Sunday, June 2, 2013

NAJIB SEDIA DICABAR

NAJIB SEDIA DICABAR.

Sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat lalu, kedengaran desas-desus kononnya kem Presiden Umno akan mengemukakan cadangan agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden tidak dipertandingkan di dalam Pemilihan Majlis Tertinggi Umno hujung tahun ini.

Spekulasi ini nampaknya meleset buat masa ini apabila, selepas Mesyuarat tersebut, Najib membuat kenyataan berikut: "Sebagai parti demokrasi, saya bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden. Kita bukan macam parti lain. Kita terima jika ada yang mahu bertanding."
http://www.sinarharian.com.my/politik/pemilihan-umno-najib-sedia-dicabar-1.166235

Tahniah kepada Najib kerana bersikap gentleman.

Dulu semasa PRU-12, kita lihat kem Najib beria-ia memberi penekanan bahawa Pak Lah telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 BN sehinggakan Pak Lah ditolak keluar sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Tetapi kali ini, kem Najib tidak mahu bercakap mengenai kegagalan beliau mendapat 2/3 majoriti atau bercakap mengenai prestasi lebih buruk beliau berbanding Pak Lah apabila BN hanya mendapat 133 kerusi berbanding 140 kerusi diperolehi Pak Lah di dalam PRU-12.

Sebaliknya tumpuan ahli Umno dialihkan kepada kejayaan Umno mendapat 88 kerusi Parlimen berbanding Pak Lah hanya 79 kerusi.

Biasalah politik di Malaysia. Kita boleh memilih apa yang kita mahu rakyat tahu, dan apa yang kita mahu rakyat lupa.

Tetapi bagi Jelapang, prestasi Najib lebih buruk dari Pak Lah kerana Najib adalah nahkoda BN dan bukan hanya Umno.

Tahniah sekali lagi kepada Najib kerana sanggup dicabar.

Sekurang-kurangnya Najib memberi ruang kepada ahli-ahli Umno menentukan siapa yang mereka mahu meletakkan harapan untuk mengemudikan Umno di dalam PRU-14 nanti. Cabaran lima tahun akan datang lebih getir dan di atas kertas, BN bakal menemui kekalahan pada 2018 nanti jika enggan berubah.

Sekiranya ahli Umno mahukan Najib terus menjadi nahkoda mereka, kira hormati keputusan tersebut. Tetapi jangan bermain politik untuk menyelamatkan diri dengan mencadangkan supaya jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.

Kita yakin Najib akan tepati janji beliau untuk bersifat terbuka dan sedia dicabar.

No comments: