Kenapa rakyat muak dengan Umno dan pemimpinnya? Inilah jawapannya.
Agensi k'jaan S'gor biayai lawatan Khir ke Disney
Apr 1, 09 8:33pm
Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.
Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.
Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.
Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah: Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji.
Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.
http://www.malaysiakini.com/news/101480
http://www.nst.com.my/Wednesday/Frontpage/20090401195556
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
suka penulisan saudara...caci maki macam takde dan betul cuba merealisasikan perubahan.tahniah buat saudaara!
apa masalahnya? org nak belanja jalan2. dia bekerja keras nak majukan negeri selangor. kira macam bonus lah.
Bonus sampai 1 Juta lebih? ke disney pulak tu.
Macam mana dengan orang yang berkerja keras saban hari nak majukan negeri selangor nih?
Ade bagi bonus? nak simpan duit pergi haji pun dah hujung umur baru dapat pegi. ini bole pergi disney.
Tak rasional la kamu ni dino.
kepada dino_yp@yahoo.com
ekau ni bergurau ko serius?
Post a Comment