Wednesday, May 29, 2013

ALI RUSTAM SETIAUSAHA AGONG UMNO?

Hari ini sebuah akhbar melaporkan calon BN yang kalah di Gelang Patah, bekas Menteri Besar Johor Ghani Othman, akan dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby yang baru bagi menggantikan Tun Musa Hitam.

Di akar umbi pula, kita terdengar seorang lagi calon BN yang kalah akan diberi jawatan yang cukup penting di dalam Umno.

Beliau ialah calon Bukit Katil, bekas Ketua Menteri Melaka Ali Rustam yang kalah kepada calon PKR dengan majoriti undi sebanyak 5,447 undi.

Kalau khabar angin ini benar, maka tidak lama lagi Umno akan mendapat Setiausaha Agong yang baru yang pernah dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada 2009 dulu kerana tiga ejen beliau didapati salah melakukan rasuah dan sogokan politik.
http://www.malaysiakini.com/news/100373

No comments: