Showing posts with label mahathir. Show all posts
Showing posts with label mahathir. Show all posts

Thursday, February 4, 2021

APA KHABAR JAZLAN MACHANG? SEMUGA JIWA TENANG SELEPAS JAWATAN PENGERUSI MPOB

 Image 

APA KHABAR YB Jazlan Yaakob?

Tiba-tiba teringat kepada YB. Ingat kut selepas YB meletakkan jawatan Pengerusi MPOB, Muhyiddin Yassin HILANG jawatan PM.

Rupa-rupanya YB Jazlan seorang sahaja yang hilang jawatan, hilang GAJI dan ELAUN Pengerusi, hilang pejabat besar, hilang kereta pejabat dan banyak lagi.

Mati-mati ingatkan kawan-kawan Jazlan yang lain seperti Tajuddin Rahman akan turut letak jawatan Pengerusi Prasarana, Mahdzir Khalid di Tenaga Nasional dan Khaled Nordin di Boustead akan letak jawatan.




 
















KALAU YB rasa pendapatan bulanan sudah berkurangan dan kerap duduk rumah, rajin-rajinlah pergi rumah Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Najib kerap juga buat makan-makan. Kambing panggang pun ada, sambil menikmati kecantikan ibukota.

Semuga YB Jazlan sentiasa tabah dan tenang dengan keputusan yang telah dibuat.

Ada juga kawan-kawan Umno dakwa YB tertipu dengan perancangan Najib.

Kita rasa dakwaan itu tak betul. 

YB kan pejuang. Kata orang YB HERO. Tapi a DEAD HEROlah (hero yang tersungkur).

Seingat kita, orang bercakap hal YB dua hari saja - hari YB letak jawatan dan keesokan hari nya. 

Baru hari ini kita teringat pada YB - itu yang kita nak bertanya khabar ni.



Sunday, June 21, 2009

DR MAHATHIR: UMNO AKAN KALAH PILIHANRAYA NANTI

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam meluahkan kekecewaan beliau terhadap pemimpin Umno hari ini. Berikut ialah antara kenyataan yang Tun buat di Ipoh semalam.

"Saya rasa cukup sedih apabila kita bercakap tentang jambatan baru ke Singapura, ramai yang menganggap ia tidak penting malah ada juga yang tidak tahu."

"Bagi mereka apa yang penting siapa nak jadi ketua cawangan, ketua bahagian atau nak jadi calon. Sebab itu kuasa Melayu terhakis. Kalau terus demikian, maka masa depan Melayu sangat gelap sekali."

"Bagaimanapun masa telah berubah apabila ada pemimpin yang mahu jadi YB kerana hendak menjadi Perdana Menteri, menteri dan siapa yang tak dapat tempat akan mendapat kontrak."

"Niat untuk perjuangan sudah tidak ada tetapi lebih kepada elaun YB dan kedudukan. Makin lama makin merosot minat perjuangan UMNO di kalangan pemimpin."

"Bila utamakan kepentingan diri maka rakyat mula tolak UMNO dan buktinya pada 2008 kita kalah teruk. Orang Melayu yang kecewa pilih parti lawan bukan sebab sayangkan parti lawan tetapi mesej kepada pemimpin."

"Saya percaya masa depan orang Melayu gelap dan pilihan raya akan datang kita akan kalah jika mereka masih sanggup menjual diri kepada orang lain atau meneruskan sikap tamak."
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Sebenarnya tiada apa yang memeranjatkan dengan kenyataan Tun Dr Mahathir ini. Masalah dalam Umno bermula dari atas. Pemimpin atasanlah yang membenarkan budaya mengejar projek dan kedudukan ini.

Persoalannya sanggupkah pemimpin atasan Umno bermula dari presidennya menghentikan budaya ini? Kita tidak yakin.

Tersebar luas khabar angin ketika ini ketua-ketua bahagian di Kedah dikatakan menerima elaun khas dari kepimpinan Umno. Seperti kata Tun, mulai hari ini akan ada ketua-ketua bahagian di Kedah berjuang bertungkus lumus bukan untuk mempertahankan parti tetapi mempertahankan elaun mereka.

Yang tidak menerima elaun akan berkecil hati. Maka tinggallah ketua bahagian berseorangan yang buat kerja kerana budaya "hang dapat duit, hang buat lah".

Seperti kata Tun Dr Mahathir, masa depan Umno gelap dan dalam pilihanraya akan datang Umno akan kalah.

Kita yakin kebimbangan Tun akan menjadi kenyataan kerana sehingga hari ini tidak tanda pemimpin Umno insaf and menyedari hakikat ini. - 90k

Tuesday, July 8, 2008

SINDIRAN MAHATHIR

"I think they (the present administration) don't want to talk about politics anymore. They want to work so I'm going to look at them working."

Terjemahan:

“Saya rasa mereka (pentadbiran kerajaan) tidak mahu lagi bercakap mengenai politik. Mereka mahu berkerja, jadi selepas ini saya akan melihat mereka berkerja.” - Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya wartawan pandangan beliau mengenai suasana politik negara sekarang.

Sindiran Dr Mahathir jelas merujuk kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat pemimpin negara Ahad lepas bahawa sekarang masanya untuk berkerja dan bukannya berpolitik.