Jemaah menteri baru Najib
22 Mei 2013
Suka-duka, dua sebab Najib Tun Razak terus menjadi Perdana Menteri, berpeluang mengemukakan Kabinet mandat sulungnya. Pertama kewujudan kemakmuran hasil ekonomi yang kukuh, terus tumbuh justeru keamanan, stabiliti dan ketenteraman.
Kedua, sokongan kuat pengundi luar bandar dan pedalaman (yang dikutuk oleh puak anti-Malaysia, anti-Peribumi) kepada Najib dan BN; tindakan mereka bijak dan mempesonakan walaupun rata-rata Peribumi,
Melayu, Islam di hulu dan muara sungai, kampung dan pedalaman hanya menikmati tempias kemakmuran, pembangunan dan kemudahan serta kemewahan yang sudah jadi perkara biasa bagi pengundi di bandar dan di pinggir bandar yang secara terang lagi tegas menolak Najib dan BN! Pengundi di kampung dan pedalaman melihat jalan merbahaya ke destinasi politik yang dipelopori PR: akan memudaratkan masa depan anak cucu dan keturunan mereka.
Inilah natijah orang yang realis, berpandangan jauh. Tindakan pengundi di desa dan bukit tepat, menghalang - buat sementara – cabaran berani merebut kuasa dari bandar. Berapa lamakah pengundi di desa dapat bertahan terpulang pada kerajaan dan Najib yang mereka selamatkan!
Kabinet Najib besar (33 menteri, 26 timbalan menteri) berbanding jumlah penduduk kita (30 juta), jauh lebih besar dari United Kingdom hatta Amerika Syarikat pun. Antara Kabinet terbesar dalam sejarah moden adalah Kabinet NASAKOM (Nasionalisme, Agama dan Komunisme) Sukarno (100 orang) lewat 50an dan awal 60an.
Kuantiti bukan kualiti terpenting dalam suasana tidak menentu! Najib, seperti Sukarno, sedar jumlah bilangan keanggotaan pasukannya harus dan mesti kelihatan representative dari segala aspek.
Ketiadaan wakil MCA adalah atas kehendaknya sendiri. Dari jumlah 133 MP BN, 59 berjawatan menteri/timbalan menteri, bakinya backbenchers (penyokong kerajaan dalam Parlimen) kurang dari jumlah pembangkang seramai 89 orang! Dari 33 menteri itu beberapa orang – lazimnya antara 4 dan 5 – anggota inner cabinet yang amat dipercayai.
Perdana Menteri juga selalunya dibantu oleh kitchen cabinet (tidak rasmi). Pada tradisinya di Amerika Syarikat, UK juga zaman Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamed kichen cabinet ini lebih berpengaruh dari jemaah menteri. Observes Speaking: “there was and there will always be a group of advisors thought to be unduly influential than elected ministers.”
Najib mesti teruskan transformasi. Sukses/gagal agendanya terletak besar pada kecekapan Kabinet yang dikatakannya berimbang itu. Wajar baginya memperuntukkan hampir satu pertiga ahli Kabinet 2013 kepada Sabah dan Sarawak, seperti dijangkakan walaupun pembangkang mendakwa sebaliknya terus menjadi fixed deposits bagi BN kalaupun fixed deposits itu tidak lagi sekebal dahulu.
Perwakilan wanita kecil, menghampakan memandangkan lebih 50% pengundi adalah wanita, majoritinya, saya yakin, pangkah BN. Hanya dua menteri wanita, lima timbalan menteri, satu jumlah yang tidak impresif! Sepatutnya, Najib melakukan terhadap Wanita seperti yang dilakukannya pada Pemuda. Lebih sensitif pada persamaan gender.
Pemilihan dua pemuda segar – Khairy Jamaluddin (Belia dan Sukan) dan Abdul Rahman Dahalan (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) amat tepat. Kedua appointments, saya anggap baik dan sesuai dengan tuntutan masa.
Sebenarnya, Kabinet baru ini bukan baru sangat – selain daripada Khairy, Abdul Rahman, Nancy Shukri, Abdul Wahid Omar, Paul Low dan dua tiga orang lagi - dianggotai oleh ‘muka lama’.
Kapasiti, kecekapan, integriti, ketelusan dan ketulusan berbeza; ada terlalu gemar bercakap tetapi tidak tegas. Isu yang rakyat jemu, muak dengan BN banyak.
