Showing posts with label rauf. Show all posts
Showing posts with label rauf. Show all posts

Tuesday, September 15, 2009

ANUGERAH WARTAWAN UPAHAN UMNO

Siapakah wartawan upahan terbaik Umno tahun ini?

Itulah kesimpulan yang dapat kita buat dari cetusan idea Setiausaha Kerja Umno Abdul Rauf Yusoh.

Semalam Rauf mengumumkan satu pertandingan fotografi terbaik harian dan keseluruhan, laporan berita media cetak terbaik, laporan berita media elektronik terbaik dan laporan berita bukan berbahasa Malaysia terbaik akan dianjurkan sempena Perhimpunan Agung Umno dari 13 hingga 16 Okt ini.

Pemenang pertandingan itu akan diumumkan pada Malam Penghargaan itu pada 24 Oktober dengan setiap pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM500 hingga M3,000.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=440292

Yang pasti, bakal pemenangnya ialah wartawan yang menulis artikel paling positif mengenai Umno. Tidak mungkin penulis yang mengkritik Umno akan dipilih sebagai pemenangnya.

UPAHNYA, ialah wang tunai antara RM500 hingga RM3,000.

Akhirnya, kita bakal mengetahui siapakah wartawan unggul yang bakal dinobatkan sebagai penulis upahan Umno terbaik.

Tahniah kepada Rauf di atas cetusan idea pertama yang cukup bernas dari beliau sejak dilantik sebagai Setiausaha Kerja Umno April lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm