"Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini dewan yang mulia, bukan sangkar beruk." - DYMM Sultan Johor
"Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini dewan yang mulia, bukan sangkar beruk." - DYMM Sultan Johor
SELEPAS tiada RESPON dari Mahiaddin Yassin kepada kenyataan DYMM YPDA dan Majlis Raja-Raja semalam, hari ini Mahiaddin mengeluarkan satu kenyataan sekadar - NOTED - kepada kenyataan-kenyataan Agong dan Raja-Raja.
Respon tersebut hanya kenyataan satu mukasurat dan bukannya menerusi PERUTUSAN khas yang sering Mahiaddin lakukan.
Sehingga petang tadi, kita tertanya-tanya kemana menyorotnya Mahiaddin selepas kenyataan dibuat oleh Raja.
Jika kita teliti betul-betul kenyataan Istana itu, amat jelas ianya memberi gambaran Mahaiddin GAGAL menjalankan tugas beliau kepada rakyat dan negara.
Apa faedah DARURAT kepada rakyat yang dikuatkuasakan oleh beliau? Hanya satu saja FAEDAHnya iaitu DARURAT memberi faedah kepada Mahiaddin untuk kekal berkuasa sebagai Perdana Menteri dan rakyat terus sengsara - hilang pekerjaan, hilang mata pencarian, paling memilukan hilang ahli keluarga.
Lihatlah pada kenyataan Raja-Raja semalam. Raja-Raja umpama melahirkan rasa kecewa dengan Mahiaddin.
Antara kenyataan Raja-Raja:
1. Covid semakin teruk walaupun negara di dalam keadaan darurat.
2. Ekonomi merudum.
3. Rakyat terus susah - hilang pekerjaan dan pendapatan.
4. Rakyat tidak dapat beribadah.
Hanya Mahiaddin yang tak terjejas - masih berjawatan Perdana Menteri.
Pendek kata, Mahiaddin mentadbir sebuah kerajaan yang GAGAL. Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri yang GAGAL.
Rakyat nak tengok, bila Mahaiddin nak buka Parlimen. Memalukan apabila kerajaan beliau masih lagi mempermainkan kenyataan YPDA dengan kenyataan kononnya Agong tidak sebut bila Parlimen harus bersidang.
Sungguh memalukan dan menghina cara kerajaan mentafsir kenyataan YDP Agong semalam.
SEMALAM ada bersembang dengan seorang bekas pemimpin negara.
Kata dia, dulu-dulu pernah dia bersembang dengan pemimpin lagi atas dari dia.
Masa tu, kata dia, ada pemimpin di atas secara berseloroh berkata: "Yang kecik-kecik ini kita bagilah kepada yang bawah-bawah tu, yang besar-besar kita agih sesama kita."
Itu dulu. Tapi ada benarnya juga. Kita tengok orang politik kaya raya. Baru-baru ini ada seorang Ahli Parlimen rumahnya macam istana sampai 6 lot bungalow.
Ada juga orang politik rumahnya punya lah luas sampai rumah yang sama mempunyai banyak pintu masuk sehinggakan ada dua alamat rumah jalan yang berlainan kerana kawasan rumah begitu luas sehingga merangkumi dua jalan besar.
Begitulah hebatnya ahli politik Melayu.
Zaman covid ini, ramai yang mengkritik itu ini?
Tetapi ada kita dengar Menteri-Menteri tawar untuk potong gaji mereka? Ada kita dengar selain kritikan, orang-orang kaya dalam PKR, Pakatan Harapan dan Umno buka tabung untuk sumbang bantu kerajaan lawan Covid?
Dulu masa Najib Razak kena dakwa bukan main ada Tabung sampai ada orang yang sumbang rantai leher untuk bantu Najib.
Kita terlihat satu gambar di mana dua frontliner berjalan kaki ke kampung-kampung di Pengkalan Hulu untuk buat ujian swab ke atas penduduk kampung.
YA,berjalan kaki.
Cuba kita ingat balik semasa PRU dan pilihanraya kecil. Beribu-ribu kereta masuk kampung berkempen.
Masa covid ini, frontliner jalan kaki lah.
Tak ada ke orang politik nak bantu sumbang van atau apa-apa sumbangan untuk melawan Covid.
Di negara maju seluruh negara bersatu berganding bahu melawan Covid.
Di Malaysia, lagi teruk Covid, lagi teruk imej Muhyiddin, lagi cerah peluang orang tertentu berkuasa.
Yang pernah jadi penyamun pun, hari ni cuba jadi hero, bermimpi nak jadi Perdana Menteri kali kedua.
Kalau lah zaman dia tak sapu sebanyak itu, tak lah teruk sangat negara ini merana.
SEMALAM Muhyiddin Yassin MEMECAT Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Rahman sebagai Pengerusi bukan eksekutif Prasarana.
Walaupun tiada sebab dinyatakan, amat jelas pemecatan beliau ada kaitan dengan sidang akhbar Tajuddin yang mempermainkan insiden kemalangan LRT dan tidak sensitif kepada tragedi yang menimpa penumpang LRT serta sikap RASIS beliau terhadap seorang wartawan media antarabangsa.
Tindakan Muhyiddin harus dipuji walaupun beliau membuat KESILAPAN dengan memberi jawatan kepada Tajuddin di dalam GLC.
Kita berharap ini NORMA baru Muhyiddin dalam mentadbir negara - PECAT siapa sahaja yang tidak menjalankan tugas dengan baik.
Seharusnya sudah lama Tajuddin diambil TINDAKAN oleh Najib Razak, Umno dan kerajaan terdahulu.
Tetapi siapa tak kenal Najib. Beliau sanggup menyimpan seorang perasuah, rasis dan seksis semata demi kuasa dan kerana si polan menyokong beliau.
Jadi tidak hairanlah jika beliau menerusi posting di FB beliau mengenai Tajuddin cuba meraih simpati untuk Tajuddin.
Apa kita nak hairan dengan Najib, itulah nilai diri beliau selama ini.
OGOS 2020: Azmin Ali: Jika PH masih Kerajaan, lebih banyak rakyat Malaysia mati akibat COvid-19.
8 MEI 2021; Dalam masa 8 hari minggu, 151 rakyat meninggal dunia kerana Covid.
Ini zaman Kerajaan PN Muhyiddin Yassin dan Azmin Ali.
Itu saja nak beritahu kawan-kawan.
SEMALAM portal online Asia Sentinel yang beribupejabat di Hong Kong mengeluarkan satu artikel yang MENGEJUTkan mengenai Covid 19 di Malaysia.
Link website Asia Sentinel: https://www.asiasentinel.com/
Beberapa NAMA besar dikaitkan di dalam artikel tersebut termasuk Menteri Kesihatan Adham Baba dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.
Sekiranya dakwaan ini PALSU, kalau berani, Adham dan Hamzah harus SAMAN Asia Sentinel yang wartawannya rata-rata wartawan yang berpengalaman luas.
Itu pun kalau Hamzah dan Adham berani lah.
ZAHID Hamidi mencipta sejarah semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Sudah beberapa kali Jelapang menghadiri perhimpunan agung.
Aturacaranya lebih kurang begini. Rabu diadakan majlis presiden secara tertutup di mana Presiden meluahkan perasaan beiiau - tanpa menyebut nama, hentam orang itu, orang ini, kata orang putih sesi "no-hold barred".
Diikuti hari berikutnya atau sebelah malamnya perasmian AGM Pemuda/Wanita/Puteri oleh Timbalan Presiden.
Hari berikutnya perasmian AGM sebenarnya di mana Presiden Umno akan menyampaikan ucapan perasmian yang dulunya disiarkan secara langsung ke seluruh pelusuk negara.
Disebabkan Umno bukan lagi berkuasa, tak adalah lagi siaran langsung di TV tetapi masih lagi dibuat secara langsung melalui Facebook dan sebagainya.
Zahid mencipta sejarah kerana kali pertama ucapan perasmian dan pergulungan beliau hanya berkisar membalun Kerajaan yang parti beliau sebahagian daripadanya dan menghentam kawan-kawan beliau sendiri termasuk yang ada sepentas dengan beliau.
Antara yang dimalukan ialah Noraini Ahmad, Ketua Wanita Umno.
Ucapan Zahid hanya mengenai KUASA dan JAWATAN. Agaknya itu saja yang ada di dalam kepala beliau siang dan malam - KUASA!
Kebiasaannya ucapan Presiden Umno semasa Perhimpunan Agung ialah menyakinkan rakyat dan mengenengahkan diri beliau sebagai orang paling layak memimpin negara dan sebagai Perdana Menteri.
Presiden Umno akan mengenengahkan visi beliau untuk negara, bercakap mengenai ekonomi negara, hubungan antarabangsa, kepentingan orang Melayu dan agama.
Tetapi bagi Zahid perhimpunan kali ini hanya untuk KUASA.
Sebenarnya ucapan Zahid tempoh hari tak lebih dari ucapan level ketua cawangan Umno untuk mesyuarat agung cawangan.
KONONNYA berseloroh, Mohamad Hassan berkata merujuk kepada siapa calon PM dari Umno apabila menang PRU 15 nanti: "Kamu sedang bercakap dengan dia sekarang".
Nampak Mat Hassan yakin akan menang jawatan Presiden Umno apabila pemilihan Umno diadakan beberapa bulan lagi.
Yakin dan realiti dua perkara berbeza.
Setakat dapat sokongan dua tiga bahagian di Negeri Sembilan termasuk bahagian sendiri Rembau, Mohamad Hassan sekadar berangan.
Nak pertahan jawatan Timbalan Presiden pun belum tentu kalau setakat dapat sokongan Rembau dan dua lagi bahagian di Negeri Sembilan.
DI SINGAPURA kerajaan Singapura SIBUK membina pelantar solar terapung terbesar di dunia untuk menjana kuasa tenaga elektrik.
DI INDONESIA, projek keretapi laju antara Jakarta ke Bandung hampir 70% siap.
http://www.xinhuanet.com/english/2021-03/09/c_139796293.htm
DI MALAYSIA, berebut nak jadi Perdana Menteri.
HUJUNG minggu ini Umno akan mengadakan perhimpunan agong 2020 dan seperti yang digembar gemburkan hubungan dengan Bersatu akan menjadi topik hangat perbahasan kali ini.
Tetapi kita dah lama kenal Umno. Para pembahasnya biasanya akur dengan arahan pemimpin untuk mematuhi larangan semasa membahas - apa yang boleh dibangkitkan dan apa yang tidak.
Mungkin akan ada yang ingkar, mungkin ada watak-watak seperti Allahyarham Ishak Ismail (Seremban).
Presiden Umno Zahid Hamidi tengah keliru. Ada yang kata mungkin "mabuk". Kejap itu, kejap ini.
Oktober tahun lepas Zahid dan Najib mengutuskan surat kepada YDP Agong menyokong Anwar Ibrahim dan PKR menubuhkan kerajaan.
Umno mengeluarkan kenyataan mengatakan surat itu palsu dan baru-baru ini Annuar Musa mengesahkan ianya tulin.
Baru-baru ini Anwar mengumumkan beliau telah berbincang dengan pemimpin Umno dan sudah pastinya akar umno dapat meneka pemimpin tersebut ialah Zahid dan Najib.
Dua hari lepas Zahid menafikannya.
Apa yang kita nampak, Zahid seorang yang keliru dan ketakutan - takut dipenjarakan seperti Najib.
Semalam timbul pula sekeping gambar Zahid dan Najib bertemu Tengku Razaleigh Hamzah. Macam-macam spekulasi timbul mengenai pertemuan tersebut.
Apa arah tuju Umno sebenarnya?
Perhimpunan Umno adalah peluang ahli Umno membimbing Zahid bagaimana menjadi seorang Presiden yang efisyen.
APA KHABAR YB Jazlan Yaakob?
Tiba-tiba teringat kepada YB. Ingat kut selepas YB meletakkan jawatan Pengerusi MPOB, Muhyiddin Yassin HILANG jawatan PM.
Rupa-rupanya YB Jazlan seorang sahaja yang hilang jawatan, hilang GAJI dan ELAUN Pengerusi, hilang pejabat besar, hilang kereta pejabat dan banyak lagi.
Mati-mati ingatkan kawan-kawan Jazlan yang lain seperti Tajuddin Rahman akan turut letak jawatan Pengerusi Prasarana, Mahdzir Khalid di Tenaga Nasional dan Khaled Nordin di Boustead akan letak jawatan.
KALAU YB rasa pendapatan bulanan sudah berkurangan dan kerap duduk rumah, rajin-rajinlah pergi rumah Zahid Hamidi dan Najib Razak.
Najib kerap juga buat makan-makan. Kambing panggang pun ada, sambil menikmati kecantikan ibukota.
Semuga YB Jazlan sentiasa tabah dan tenang dengan keputusan yang telah dibuat.
Ada juga kawan-kawan Umno dakwa YB tertipu dengan perancangan Najib.
Kita rasa dakwaan itu tak betul.
YB kan pejuang. Kata orang YB HERO. Tapi a DEAD HEROlah (hero yang tersungkur).
Seingat kita, orang bercakap hal YB dua hari saja - hari YB letak jawatan dan keesokan hari nya.
Baru hari ini kita teringat pada YB - itu yang kita nak bertanya khabar ni.
Hari-hari ada saja usaha Ebit Liew untuk membantu RAKYAT yang tertekan.
Cuma yang kita tak tahu ialah apa Menteri-Menteri Kabinet buat hari-hari kecuali Ismail Sabri yang hari-hari kerja dia hanya bagi sidang akhbar.
Menteri-Menteri lain hari-hari entah apa mereka buat.
Sekiranya ada ROMBAKAN KABINET, tidak mustahil Ebit Liew ganti Rina Harun.
Kementerian yang Rina Harun pegang dulunya dinamakan Kementerian Kebajikan.
Sejak memegang Kementerian tersebut, entah apa Kebajikan yang Rina telah buat untuk rakyat.
Ada orang beritahu Jelapang, sejak bertukar Kementerian, Rina dah semakin slim. Mungkin itu kelebihan Rina duduk Kementerian Wanita.
BERMACAM komen dibuat mengenai RAYUAN PPUM kepada rakyat agar memberi sumbangan kewangan kepada mereka melawan COVID19 melalui platform E-dagang LAZADA.
Sampai macam itu sekali kesempitan kewangan PPUM.
Entah kemana perginya wang negara selama ini.
Teringat Jelapang kepada sorakan gah Najib Razak bahawa Malaysia sudah jadi negara berpendapatan tinggi semasa beliau BERKUASA.
Kalau betul cakap Najib bahawa negara sudah berpendapatan tinggi, kenapa rakyat dan PPUM miskin?
Tanya saja.... Jelapang teringat Jho Low, 1MBD, kapal layar, sambut New Year di dua negara serentak.
Kuala Lumpur |