Terkemuka rasuah, amanah, sombong, cara dan stail hidup decadent (kemerosotan moral), ostentatious living (sikap gemar menunjuk dan bermegah-megah). Gelagat dan perangai mereka dan keluarga menarik perhatian dan kecaman: dari mana sumber kewangan mereka hidup begitu boros, begitu beroyal-royal?
Ada antara ‘muka lama’ boleh membantu kesinambungan kerajaan kalau sifat dan kelakuan positif mereka difokuskan kepada tugas dan kewajipan. Wahid dan Paul Low dibawa masuk untuk menyumbangkan kepakaran mereka (Wahid- ekonomi dan bisnes), Low untuk memerangi korupsi! Ujian terbesar baginya: memastikan air di hulu sungai bersih! Beranikah dia? Sesama kita lihat.
Saya berharap Najib akan terus memberi kepimpinan dan perkhidmatan yang koheren dan mantap. Seperti ditegas Lee Kwan Yew apabila dia mula menjadi Perdana Menteri Singapura tahun 1959 ketika berumur 35 tahun – lebih muda dari Khairy – “The business of government is to govern, to make firm decisions, so that there shall be certainty and stability in the affairs of our people”. - ‘pemerintahan yang berwibawa, tegas dan membuat keputusan tanpa segan dan takut bagi kebaikan rakyat kita’.
Kalau kerajaan kita tegas tidak flip-flop, ia akan dihormati dan direstui oleh majoriti rakyat: Kerajaan harus tegas, buat keputusan yang kukuh, padat dan tepat. Rakyat mahu melihat sifat ini ada pada Najib.
Melihat mettlenya, kecekalannya untuk melakukan yang terbaik. Sudah tiba masanya Perdana Menteri shows his true colours. Bapanya, melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), menyusun semula masyarakat.
Najib harus memulai mandat peribadinya walaupun tidak selepas darurat (tetapi dalam keadaan yang genting) dengan melakukan sesuatu yang berani: a win-win situation. Pada pendapat saya, Najib akan lebih berjaya dalam bidang ekonomi, bisnes dari usahanya ke arah integrasi dan memupuk patriotisme!
Pada ramai rakyat, Najib lebih disukai, lebih popular dari partinya. Tidak dinafi oleh siapa pun termasuk seterunya – mereka pun mengakui Najib tekun bekerja tetapi itu tidak mencukupi sebab itulah BN hanya menang selesa sahaja.
Sebenarnya, rakyat menolak calon BN lebih dari parti. Ini terserlah di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagaimana mahu reform parti dengan calon begitu rupa terutama di Kelantan dan Selangor?
Kuasa asing, media dan agen mereka terus menggesa Najib membasmi segera dasar pro-Melayu, pro-Islam dan memastikan kawasan pilihan raya ‘adil’ pada pengundi di bandar, Cina terutamanya kalau Najib mahu Malaysia terus relevan, maju bukan menghabiskan masanya dengan pengundi miskin dan mundur di luar bandar dan pedalaman!
Jika Najib termakan dengan desakan ini Umno/BN akan gulung tikar lebih awal lagi dari masa dijangka. Apa lagi kerajaan mesti lakukan, beralah sudah, bersopan-santun sudah; terus beralah sokmo sokmo? Bagi apa pun mereka tidak akan menyokong Najib, BN kerana mereka mahu Najib berundur, diganti dengan pemimpin mereka.
'Bad blood' nampaknya adalah antara konsekuensi yang tidak diniatkan atau kata Speaking “unintended”. Bahayanya kalau kerajaan terus menerus “soft” dan lembek itulah resipi yang akan membawa padah pada semangat muhibah, keamanan, kemakmuran Malaysia; kuasa Peribumi; warisan dan ketuanan rakyat!
Najib harus, mulai dengan dirinya, sedar juga Kabinetnya bahawa Politik Baru – membasmikan status quo, sosial kontrak adalah sama seperti menulis semula perlembagaan negara.
Bersediakah kerajaan, Najib, Peribumi dan Raja-raja Melayu untuk berbuat demikian bagi menerima tuntutan Politik Baru ini? Kuasa tulen lahir dari keyakinan tulen. Prinsip, seperti akidah, tidak boleh dan mesti tidak berganjak; metode mengekalnya mungkin berubah kalau berbuat demikian memperkukuhkan lagi prinsip, aqidah dan kedudukan bangsa teras.
Salam hormat, maaf zahir batin sampai ketemu lagi - jika panjang umur - pada PRU14! Sebelum itu kita berjumpa setiap hujung minggu!

No comments:
Post a Comment