Showing posts with label najib pak lah umno kuasa peralihan. Show all posts
Showing posts with label najib pak lah umno kuasa peralihan. Show all posts

Tuesday, December 9, 2008

PAK LAH BERSARA DI RUMAH ALA-KAMPUNG DI SUNGAI PENCALA

TUN Dr Mahathir Mohamad mengambarkan Abdullah Ahmad Badawi mungkin menggunakan Perhimpunan Agung Umno Mac nanti untuk kekal sebagai presiden Umno dan Perdana Menteri. Abdul Hadi Awang mencadangkan Pak Lah menunaikan janji beliau dahulu sebelum berundur dan Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat Pak Lah boleh kekal Perdana Menteri tanpa memegang jawatan Presiden parti.

Jawapannya: Pak Lah akan pencen selepas ini. Jawapan ini datang dari portal berita, Malaysian Insider, yang dilihat ramai sebagai jurucakap Tingkat 4 Putrajaya.

Antara laporan Malaysian Insider semalam ialah seperti berikut:

Is Abdullah reconsidering his retirement plans?
(Adakah Abdullah akan memikirkan semula plan persaraannya?)

The short answer to the last question appears to be NO. Sources told The Malaysian Insider that Abdullah has already made plans for his post-Prime Minister days. He will shift out of Seri Perdana and move into a kampung-style house in Sungai Penchala, on the outskirts of Kuala Lumpur. As for filling up his retirement days, he has told his friends that he would like to spend time strengthening ties between Malaysia and the Middle East.

(Jawapannya TIDAK. Sumber memberitahu Malaysian Insider bahawa Abdullah sudah pun membuat perancangan kehidupannya selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri. Pak Lah akan meninggalkan Seri Perdana dan tinggal di sebuah rumah ala-kampung yang dibinanya di Sungai Pencala. Pak Lah juga memberitahu rakan-rakannya bahawa beliau akan menghabiskan masanya untuk mempertingkatkan hubungan antara Malaysia dan Timur Tengah)

His staff members are also looking ahead and counting the days. Some of them are scouting for employment while members of the security detail will return to the general pool. The consensus is that Abdullah is at peace with the decision to hand over power to Datuk Seri Najib Razak at the party annual assembly in March 2009.

(Staf Pak Lah juga sedang menghitung hari. Ada antara mereka sedang mencari pekerjaan sementara pengawal keselamatan beliau akan kembali kepada tugas-tugas biasa. Persetujuan telah dicapai bahawa Pak Lah menerima hakikat akan menyerahkan kuasa kepada Najib Razak Mac nanti)

Will he change his mind? No, says his supporters and friends. They say that it is important for Abdullah to be remembered as a man of his word. Also, he does not have a clinical streak in him or the temperament to go against convention, all very necessary tools if he wants to hold onto to the premiership beyond March.

(Adakah Pak Lah akan mengubah pendiriannya. TIDAK, kata rakan dan penyokong Pak Lah. Mereka berkata amat penting untuk Pak Lah diingati sebagai seseorang yang berpegang pada janjinya. Lebih-lebih lagi Pak Lah tidak mempunyai kesungguhan untuk tidak menghormati perjanjian, ciri-ciri yang perlu ada sekiranya Pak Lah ingin kekal selepas Mac)

As tempting as this idea is, it may not move Abdullah. The reason: he needs to be embraced and loved by his party. He never wants to be viewed as a usurper of the party's collective will. He did not contest the party elections and therefore will no longer have its mandate to rule. He may have the mandate from Malaysians but not the mandate from his party. That distinction is all important to him.

(Walaupun cadangan (untuk terus memegang jawatan) tampak menarik, Pak Lah tidak akan berganjak dengan keputusan beliau. Sebabnya: Pak Lah perlu dikenang dan disayangi oleh partinya, Umno. Pak Lah tidak mahu dilihat sebagai orang yang menentang kehendak parti. Dia tidak akan bertanding Mac nanti dan dengan itu beliau tidak mempunyai mandat untuk memimpin parti. Pak Lah mungkin mendapat mandat dari rakyat tetapi tidak dari parti. Perhormatan ini amat penting buat Pak Lah) http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=13890

JELAPANG: Semuga keputusan Pak Lah ini muktamad. Akhirnya, penyokong-penyokong Pak Lah menerima hakikat bahawa Pak Lah terpaksa pergi. Sebelum November, tiada tanda-tanda Pak Lah akan meletakkan jawatan.

Kita masih ingat bagaimana beberapa pemimpin Umno dari sepelusuk negara dibawa mengadap Pak Lah untuk menyatakan sokongan di hadapan Pak Lah di Seri Perdana untuk menyakinkan beliau untuk mengekalkan jawatan.

Baguslah, hari ini, penyokong Pak Lah dan Malaysian Insider dapat menerima hakikat bahawa Pak Lah tidak lagi mendapat mandat dari Umno. Tahniah.

Sunday, November 23, 2008

SIAPA SELEPAS NAJIB BILA BERAKHIRNYA TEORI RAHMAN?

Apabila Najib Razak mengambil alih pucuk pimpinan negara Mac nanti, maka Najib akan menjadi Presiden Umno terakhir yang akan memenuhi teori RAHMAN yang nmnjadi firasat ramai mengenai siapa Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Setakat ini teori RAHMAN ini hampir menjadi kenyataan. Tunku Abdul Rahman AlHaj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi sudah pun melengkapkan 5 dari 6 huruf dalam RAHMAN.

Tetapi masih ada yang nakal meramalkan "NUAR" akan menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan selepas pemilihan Umno Mac tahun depan.

'It does not mean the N will eventually be Najib. There are also people who say that the N may stand for Nuar." (N tidak semestinya Najib. Ada juga yang berpendapat N mungkin bermakna Nuar) - Mohammad Agus Yusoff, penganalisa politik Universiti Malaya.

Walaupun nama Anwar Ibrahim bermula dengan A, para penyokongnya, mungkin termasuk Agus, masih berharap agar N tersebut ialah Anwar.

Pokoknya, apa pula selepas RAHMAN? Atau mungkinkah selepas Najib, ianya merupakan era pembangkang? Seperti kata Tun Musa Hitam dahulu, Umno sudah tua.

Parti tertua di dunia seperti Golkar, Kongress dan LDP hampir lenyap mungkin kerana tua. Samada Umno akan mengalami nasib yang sama, kita kenalah tunggu selepas teori RAHMAN berakhir.

STRAITS TIMES Singapura turut menulis mengenai teori RAHMAN ini. Untuk artikel penuh, layari: http://www.straitstimes.com/Breaking%2BNews/SE%2BAsia/Story/STIStory_305871.html

Saturday, November 1, 2008

VINCENT LIM TINGGALKAN TINGKAT 4

Vincent Lim, salah seorang dari anggota Tingkat Empat Perdana Menteri, meletakkan jawatan Jumaat lepas.

Vincent, setiausaha politik Pak Lah, dianggap oleh pengkritik sebagai salah seorang "budak Tingkat Empat" yang menjadi bahan bualan dan buah mulut di kalangan ahli-ahli politik dan kakitangan kerajaan sejak Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Menurut Vincent: "I have experienced all kinds of things during the past five years. I have no regret whatsoever. I count it an honour as well as blessing to be able to work with the prime minister."

(Saya melalui berbagai pengalaman sepanjang lima tahun yang lepas. Saya tidak mempunyai sebarang kekesalan. Saya menganggap ianya satu rahmat dan penghormatan diberi peluang bekerja untuk Perdana Menteri.")

Vincent akan menyertai semula ISIS Januari nanti.

Khabar angin bertiup kencang kononnya "budak-budak tingkat empat" berharap Pak Lah dapat meletakkan mereka di jawatan-jawatan tinggi di dalam GLC dan organisasi media sebelum beliau mengundur diri Mac nanti.

Laporan Sinchew mengenai pengunduran Vincent Lim: http://www.mysinchew.com/node/17944

Budak Tingkat 4: http://machai-umno.blogspot.com/

Pengaruh Khairy di Tingkat 4: http://mymalaysia.wordpress.com/2006/09/07/

Siapa penghuni Tingkat 4? Layari: http://kudaranggi.blogspot.com/

Sunday, October 19, 2008

BAGI FLOOR!

BAGI FLOOR! Rata-rata sekarang ini, baik di kedai kopi mahupun di coffee house di hotel-hotel di ibunegeri dan ibukota, pemimpin dan ahli Umno bercakap mengenai ungkapan ini - "bagi floor".

Ungkapan ini ditujukan kepada Muhyiddin Yassin. Mereka bercakap mengenai satu gerakan oleh kumpulan tertentu untuk memastikan Muhyiddin tidak mendapat laluan mudah untuk mendapat pencalonan Timbalan Presiden. Akar umbi diminta mencalonkan Najib Razak bagi jawatan Presiden tetapi untuk jawatan Timbalan Presiden, "bagi floor" (serahkan kepada perwakilan bahagian).

Dengan kata lain, mereka mahukan pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden. "Bagi floor" bermaksud membenarkan perwakilan bahagian mencalonkan calon lain (Mohd Ali Rustam) untuk jawatan tersebut dan bukannya Muhyiddin.

Desas-desus mengatakan kumpulan ini hanya mahu Ali Rustam mendapat cukup pencalonan untuk memastikan Muhyiddin dicabar Mac nanti. Mereka mahu memastikan Muhyiddin tidak menang percuma jawatan Timbalan Presiden.

Kalau dilihat kenyataan Abdullah Ahmad Badawi (walaupun dengan nada marah) di Kota Kinabalu semalam, jelas Pak Lah mahukan Ali Rustam di calonkan jawatan Timbalan Presiden.

Berikut ialah kenyataan Pak Lah semalam: “Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Apabila Pak Lah membuat kenyataan sedemikian, hiruk-pikuk lah di kedai kopi dan coffee house hotel bahawa Pak Lah menyokong Ali Rustam.

Secara kebetulan atau tidak, Ali Rustam hari ini menerima 9 pencalonan (tiga dari Melaka) menjadikan 12 pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden. Mat Taib mendapat 8 pencalonan berbanding Muhyiddin 44 pencalonan. http://www.malaysiakini.com/news/91566

Agak pelik juga bagi Pak Lah menyokong Ali Rustam ketika website pro-Pak Lah "Malaysian Insider" semalam memperkecilkan Ali Rustam dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak tahu berbahasa Inggeris.

Malaysian Insider turut memperkecilkan Allahyarham Ghafar Baba yang dikatakan lemah berbahasa Inggeris ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pak Lah mengambil risiko dengan menyatakan sokongan beliau kepada Ali Rustam. Sekiranya Ali Rustam tidak mendapat cukup pencalonan (39 pencalonan) untuk bertanding, maka pemerhati akan menyifatkannya sebagai bukti bahawa memang benar Pak Lah ditolak oleh akar umbi.

Ianya juga berita tidak gembira buat Ali Rustam. Dalam suasana sekarang, musuh-musuh beliau akan secepat kilat meletakkan Ali Rustam sebagai orang Pak Lah dan bukan orang Najib Razak.

Maka sekiranya akar umbi menyokong Najib, maka Ali Rustam akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pencalonan.

Ada juga berpendapat tindakan menyokong Ali Rustam ini adalah tindakan melepas geram oleh Pak lah dan orang sekeliling beliau.

Saturday, October 18, 2008

GAMBAR NAJIB DALAM MALAYSIA TODAY MELAMPAUI BATAS

KALAU Marina Mahathir mengatakan cerpen Chamil Wariya "Politik Baru YB J" menjijikan, bagaimana pula dengan gambar yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today.

Kritikan terbuka perkara biasa. Tetapi ada batasnya. Artikel yang disiarkan oleh Malaysia Today Khamis lepas yang bertajuk "Oh Geruji, ke mana kau pergi" yang mengandungi gambar Najib Razak berpakaian sami hindu melampaui batas etika, keterlaluan dan tidak tanggungjawab.

Ia melampau batas kemanusiaan. Gambar tersebut jelas palsu. Malaysia Today yang dahulunya menyiarkan artikel Raja Petra, seharusnya bertanggungjawab.

Bukan niat Jelapang untuk mempertahankan Najib tetapi biarlah kritikan-kritikan kita bertanggungjawab.

Gambar Najib yang disiarkan Malaysia Today: http://mt.m2day.org/2008/content/view/13880/84/

Wednesday, October 8, 2008

99.9% PAK LAH AKAN UMUM LEPASKAN JAWATAN PETANG INI!

Adakah Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno selepas pertemuan dengan pemimpin BN petang ini?

Sehingga saat ini masih ada usaha di kalangan golongan tertentu yang berkepentingan yang masih mengharapkan Pak Lah akan mengubah pendirian untuk tidak bertanding.
Semalaman semalam Pak Lah duduk berhadapan hampir 20 Ketua Bahagian di Seri Perdana mendengar rintih rayu mereka menyakinkan Pak Lah bahawa akar umbi masih menyokong kuat beliau dan tidak ada masalah untuk Pak Lah mendapat 58 pencalonan untuk mempertahankan jawatan.

Mengikut Berita Harian hari ini, antara mereka yang bersengkang mata semalam ialah Timbalan Ketua Bahagian Kepala Batas Helmi Mat Rashid, Ketua Bahagian Nibung Tebal Abdul Rashid Abdullah dan timbalannya Zainal Abidin Osman, Ketua Bahagian Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir, Ketua Bahagian Bagan Serai Zainal Abidin Zin, Ketua Bahagian Kubang Pasu Johari Baharum dan Ketua Bahagian Tasik Gelugor Mohd Shariff Omar.

Selepas lima jam merayu dan merintih, Pak Lah tetap dengan keputusan beliau untuk meletakkan jawatan Mac 2009.

Tidak cukup dengan usaha itu, penyokong Pak Lah menyebarkan SMS merayu para penyokong berkumpul di hadapan Sri Perdana pagi tadi sebelem Perdana Menteri bertolak menghadiri mesyuarat Kabinet untuk menyatakan sokongan supaya Pak Lah kekalkan jawatan.

SMS tersebut berbunyi: "Assalamualaikum & selamat ptg sahabat2 setia, esok jam 0800 pagi jom berkumpul di hadapan Sri Perdana utk memberikan sokongan semangat perjuangan yg padu kpd Pak Lah Boss kita pemimpin ulul amri sblum beliau berlepas ke mesy Kabinet & strusnya utk mengumumkan keputusan bliau utk mempertahankan jawatan Presiden Umno & sbg PM. Cabutan kenyataan akhbar beliau d muka depan NST hari ini amat jelas maksudnya. Allahuakbar! Hidup Pak Lah!"

Dan pagi ini lebih 20 orang berkumpul di hadapan Seri Perdana menyambut seruan SMS tersebut.

Walaupun website pro-Pak Lah telah mengumumkan Perdana Menteri akan membuat pengumuman tidak bertanding petang ini, masih ramai yang sangsi.

Tetapi Pak Lah 99.9 peratus pasti beliau terpaksa pergi. Malahan nama-nama besar Umno termasuk menteri-menteri kanan yang selama ini pro-Pak Lah sudah mula mengorak langkah mengatur strategi mendekati "orang baru" untuk memastikan masadepan mereka cerah.

Yang takut berterang-terangan, menghantar wakil untuk menyatakan sokongan kepada Najib Razak secara diam-diam. Pemimpin yang sebelum ini menyatakan secara terbuka menyokong Pak Lah kini berpatah balik.

Annuar Musa semalam membuat kenyataan bahawa bahagian-bahagian akan mencalonkan Najib sebagai Presiden.

Beberapa pemimpin Umno yang kuat menyokong Pak Lah membuat lawatan mengejut tanpa "appointment" untuk bertemu Najib. Orang di sekeliling Pak Lah maklum akan perkembangan ini.

