Sudah 37 hari Najib Razak mendapat mandat pertamanya. Dan tinggal 63 hari saja lagi sebelum beliau menempuh 100 hari pertama beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU-13.
Di Amerika Syarikat, terminologi 100 hari pertama dirujuk kepada satu tempoh di mana keberkesanan dan pencapaian seseorang Presiden Amerika dinilai.
Dalam konteks Malaysia, kita mahu melihat apakah aspirasi seseorang selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri.
37 hari pertama boleh kita simpulkan Najib kelihatan lesu dan tidak bermaya. 37 hari pertama ini kita lihat Kabinet beliau pun tidak bermaya.
Kehadiran para Menteri di majlis-majlis awam pun sekadar mahu mencari publisiti.
Rata-rata ramai mengatakan BN akan bertemu penghujung jalan pada PRU-14 nanti. Mungkin ini persepsi. Kata Perdana Menteri baru-baru ini, strategi baru ialah "perangi persepsi".
http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-strategi-berikutnya-perangi-persepsi-1.166965
Sekurang-kurangnya kita lihat Perdana Menteri sudah sedar bahawa masalah besar BN dan Umno ialah persepsi rakyat yang salah dan perlu diperbetulkan atau kata beliau perlu diperangi.
Jelapang akan cuba menyenaraikan beberapa PERSEPSI rakyat yang perlu Najib perangi dalam masa 100 hari ini.
Persepsi 1: Pemimpin-pemimpin Umno kaya raya tanpa perlu ada kelulusan akademik dan pekerjaan. Selama ini usaha telah dilakukan di mana pemimpin-pemimpin Umno diminta menggunakan kereta kecil dan bukan Hummer dan Porsche untuk turun ke bawah bertemu rakyat terutamanya semasa pilihanraya kecil. Cuma sedikit masalah, bagaimana Perdana Menteri hendak mengarahkan pemimpin-pemimpin beliau mengecilkan "mahligai-mahligai" mereka atau ada antaranya terpaksa "menyembunyikan" helikopter dari pengetahuan umum.
Persepsi 2: Setiap projek pembangunan, ada komisen untuk pemimpin Umno sehingga setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak langsung dihargai oleh rakyat. Sebelum pilihanraya, Najib sendiri membisu apabila rakyat mempertikaikan pemberian kontrak LRT kepada syarikat pembuat kepala pam petrol dan bukannya syarikat yang berpengalaman dalam pembinaan LRT. Begitu juga dengan projek MRT. Kali ini, Najib kena tampil ke depan memperbetulkan persepsi yang salah ini dengan memberi alasan munasabah kenapa pembuat kepala pam petrol lebih mampu dari kontraktor lain.
Persepsi 3: Rakyat disuruh amalkan wasatiyah bagaimana Rosmah Mansor?
Persepsi 4: Perdana Menteri lembik boleh diugut. Siapa berani ugut, dia akan jadi Menteri dan Menteri Besar. Mudah saja untuk mengatasi persepsi ini, rombak semula Kabinet selepas setahun nanti. Gantikan muka-muka yang letih dengan muka-muka yang bertenaga. Ramai terkejut Najib membawa balik Menteri-Menteri yang dipencenkan Pak Lah ke dalam Kabinet. Persepsi ini hanya akan bertukar bergantung kepada keberanian Najib.
Persepsi 5: Cina kaya. Persepsinya pemimpin Umno begitu mesra dengan jutawan Cina. Sebelum pilihanraya, persepsinya pemimpin Umno begitu akrab dengan jutaan Cina. Salah seorangnya Jho Low dan persepsinya Jho Low diberi projek bilion ringgit oleh pemimpin Umno. Najib perlu perbetulkan persepsi ini dengan memberi kontrak kepada Melayu baru. Melayu baru adalah Ismail, Cik Tom atau Pok Nik bukannya Syed Mokhtar, Nazir Razak, Mokhzani atau Sharil Shamsuddin.
Persepsi 6: Pemimpin Umno pentingkan diri. Ini dapat diatasi dengan Najib mengalu-alukan pencalonan untuk jawatan No 1 dan No 2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment