Wednesday, June 10, 2015

STRATEGI SIAPA PERLEKEHKAN PROTON? PADAN MUKA MELAYU JIKA PROTON BANKRAP

Image result for proton+dr mahathir
DUA malam berturut-turut stesen TV milik Umno, TV3, MEMPERLEKEHKAN kereta Proton.

32 tahun kereta Proton menjadi KEBANGGAAN bangsa Melayu walaupun adakalanya kita kurang berpuashati dengan kualitinya, malam tadi dan malam ini, PROTON MERUPAKAN KERETA PALING TERUK di Malaysia seperti digambarkan oleh TV3. 

Kata TV3, tempat simpan barang sempit, bumbung rendah boleh terkena kepala penumpang. Ditemuramahnya dan dimintanya pemandu teksi untuk memperlekehnya kereta Proton.

MULAI malam Selasa, kesimpulannya, kereta PROTON yang direka dan dibina orang anak-anak Melayu di kilang Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim adalah kereta PALING BURUK DAN TERUK KUALITINYA. 

Tertanya-tanya juga kita apa perasaan anak-anak Melayu yang berjumlah 12,000 yang mencari rezeki di kilang-kilang Proton apabila menonton Buletin Utama TV3 malam ini.

Lekehnya kerjatangan mereka dan hari ini TV3 merekodkan PANDANGAN mereka bahawa kereta Proton tidak ada kualiti, tidak selesa digunakan dan pelancong-pelancong dari merata dunia memperlekehkan kereta nasional ini.



Inilah PERANGAI MELAYU. MARAHKAN NYAMUK, BAKARKAN KELAMBU.

MARAHKAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KERANA MENGKRITIK NAJIB RAZAK, PUNAHKAH IMEJ PROTON.

Mungkin sekarang ini 6,000 pekerja MAS yang akan dibuang kerja Ogos nanti sedang memaki hamun kerajaan.

Jangan pula Najib Razak tiba-tiba merasa hairan dan terkejut apabila 12,000 keluarga pekerja Proton dan beribu ahli keluarga 200 vendor Proton MENGUCAPKAN terima kasih kepada 1MDB kerana 1MDB lah mereka hilang kerja.

Adakah 6,000 keluarga pekerja MAS ini akan mengundi BN dalam PRU-14 nanti? Adakah sekiranya Proton TUTUP KEDAI, 12,000 keluarga pekerja Proton akan mengundi BN di dalam pilihanraya umum 3 tahun dari sekarang?

Kalau TV3 dan Najib merasakan inilah strategi TERBAIK untuk "memadankan muka" Tun Dr Mahathir kerana mengkritik beliau, TERUSKAN.

Mungkin kita tak sepandai TV3 dan Najib.

Kalau strategi ini baik. OKlah. Teruskan. Tiap-tiap malam, PERLEKEHLAH Proton sehingga ianya BANKRAP dan TUTUP KEDAI.

Padan muka Tun Dr Mahathir.

Padan muka 12,000 pekerja Melayu Proton.

Petikan dari Facebook



SIAPA DALANG KEMPEN MEMBURUKKAN PROTON INI. Baca tulisan SUNGAI RAPAT ONLINE di link ini:  http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2015/06/agenda-jahat-serang-tun-habis-habisan.html

Tuesday, June 9, 2015

ANNUAR MUSA: SAYA ADA DUIT, SAYA ADA PORSCHE DI RUMAH & AZEEZ RAHIM, MBA, MENTERI KEWANGAN BARU


"ROSMAH beli beg mahal. Ada duit, dia belilah. Saya pakai LV. Saya ada duit, saya belilah. Salahkah pakai beg LV? Tak salah. Yang salah kalau pakai duit haram. Saya jadi Pengerusi Mara diberi Proton tetapi DI RUMAH SAYA ADA PORSCHE. Salah kah Annuar Musa pakai Porsche?" - Ketua Umno Bahagian Ketereh (Kelantan) Annuar Musa.

Image result for porsche front view

Hebat betul Ketua Bahagian Umno. Orang Ketereh boleh pakai Porsche.

Hari ini spekulasi bertiup KENCANG, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang akan DIGUGURKAN oleh Najib Razak dalam satu rombakan di bulan Ramadan nanti.

