Saturday, June 15, 2013

KETUA WANITA UMNO KELANTAN SAHKAN UMNO SAKIT TENAT

Ada di kalangan pemerhati politik dan pengundi neutral berpandangan Umno selepas PRU-13 "sakit tenat" dan hanya menunggu saat-saat kematian. Pada mulanya Jelapang berpendapat itu hanya persepsi mereka.

Tetapi selepas membaca kenyataan Ketua Wanita Umno Kelantan Rahimah Mohamad yang menyarankan agar jawatan Ketua Wanita Umno yang kini dipegang oleh Shahrizat Jalil tidak dicabar, maka SAH lah Umno "SAKIT TENAT" dan menunggu saat "KEMATIAN".

Rahimah telah mengesahkan bahawa pandangan ini bukan persepsi, tetapi realiti, dengan kenyataan beliau mahu Ketua Wanita sekarang yang imejnya teruk tercalar dipertahankan..
 http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130614/po_03/Cadang-jawatan-Ketua-Wanita-tidak-ditandingi

Salah satu faktor yang menjadi sebab musabab BN dihukum pada PRU-13 ini ialah skandal NFC yang melibatkan keluarga Shahrizat sehinggakan beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita semata-mata mahu menyelamatkan Umno dan BN.

Imej Shahrizat dan keluarga begitu buruk sehingga menjejaskan imej BN dan akibatnya BN di bawah pimpinan Najib Razak hanya memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding 140 yang dimenangi BN di dalam PRU-12 di bawah pentadbiran Pak Lah.

Jelas sekali Rahimah adalah antara banyak pemimpin Umno yang masih tidur nyenyak dan enggan menerima hakikat bahawa rata-rata rakyat sudah muak dengan cara pentadbiran sekarang dan rakyat dahagakan pembaharuan dan perubahan.

Memilih Shahrizat semula sebagai Ketua Wanita sama lah seperti meneroka jalan ke pintu kematian buat Umno.

Atau mungkin juga Rahimah kini berpuashati dengan tindakan Najib tidak menghargai Wanita Umno dengan tidak memberi jawatan Menteri kepada Wanita Umno.

Buat pertama kalinya sejak 1956, Wanita Umno tidak diberi jawatan di dalam Kabinet.

Bermula dengan Ketua Wanita Umno ke-4 Tan Sri Fatimah Hashim (Menteri Kebajikan Am Malaysia), kesemua Ketua Wanita selepas beliau diberi jawatan Menteri.

Tan Sri Aishah Ghani dilantik sebagai Menteri Kebajikan Am Malaysia,  Rafidah Aziz (Menteri Perusahaan Awam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa) dan Dr Siti Zaharah Sulaiman (Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat).

Adalah lebih baik Rahimah menegur Najib kerana tidak memberi jawatan Menteri kepada Wanita Umno daripada mempertahankan Shahrizat yang sudah tercemar imejnya.

Atau mungkin Najib juga telah membuat keputusan yang betul mengenai Wanita Umno Malaysia kerana mungkin juga imej Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak lebih baik dari Wanita Umno selepas tercemar dengan skandal NFC keluarga Shahrizat. Dan itulah sebabnya Kementerian Pembangunan Wanita kini ditunjangi Ketua Wanita PBB dari Sarawak.

4 comments:

Anonymous said...

Umno mesti membuat perubahan yang ketara dalam menentukan pemimpin yang jujur, berkebolehan dan bersih untuk menerajui parti. Yang menjadikan politik sebagai karier untuk mencari kejayaan hidup itu tidak lagi releven pada masa ini. Umno mesti ingat... Terselamatnya BN terutama umno dalam pru 13 ini adalah disebabkan orang melayu masih yakin perubahan ini boleh dan harus terjadi pada waktu ini...

Anonymous said...

Saya setuju pandangan anon 10:12

Bagi saya perubahan nesti bermula dari atas. Dari peringkat pemimpin. Masalah umno hari ini pemimpin atasan bergelumang dgn imej buruk bermula dari presiden sampai ke ahli mt. Yg peliknya pemimpin bersih tinggalkan kabinet. Yg imej teruk di bawa masuk kabinet. Rakyat pun dah hilang keyakinan

Anonymous said...

Budaya ampubodek mcmc inilah yg membuat rakyat lagi meluat kpd umno. Selagi sikap ini masih menebbal maka pru14 makin sukar umno!

Anonymous said...

Apa kau dah giler Rahimah atau buta menyokong Sharizat yg punca UTAMA PRU13 hampir kalah di sebabkan skandal NFC keluarganya. Imej dah parah dituduh mencuri duit rakyat untuk mengkayakan ahli keluarganya. Lepas itu nak suroh Wanita Umno yg cucuk hidung tu mengekalkan dia lagi. Dah takde ke pejuang wanita umno yg lain yg ada kebolehan dan KETOKOHAN yg boleh bersuara untuk Wanita. Jangan2 Sharizat dah bayar komisen...itu sebab Ketua Wanita Umno Kelantan (Rahimah Mohamad) melobi jawatan ketua dikekalkan bagi nak rak sedangkan ADA wanita umno di negeri lain TIDAK setuju Sharizat dikekalkan lagi...patutnya SEMUA jawatan ditandingkan termasuk jawatan PRESIDEN UMNO..kalau tidak kita akan kalah besar menjelang PRU14....:(