Dalam masa kempen PU 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di cafe di kedai mamak dan sebagainya. Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah "luar biasa" kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.
Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan.
Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan.
Itu adalah pandangan Zainuddin Maidin, Tokoh Wartawan Negara dan bekas Menteri Penerangan semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sementara seorang lagi Tokoh Wartawan Negara A Kadir Jasin berpendapat masa depan Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno akan ditentukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa blogger bebas sekiranya mereka memulakan perdebatan mengenai masa depan Najib.
Sekiranya post mortem PRU-13 dibuat, rasanya Najib dan isteri beliau akan menjadi faktor utama prestasi buruk BN dalam sejarah pilihanraya.
2 comments:
Strategi yang tidak mengena tapi ok mencuba..tapi masa akan datang harus di ubah dan difikir cara lain..
Oooi dey berapa byk post mortem daaa, tak ada siapa guna pakai keputusan Post Mortem, termasuk d jabatan kerajaan. Boss dalam meeting hanya One Way Trafic..
Post a Comment