Sebelum kita membaca laporan mengenai kenyataan Tun Daim, elok kita lihat siapa penasihat-penasihat Najib Razak.
1. Fatmi Che Salleh, Setiausaha Politik PM, kalah bertanding Parlimen Kota Bharu.
2. Shafie Abdullah, Setiausaha Politik, kalah Parlimen Wangsa Maju.
3. Sahlan Ismail, Setiausaha Politik, kalah Parlimen Pokok Sena.
4. Latt Shahriman, Pegawai Khas, kalah DUN Kubang Rotan.
5. Jamaluddin Jarjis, menang Parlimen Rompin.
6. Alies Nor, Pengerusi PWTC.
7. Tengku Adnan Mansor, menang Parlimen Putrajaya.
8. Ahmad Maslan, menang Parlimen Pontian.
Berikut laporan mengenai kenyataan Tun Daim.
Daim: BN kalah kerana salah strategi, pergaduhan dalaman
MAY 27, 2013
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh
penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas
menteri Umno Tun Daim Zainuddin.
Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah
menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula
majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana
Daim (gambar) mengatakan sebagai pendekatan salah.
“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia
adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah
pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
“Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk
BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,” kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China
Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
“Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar
menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan
angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat.
Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan
penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat
lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak
ini dan jangan main permainannya.”
Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua
pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.
“Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti
Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008.
Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil
mudah?”
“Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah
untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah
anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap
banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir
pasti,” kata
beliau kemudian.
Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang,
dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja
banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang
besar beberapa minggu menjelang hari mengundi
.
“Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila.
Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada
kebajikan.
“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa
diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang,
konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan
free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan Anwar jadi penghibur.
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.
Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN
seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati
rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan,
inflasi, miskin kota dan graduan muda.
“Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan.
Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima
kali mereka fikir anda mahu membeli undi,” katanya.
Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh
pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang
salah dalam pilihan raya 5 Mei.
BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang
daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen.
Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah
pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakana telah
tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan
jaminan kepada Daim kemenangan BN di kerusi di sana.
“Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan
dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan
dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya
tidak faham logik Najib,” kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai
pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya.
“Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas,
saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di
kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai
kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah.
“Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak
menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh
menang,” kata Daim.
Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di
kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan
calon.
“Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun
sehari sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN.
Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk
berkempen dan mesti dilihat bersatu.
“Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok
panas mereka menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi
masyarakat India di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan
kita kalah.
Kita adalah musuh kita paling bahaya.
2 comments:
apa benda tun daim / kamu pandai tapi hutang negara bertambah . apa dh jadi dengan wang malayais 500 dan 1000 yang kamu cetak?
Penasihat cap Ayam rupanya..nak nasihat org dia yg tewas mcm flm Madu 3 lgi cerdik Ahmad Nisfu
Post a Comment