Antara Menteri baru yang akan dilantik ialah: ANNUAR MUSA. BERUNTUNGLAH Ketua Setiausaha (KSU) yang akan ber"boss"kan Annuar Musa sepertimana KSU Kementerian Luarbandar yang dulu semasa Annuar menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar pada tahun 2001.


Turut dikhabarkan akan menjadi Menteri penuh ialah Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim MBA yang telah BERJAYA menjual tanah yang dibeli dari 1MDB dan Tabung Haji meraih KEUNTUNGAN sebanyak RM5 juta.  https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/06/08/apa-deal-di-arab-saudi/


Memandangkan kononnya Najib akan MELEPASKAN jawatan MENTERI KEWANGAN, alangkah baiknya sekiranya AZEEZ RAHIM MBA diberi PORTFOLIO Menteri Kewangan kerana beliau memiliki MASTERS in Business Adminstration dari PRESTON UNIVERSITY, USA.


Dan ini yang ditulis oleh seorang blogger ketika Azeez MBA dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji: https://bigdogdotcom.wordpress.com/2013/01/14/be-professional-about-politics-part-ii/

Kita ingin mengalu-alukan lah PERLANTIKAN Azeez MBA dan Annuar Musa jika spekulasi ini benar.


Monday, June 8, 2015

SKANDAL NFC SHAHRIZAT DIPAKSA LETAK JAWATAN, SKANDAL 1MDB?

Image result for shahrizat+muhyiddin

MURNINYA hatibudi Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil terhadap Najib Razak apabila beliau mencadangkan agar Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin menjadi ORANG TENGAH untuk MENDAMAIKAN Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Najib.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/wanita-umno-gesa-tpm-campur-tangan-1.99933

Skandal 1MDB jauh berbeza dengan skandal NFC milik keluarga Shahrizat.

Jumlah wang yang terlibat HANYA RM250 JUTA berbanding dengan 1MDB berjumlah RM42,000,000,000 (RM42 BILION).

Dalam kes NFC, Shahrizat TIDAK mengetahui bahawa keluarga beliau memperolehi projek Pusat Fidlot Nasional itu.

Dan keluarga beliau menggunakan wang tersebut untuk melabur melalui pembelian aset.



Kalau dibandingkan skandal NFC dengan skandal 1MBD bagaikan langit dengan bumi dari segi jumlah wang dan aset yang terlibat.

TETAPI MALANGNYA, dalam kes keluarga Shahrizat, yang menjadi MANGSA ialah Shahrizat Jalil.

Najib sanggup mengutuskan seorang MENTERI untuk menziarahi Shahrizat dan MENGARAHKAN beliau untuk MELETAKKAN JAWATAN.

Kesudahannya, Shahrizat KEHILANGAN jawatan Menteri.

Jika difikirkan balik, KASIHAN Shahrizat. Skandal yang tidak ada kena mengena dengan beliau, DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN.

Di dalam kes 1MDB, di mana Najib menjadi penasihatnya, TIDAK PULA NAJIB DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN.

Itulah bezanya kedudukan seorang Menteri dan PERDANA MENTERI.


Sunday, June 7, 2015

SOALAN BUAT PUAD ZAKARSHI: BENARKAH CAKAP ORANG NOTHING2HIDE IDEA KAMU?



SATU SOALAN buat Ketua Pengarah Jasa Puad Zakarshi, yang baru-baru ini melabel Timbalan Presiden parti beliau sebagai PEMALAS.

Rakan-rakan NGO yang baru kembali dari Kuala Lumpur selepas menghadiri Dialog PM bersama NGO - Nothing2Hide - bercerita di kedai-kedai kopi bahawa program ini adalah IDEA JASA.

Betul ke Puad?

Kalau tidak betul, harap Puad tampil menjelaskan.

Nota: Sejak akhir-akhir ini, tak pula kelihatan kelibat Puad sejak MELABELKAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PEMALAS.

Saturday, June 6, 2015

KHAIRUL ANUAR: IMEJ NAJIB DIROSAKKAN OLEH ORANG DALAM SENDIRI (PEJABAT NAJIB?)

Image result for dr mahathir+dialog+pwtc


Luahan Pengerusi SukaGuam berkenaan isu penangguhan program Dialog PM bersama NGO sehingga mencemarkan imej banyak pihak.
------------------------------------

1. Sebelum penganjuran program Dialog PM bersama NGO, kami telah bertemu dengan sekurang-kurangnya 3 Pegawai Kanan DS Najib di Putrajaya yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya. Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur & beberapa pegawai kanan DS Najib termasuk seorang pegawai kanan yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika SukaGuam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam (scapegoat) serta dijadikan bahan tohmahan.

2. Kami percaya, keadaan akan menjadi sebaliknya (penganjur tidak akan dipersalahkan) jika program Dialog yang dirancang semalam, tidak 'diganggu' secara berlebihan oleh pegawai berkenaan (dan sekutunya).

3. Sebenarnya, penganjur telah pun mendapatkan pandangan dari pegawai-pegawai kanan PM berhubung banyak aspek termasuk kemungkinan jika Tun Dr Mahathir menghadirkan diri. Seperti diakui oleh Tun Mahathir, beliau tidak diundang secara rasmi, namun hadir sebagai tetamu apabila diwar-warkan dalam media mengenai kemungkinan kehadiran beliau ke majlis Dialog itu. Malah, beberapa NGO yang Tun naungi bersedia memberikan kad undangan yang mereka terima bagi membolehkan Tun Mahathir hadir.

4. Atas dasar itulah, apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemungkinan Tun Mahathir akan hadir, penganjur mengakui tidak akan menghalang kehadiran Tun sebagai salah seorang tetamu pada majlis berkenaan. Berita ini dilaporkan dalam pelbagai media dan penganjur bersedia dengan sebarang kemungkinan. Penganjur menyediakan satu kerusi (yang dilabelkan dengan nama Tun Mahathir) bersama para hadirin lain dan turut menyediakan bilik tertutup (holding room) sebagai persediaan jika Tun benar-benar hadir. Rata-rata dari kalangan pegawai PM amat positif akan perkembangan ini kerana DS Najib menunjukkan keyakinan yang amat tinggi untuk merungkaikan segala persoalan.

5. Namun demikian, pegawai kanan berkenaan (dan yang sekutu dengannya) yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras program ini telah bertindak berlebihan dalam beberapa perkara. Ini saya simpulkan sebagai 'pertembungan ego' beliau yang akhirnya menjadikan SukaGuam dan beberapa pihak lain sebagai kambing hitam dan mangsa keadaan.

6. Justeru, ada benarnya seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pemimpin-pemimpin Umno sendiri, aktivis NGO dan rakyat, bahawa yang merosakkan imej DS Najib bukanlah sangat oleh pihak luar, tetapi dari kalangan orang dalam sendiri.

7. Saya berkesempatan meluahkan perkara ini secara terus-terang kepada DS Najib pada petang semalam untuk menjelaskan situasi sebenar, dan dari riak wajah Perdana Menteri, beliau menerima baik dan memahami apa yang saya cuba sampaikan. Kami cuma berharap beliau mengambil tindakan tegas terhadap individu ini ( dan yang sekutu dengannya).

8. Sebagai contoh, ketika Tun Mahathir hadir di awal pagi program, pihak penganjur menyediakan satu bilik tertutup supaya DS Najib boleh minum secangkir kopi bersama Tun Mahathir, sebagai memulakan semangat ukhwah persahabatan dan silaturrahim.

9. Apabila DS Najib sudah dalam perjalanan dan dinasihati Ketua Polis Negara mengenai keadaan di PWTC, penganjur berpandangan bahawa DS Najib perlu hadir bagi membuktikan beliau berjiwa besar dan bersedia bertemu wajah dengan Tun Mahathir, sambil berbual mengenai apa jua perkara.

10. Kami yakin dan percaya, sekalipun program dialog itu ditunda atas nasihat polis, pertemuan perlu diteruskan antara DS Najib dan Tun Mahathir dalam bilik tertutup kerana ini akan membuka lembaran baru dalam konteks politik Malaysia sekaligus meredakan hati pendokong-pendokong masing-masing.

11. Malangnya, pegawai berkenaaan telah berusaha menghalang kehadiran Perdana Menteri, menghantar laporan yang kurang tepat, menangguk di air keruh dengan menokok-tambah cerita kepada DS Najib kononnya Perdana Menteri akan diejek sekiranya hadir ke PWTC. Walaupun penganjur akur dengan arahan polis supaya program Dialog bersama NGO ditangguhkan atas sebab keselamatan, namun alang-alang Tun Mahathir sudah bersedia untuk bertemu DS Najib, ia tidak sewajarnya dihalang. Isu keselamatan tidak timbul sama sekali jika mereka bertemu dalam bilik yang tertutup.

12. Bayangkanlah 'feel good factor' yang akan dialami oleh seluruh rakyat Malaysia sekiranya foto DS Najib dan Tun Mahathir sedang menikmati kopi dan berbual dalam keadaan mesra menjadi viral dan foto mereka bersalaman mesra menjadi tatapan rakyat yang rindukan persahabatan dan perdamaian pemimpin-pemimpin mereka. Tidak mengapalah Dialog bersama NGO tidak dapat diteruskan, asalkan persaudaraan dan persahabatan antara kedua-dua pemimpin ini dapat ditautkan apatah lagi dalam keberkatan hari Jumaat di bulan Sya'ban ini,

13. Kepada pihak-pihak yang memberi nasihat dan semangat kepada kami (anda tahu siapa anda), jutaan terima kasih kami ucapkan.

14. Kepada individu berkenaan dan sekutunya (anda tahu siapa anda), hentikanlah menjadikan SukaGuam dan sahabat-sahabat kami sebagai kambing hitam (scapegoat). Hentikanlah serangan peribadi, fitnah dan tohmahan.

15. Jika masih berterusan, terutama melalui agen-agen anda, kami tidak teragak-agak untuk mendedahkan lebih lanjut beserta bukti dan saksi-saksi hidup kerana apa yang kami dambakan sebagai rakyat Malaysia ialah perdamaian dan kesepakatan antara pihak-pihak yang berbeda pandangan dalam isu-isu yang berlaku dalam negara.

16. Tampaknya, ada pihak yang tidak senang melihat perubahan landskap politik yang bakal berlaku sekiranya perancangan semalam berlangsung dengan jayanya kerana pertembungan berterusan antara DS Najib dan Tun Mahathir boleh terus menguntungkan agenda peribadinya.

17. Kami tidak akan teragak-agak menyatakan kebenaran yang hak dan yang batil. Kami berpegang teguh dengan Sabda Rasulullah SAW- "Kulill Haq Wa Lau Kaana Murro" (Maksudnya, berkatalah yang hak (benar) sekalipun ia pahit).

18. Ingin kami jelaskan niat sebenar SukaGuam untuk mencari penyelesaian terbaik bagi memulihkan perpaduan orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang kini jelas terbahagi kepada banyak kumpulan. Bagi kami, jika tidak berjaya sepenuhnya pun, sekurang-kurangnya program ini dapat membuka langkah pertama untuk meleraikan kekusutan yang berlaku sesama kita.

18. Mana tahu, dengan kemuliaan Ramadhan yang bakal menjelang, Allah bukakan pintu rahmat-Nya untuk mendamaikan hati semua pihak dan mengorak langkah perpaduan yang sangat dirindukan rakyat Malaysia.

19. Marilah kita teguh dan beristiqamah dengan perintah Allah melalui firman-Nya:-
" Sebenarnya, orang yang beriman itu adalah bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah itu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh Rahmat" (Al Hujurat, ayat 10).
Ikhlas,
Khairul Anwar Rahmat
SukaGuam

Friday, June 5, 2015

TAHNIAH NAJIB RAZAK & HADI AWANG KERANA "JASAMU" KEPADA MELAYU


NOTHING2HIDE




MUKTAMAR PAS KE-61


HARI ini kita ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada DUA PARTI MELAYU TERBESAR DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU - Pas dan Umno.

1) PAS - di atas KEJAYAAN presidennya Hadi Awang dalam mengepalai OPERASI MENYINGKIRKAN golongan bijak pandai profesional dari Parti Islam tersebut. Pada satu ketika, PAS begitu berbangga kerana berjaya menarik golongan profesional untuk menyertai Pas kerana sukar bagi golongan profesional Melayu ini untuk mendapat tempat di dalam Umno.

