam surat tersebut sudah cukup untuk mengurangkan "markah" Menteri Penerangan itu ketika Umno kini "panas" dek pemilihan Mac nanti.

Surat tersebut ditulis oleh seorang pembaca menggunakan nama Hashim Kamil Harun M.Hashim dari Shah Alam.

Hashim mengkritik VVIP yang berpusu-pusu ke Bukit Antarabangsa selepas diberitahu mengenai tragedi tanah runtuh tersebut. Antaranya Shabeery.

Di dalam surat beliau, Hashim menulis: "We had many VVIP visitors. I would say, out of the many people who came, only a handful were actually helpful.Elizabeth Wong, a Selangor state executive councillor, came with a working group and arranged for the provision of generators, fuel, candles, garbage bags and others. She came on foot with a few people and made no empty promises. The inspector-general of police came and gave his personal commitment and blessing that I continue to handle all air evacuation with the support of the police air wing. I was told the minister of information only visited the Umno relief centre at a condo nearby. "

Terjemahan: "Ramai VVIP datang melawat. Saya boleh katakan, daripada ramai-ramai yang datang, hanya segelintir yang datang untuk benar-benar membantu. Elizabeth Wong, ahli Exco Selangor, tiba bersama sekumpulan pekerja dan menguruskan penyediaan penjanakuasa, minyak, lilin, plastik sampah dan sebagainya. Elizabeth datang berjalan kaki bersama beberapa orang and beliau tidak membuat sebarang janji kosong. Ketua Polis Negara turut hadir dan memberi komitmen dan memberi kebenaran untuk saya terus menguruskan pemindahan udara menggunakan unit udara polis. Saya diberitahu bahawa Menteri Penerangan hanya datang melawat Pusat Khidmat Bencana Umno berhampiran sebuah kondo." Surat pembaca:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Letters/2428597/Article/index_html

Ramai pernah menulis bagaimana ahli-ahli politik mengambil kesempatan dari tragedi untuk kepentingan diri dan politik.

Sehari selepas tragedi tersebut, RTM membuat lintas langsung dan orang yang ditemubual dengan agak lama ialah bos mereka, Shabeery.

Kita faham Shabeery bertanggungjawab ke atas operasi RTM. Tetapi bila Menteri Penerangan menggunakan stesen TVnya sendiri dengan mendapat ruang melebihi Menteri yang berkaitan dengan tragedi tersebut, sudah tentu akan ada suara sumbang mempertikaikan tujuan Shabeery mengambil kesempatan dengan mengadakan lintas langsung untuk menyiarkan komen beliau.

Samada tuduhan Hashim benar atau tidak, hanya Shabeery yang boleh perjelaskan. Kalau benar dakwaan Hashim, tidak salah sekiranya ada pihak seperti Hashim mempertikaikan tujuan lawatan Shabeery ke Bukit Antarabangsa.

Akan ada orang menuduh Shabeery mengambil kesempatan semata-mata untuk tujuan publisiti dan politik beliau ketika kehangatan pemilihan Umno. Itulah sebabnya seseorang perlu ikhlas dalam apa jua tindakannya.