“Kita yang selama ini membuat kerja dan membawa pembangunan, tetapi malangnya penyokong parti pembangkang terus mengundi parti pembangkang dengan harapan mereka dapat masuk syurga.” – Ali Rustam.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/1/19/kuala_terengganu/3057923&sec=kuala_terengganu
Inilah kenyataan Ketua Menteri Melaka ini selepas Umno ditolak rakyat Kuala Terengganu. Masalah Umno hari ini ialah parti itu masih mempunyai pemimpin seperti Ali Rustam.
Ali, kalau menang Mac nanti, bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bakal memimpin 26 juta rakyat Malaysia. Malangnya, pemikiran Ali masih ditakuk lama – pemikiran tahun 60an dan 70an. Pemikiran di mana pemimpin menganggap rakyat itu bodoh dan tolol dan yang bijak hanyalah “aku”, pemimpin Umno, seperti Ali.
Jelas sekali Ali adalah acuan pemimpin-pemimpin Umno ketika Perikatan berhadapan Pas dalam pilihanraya-pilihanraya pasca Merdeka. Semuga Ali teruskan kehidupan beliau di zaman “jahiliah” Umno.
Ramai yang memberi pandangan kenapa Umno tewas. Menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin, turut serta memberi pandangan dengan harapan pandangan mereka dapat menghiasi dada akhbar.
UMNO DIHANTUI LEGASI PAK LAH
Kata Khairy (antara lain): “Faktor calon bukan punca kekalahan BN di Kuala Terengganu”.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm&arc=hive
Kenyataan Khairy tidak mengejutkan. Siapa lagi yang boleh mempertahankan Abdullah Ahmad Badawi kalau bukan menantunya. Pelbagai alasan diberikan Khairy untuk memastikan bapa mertuanya tidak menjadi bahan cemuhan kesan dari kekalahan ini.
Kononnya, peratusan pengundi kurang, ahli Umno ambil sikap mudah dan sebagainya.
Khairy tahu keputusan memilih Wan Farid Wan Salleh sebagai calun adalah keputusan mutlak bapa mertuanya. Masalah dengan Najib Razak ialah beliau masih lagi ahli politik yang mengamalkan politik selamat. Politik “yes” man.
Tanyalah orang Umno siapa Wan Farid. Tanyalah orang Kuala Terengganu siapa Wan Farid. Tanyalah ahli keluarga Allahyarham Razali Ismail siapa Wan Farid.
Jawapan mereka ialah beliau seorang yang sombong dan bongkak. Hanya Pak Lah dan Khairy berpandangan Wan Farid murni isi hatinya. Kita faham kenapa Khairy berpendapat sedemikian. Persahabatan mereka telah lama terjalin. Terjalin semasa Idris Jusoh menjadi Menteri Besar lagi. Terjalin kerana kerjasama erat membangunkan Terengganu menerusi projek-projek cetusan idea Patric Lim Badawi.
Khairy! Rakyat bukan jahil dan rakyat bukan juga buta dan tuli. Kepada Ali Rustam, rakyat Terengganu mengundi bukan hanya untuk masuk syurga.
Rakyat Terengganu mengundi pembangkang kerana muak dan jelik melihat telatah orang-orang seperti Ali Rustam dan Khairy.
How car-centric planning is killing Malaysians
4 hours ago
1 comment:
Pengundi P36 menolak BN kerana KJ,Ali Khan,Mat Taibsyon,Khir Tempe@penyapu, sudah tentu nama Pak leLah tak ketinggalan dalam senarai, Puteri yang tak pakai tudung,Calon BN adalah musuh keluarga Datuk Arwah Razali,caci pemimpin Pas berkaitan hudud, dan yang paling penting...adalah pemimpin luar dari trengganu datang bukan nak berkempen sangat, tetapi, nak makan kepok losong, nak gi pasar payang, nak perabih duit ketua bahagian masing-masing, nok berehat di rumah tajaan/sewaan bahagian umno masing-masing,kepada pemuda pula nak ngendeng anak dare ganung,blog dikalangan umno yang paling hampeh dalam dunia,terlalu beri habuan RM yang amat banyak.
Cadangan kepada Mat Said.
Kumpulkan senarai penduduk rakyat jelata terenganu yang mempunyai "surat beranak" terengganu maka guna hasil bahagi matematik dengan wang ehsan yang akan diberi contoh : RM2 billion dibahagi dengan 1.5 juta rakyat =rm1,333.33 seorang. Ini lah wang royalti minyak untuk rakyat terengganu merasai secara terus hasil negeri. Peruntukan ni pun sebagai bonus untuk rakyat.
Paling tidak, pihak pembangkang sudah tidak ada isu lagi nak kata rakyat hanya tengok replika cek sahaja, yang kenyangadalah kroni umno sahaja.
Tak payah la buat pembangunan untuk bayaran royalti kali ini. Bagi royalti akan datang barulah fikir nak tukar atap rumah semua penduduk rakyat jelata, nak bagi elaun bulanan kepada ketua keluarga sebanyak 300 sebulan pun terpulanglah, dengan syarat ikhlas dan amanah serta tidak berdendam..
Post a Comment