Tahun 2015, tercipta sejarah di mana Pas hari ini MENGNYAHKAN bijak pandai ini dari Pas.

Maka kembalilah Pas kepada geng-geng lebai pondok di mana dahulunya, kumpulan ini hanya tahu berceramah di waktu malam untuk mempengaruhi rakyat mengenai agama dan memfitnah pemimpin-pemimpin Umno.

Kejayaan Hadi Awang hari ini akan tercatit di dalam sejarah Pas termasuk SEJARAH di mana Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu hanya untuk 418 HARI dan di sumpah seranah oleh rakyat Terengganu.


2) Umno - TAHNIAH kepada kepimpinan Umno hari ini yang dipimpin oleh Najib Razak kerana MEROSAKKAN IMEJ MELAYU.

Hari ini kita bernasib baik kerana rakan-rakan bukan Islam kita di dalam BN - MIC, MCA, SUPP, Gerakan, PPP, IPF, LDP, PBRS, UPKO, PBS, SPDP dan PRS tidak mentertawakan kita dengan cara kita MENGURUSKAN NEGARA.

Malaysia Airlines yang rata-ratanya diuruskan oleh orang Melayu bangkrap. Felda, Tuhan saja yang tahu dan terkini 1MDB.

Sekali lagi kita ucapkan TAHNIAH kepada Najib Razak dan Hadi Awang,  DUA PEMIMPIN MELAYU yang amat BERJASA kepada Melayu.

Thursday, June 4, 2015

ZAHID HAMIDI KEPADA RAKAN KABINET: LEPASKAN JAWATAN TANPA DIMINTA

Image result for zahid hamidi

"Anggota Kabinet PERLU BERSETUJU dengan Perdana Menteri. Jika ada dalam kalangan Kabinet yang hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan Perdana Menteri apatah lagi di tempat terbuka dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka maka tentu CARA YANG TERHORMAT ialah MELEPASKAN JAWATAN TANPA DIMINTA." - Ahmad Zahid Hamidi.

http://www.astroawani.com/berita-politik/letak-jawatan-jika-mempertikai-keputusan-perdana-menteri-ahmad-zahid-61590

Jelapang: Bagi kita PENDIRIAN seumpama ini perlu diGUNAPAKAI oleh semua Menteri termasuk mereka yang diselaputi ISU termasuk Zahid iaitu - MELEPASKAN JAWATAN APABILA TERPALIT ISU.

Kalau ini berlaku, alangkah BERSIHnya Kabinet dan MURNINYA Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, ada desas-desus Zahid akan ditukarkan ke Kementerian lain apabila rombakan kabinet diadakan hujung bulan ini.

Wednesday, June 3, 2015

MAMPUKAH MUHYIDDIN MENCABAR NAJIB?

Image result for timbalan presiden umno

BEBERAPA hari lalu TERSEBAR satu sms yang berbunyi: "TSMY sampai kat KLIA kul 9 mlm esok. (2/6). Kita tunggu ramai ramai di pintu pelepasan 4 dan 5."

Seorang pegawai Muhyiddin Yassin dilaporkan MENAFIKAN Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyebarkan SMS tersebut dan Muhyiddin TIDAK MEMINTA mana-mana pihak menyambut kepulangan beliau dari bercuti di Australia.

Kalau BUKAN pejabat TPM yang sebarkan, siapa?

Politik umpama bermain catur. Politik penuh dengan percaturan.

Ada 2 kemungkinan. Kemungkinan pertama, ada PENYOKONG TPM yang menyebarkan SMS tersebut untuk memperlihatkan kehebatan Muhyiddin TETAPI GAGAL. Hanya 50 penyokong hadir untuk menyambut beliau malam tadi.

Kemungkinan KEDUA ialah musuh Muhyiddin yang MENYEBARKAN SMS tersebut bertujuan untuk "smoke out" atau mengenalpasti siapa MUSUH mereka yang berani tampil secara terang-terangan untuk menyokong Muhyiddin. Malangnya, mereka juga gagal kerana TIADA seorang Menteri atau Ketua Bahagian termakan dengan TAKTIK tersebut.

