Thursday, March 25, 2021

TEGURLAH ZAHID SEMASA PERHIMPUNAN AGONG UMNO

 May be an image of 1 person, standing and indoor 

HUJUNG minggu ini Umno akan mengadakan perhimpunan agong 2020 dan seperti yang digembar gemburkan hubungan dengan Bersatu akan menjadi topik hangat perbahasan kali ini.

Tetapi kita dah lama kenal Umno. Para pembahasnya biasanya akur dengan arahan pemimpin untuk mematuhi larangan semasa membahas - apa yang boleh dibangkitkan dan apa yang tidak.

Mungkin akan ada yang ingkar, mungkin ada watak-watak seperti Allahyarham Ishak Ismail (Seremban).

Presiden Umno Zahid Hamidi tengah keliru. Ada yang kata mungkin "mabuk". Kejap itu, kejap ini.

Oktober tahun lepas Zahid dan Najib mengutuskan surat kepada YDP Agong menyokong Anwar Ibrahim dan PKR menubuhkan kerajaan.

Umno mengeluarkan kenyataan mengatakan surat itu palsu dan baru-baru ini Annuar Musa mengesahkan ianya tulin.

Baru-baru ini Anwar mengumumkan beliau telah berbincang dengan pemimpin Umno dan sudah pastinya akar umno dapat meneka pemimpin tersebut ialah Zahid dan Najib.

Dua hari lepas Zahid menafikannya.

Apa yang kita nampak, Zahid seorang yang keliru dan ketakutan - takut dipenjarakan seperti Najib.

Semalam timbul pula sekeping gambar Zahid dan Najib bertemu Tengku Razaleigh Hamzah. Macam-macam spekulasi timbul mengenai pertemuan tersebut.

Apa arah tuju Umno sebenarnya?

Perhimpunan Umno adalah peluang ahli Umno membimbing Zahid bagaimana menjadi seorang Presiden yang efisyen. 

 

No comments: