Sunday, May 26, 2013

MUHYIDDIN YASSIN ALTERNATIF BARU

Tun Dr Mahathir Mohamad: "Saya rasa parti akan terus menyokong beliau (Najib Razak) kerana kekurangan alternatif."
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/26/nation/20130526180020&sec=nation

Sebelum 5 Mei 2013 dan selama 5 tahun, Abdullah Ahmad Badawi dilabelkan sebagai Presiden Umno, Pengerusi BN dan Perdana Menteri yang paling lemah di dalam sejarah Barisan Nasional.


Sebabnya: Pada 8 Mac 2008, Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 dalam politik negara kerana memenangi hanya 140 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan d dalam PRU-12..


Tanggal 5 Mei 2013, label tersebut terlupus dari "dahi" Pak Lah. 


Pada hari itulah, label tersebut disandang pula oleh Najib Razak apabila sejarah akan mengingati beliau sebagai Perdana Menteri yang mendapat sokongan lebih buruk dari Pak Lah dengan hanya memenangi 133 kerusi di dalam PRU-13.


Pak Lah terpaksa mengundur diri kerana menyedari beliau lah bertanggungjawab terhadap prestatsi buruk BN.


Kini Pak Lah dapat tidur nyenyak dan lena kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri terburuk di dalam sejarah pilihanraya negara.


Hari ini, terbaca kita akan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa negara kekurangan alternatif dan mungkin parti terpaksa memberi sokongan kepada Najib.


Apakah Muhyiddin Yassin serba kekurangan?


Kita tidak nampak apa lagi agenda negara yang hendak diketengahkan oleh Najib?


Setelah menghadapi prestasi buruk semasa PRU-13, apakah Najib akan terus dengan agenda 1Malaysia beliau?


Hari ini pelbagai cadangan dikemukakan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Kerajaan. 


Ada yang mencadangkan agar parti-parti komponen disatukan di bawah Gagasan Rakyat 1 Malaysia.


Bagi kita, usaha untuk menjenamakan kerajaan dan BN akan hanya berjaya sekiranya ianya dikemudikan oleh jurumudi yang baru.


Dan Muhyiddin Yassin adalah alternatif yang berkemampuan besar untuk mengemudikan BN ke era baru. 

1 comment:

Anonymous said...

Saya tidak setuju konsep BN dirombak, kekalahan BN bukan atas sebab konsepnya tapi atas sebab-sebab lain, seperti strategi yang salah, pendekatan tidak cekap, cara menangani permasalahan rakyat yang tidak efektif, tidak tegas, ada unsur bias terutama yang membabitkan soal keselamatan negra dan kesejahteraan rakyat dll. Mungkin juga kesilapan mengambil pakai penasihat yang tidak relevan dengan sosio-budaya-politik malaysia dan sebagainya. Saya kira perkara-perkara inilah yang perlu terlebih dahulu dikaji dan dirombak serta dibaikpulihkan. Ringkasnya kenalpasti siapa penyokong majoriti kita dan apa yang majoriti penyokong suka dan tidak. Buat apa yang mereka inginkan dan jangan buat apa yang mereka tidak suka. PRU 13 telah mempamirkan siapa sbenar yang menjadi penyokong BN. Itu yang perlu difahami.