PERSOALAN SEKARANG, apakah Muhyiddin mempunyai kekuatan politik untuk MENGGANTIKAN Najib Razak?

Sejarah Umno memperlihatkan betapa HEBATNYA Timbalan-Timbalan Presiden Umno sebelum ini.

1. MUSA HITAM: Jun 1981: Menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. Musa mendapat 722 undi sementara Ku Li mendapat 517 undi. 1986: Musa berganding dengan Ku Li untuk menentang gadingan Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Ghafar Baba. Musa TEWAS jawatan Timbalan Presiden Umno kepada Allahyarham Ghafar dengan HANYA 40 undi. (Dr Mahathir MENEWASKAN Ku Li dengan 43 undi).


2. ALLAHYARHAM TUN GHAFAR BABA: Menewaskan Musa Hitam pada tahun 1986. DITEWASKAN Anwar Ibrahim pada 1993 apabila Allahyarham Ghafar GAGAL mendapatkan kuota yang mencukupi untuk MEMPERTAHANKAN jawatan Timbalan Presiden Umno. Anwar MEMPEROLEHI 95% pencalonan iaitu pencalonan dari 137 bahagian berbanding Ghafar HANYA TUJUH (terdapat 145 bahagian Umno semasa itu).


3. ANWAR IBRAHIM: Menewaskan Allahyarham Tun Ghafar Baba dan disingkirkan dari Umno oleh Tun Dr Mahathir. Walaupun tersingkir, Anwar merupakan Timbalan Presiden paling berpengaruh di era Umno memasuki kurun ke 20an.


4. ABDULLAH AHMAD BADAWI: Ditabalkan sebagai Perdana Menteri pada 2003.


5. MUHYIDDIN YASSIN?

Kehadiran 50 penyokong semalam sudah pasti MENJEJASKAN imej beliau. Yang lebih MEMBIMBANGKAN Muhyiddin ialah kehadiran semalam pasti "MENAKUTKAN" ketua-ketua bahagian untuk "MENDAMPINGI" beliau. Pemimpin Umno SEKARANG, lebih mementingkan 'PERIUK NASI" dari perjuangan. Sokongan mereka BERGANTUNG kepada "PERIUK NASI". Tidak seperti di tahun-tahun 80an.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/06/02/Muhyi-welcome-home/

Monday, June 1, 2015

HAK NAJIB LANTIK & PECAT MENTERI: PECATLAH MUHYIDDIN

Image result for najib+muhyiddin+khairy+shafie

UTUSAN Malaysia hari ini melaporkan Najib Razak sebagai berkata: "Mana-mana anggota Kabinet yang TIDAK BERSAMA DENGAN SAYA dalam usaha pemulihan 1MDB boleh MELETAKKAN JAWATAN".

http://www.utusan.com.my/berita/politik/letak-jawatan-jika-tidak-bersama-1.98002

PERTAMA sekali, berita-berita seperti ini TIDAK perlu memetik sumber Kabinet.

Najib kena BERANI. Dia Perdana Menteri. Sebut terang-terangan. Sebut "Najib Razak hari ini meminta anggota Kabinet yang tidak bersama beliau LETAK JAWATAN".

Tak usah bersembunyi di belakang sumber. Nak lontar batu pada Tun Mahathir Mohamad pun suruh orang. Menyorok belakang orang. Nak suruh Menteri Kabinet letak jawatan pun, suruh Shahrir Samad. Adalah sikit tanggungjawab. Tunjuk keberanian. Jangan suruh orang buat kerja kita.

Dulu, kita selalu guna ungkapan, hak perlantikan ke Kabinet adalah HAK MUTLAK Perdana Menteri. Atau pun "hire & fire" dalam bahasa Inggeris (lantik atau pecat) Menteri adalah hak Najib Razak.

Jadi apa masalahnya? Kenapa Najib nak meminta anggota Kabinet meletakkan jawatan jika tidak menyokong beliau?

PECATLAH MEREKA! Pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin. ITU HAK NAJIB.

Tak perlu MEMINTA. Perkataan MEMINTA menggambar Najib "penakut" dan "LEMAH."

Kerana lemah Pengerusi Tabung Haji Azeez Rahim (MBA) boleh menipu Ijazah dan sebagainya.

Image result for azeez+rahim+ijazah