Hanya satu dua orang di kalangan orang-orang Pak Lah ini yang masih bertegas Pak Lah mesti bertanding semata-mata atas kepentingan mereka sendiri.

Sebenarnya Pak Lah telah membuat keputusan untuk menyerahkan kepada Najib apabila beliau dikritik teruk oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi mengenai kepimpinan beliau. Malahan Pak Lah sendiri meminta pandangan bebas mengenai sokongan akar umbi terhadap beliau.

Selepas melihat sendiri kajian bebas bahawa peluang beliau untuk mendapat 58 pencalonan cukup tipis, Pak Lah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Malangnya sekerat dua di dalam kumpulan penyokong Pak Lah berusaha sedaya upaya menyakinkan Pak Lah bahawa gambaran negatif yang diberikan adalah rekaan orang-orang Najib dan keadaan sebenar ialah akar umbi masih memerlukan Pak Lah.

Tidak cukup dengan usaha itu, ada di kalangan penyokong Pak Lah yang mendekati moderator blog parti pembangkang seperti
Siasahdaily dan Suara Keadilan untuk menghentam Najib seolah-olah Najib lah yang bertanggungjawab menjatuhkan Pak Lah.

Para penyokong Najib pasrah dengan tohmahan yang dilemparkan. Ia adalah suara rakyat. Malahan Tun Musa Hitam dikatakan menasihati Pak Lah untuk tidak mempertahankan jawatan.

Walaupun Pak Lah akan menjadi Perdana Menteri yang paling singkat tempoh khidmatnya (5 tahun 4 bulan berbanding Tun Hussein Onn 5 tahun 8 bulan), sekurang-kurangnya Pak mengelakkan diri dari diaibkan.

Di dalam sejarah negara belum ada Presiden parti yang ditewaskan atau gagal mendapat pencalonan untuk mengekalkan jawatan. Hanya Allahyarham Ghafar Baba gagal mendapat cukup pencalonan untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden akibat penangan Anwar Ibrahim yang pada ketika itu bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri.

Petang ini Pak Lah mungkin mengumumkan keputusannya. Dan ahli-ahli Umno dan rakyat hanya hendak mendengar hanya satu sahaja pengumuman iaitu "saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib Mac 2009".

Keputusan ini bukan untuk kepentingan Pak Lah sahaja, malah ianya untuk kepentingan agama, bangsa, negara dan Umno.

Tuesday, October 7, 2008

SYED RAZAK DAN PAK LAH

ALOR STAR: The Kuala Kedah Umno division will nominate Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Datuk Seri Najib Tun Razak as party president and deputy respectively.

Its chairman Datuk Seri Diraja Syed Razak Syed Zain said the division committee had decided to do so to strengthen the party.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/7/nation/2205224&sec=nation

(Bahagian Umno Kuala Kedah akan mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Ketua Bahagian Kuala Kedah Datuk Seri Diraja Syed Razak Syed Zain berkata jawatankuasa bahagian tersebut telah membuat keputusan itu sebulat suara demi kekuatan parti.)

** Di hati kecil, tertanya-tanya samada kenyataan Syed Razak, bekas Menteri Besar Kedah, itu benar-benar membawa mandat bahagian Kuala Kedah. Atau adakah Syed Razak seperti bekas-bekas pemimpin yang lain seperti Shahidan Kassim dan Annuar Musa yang dilihat sudah hilang taring selepas tiada jawatan.

Syed Razak bakal pencen apabila Kuala Kedah mengadakan pemilihan bahagian Oktober ini. Lumrah orang politik kalau boleh hendak menungkat langit.

Syed Razak mencuba untuk mengekalkan jawatan ketua bahagian malangnya cawangan-cawangan di Kuala Kedah mahukan muka baru mengambil alih pucuk pimpinan bahagian.

Atas sebab itu lah, cubaan Syed Razak untuk kekalkan ketua bahagian berakhir dengan hanya mendapat 4 pencalonan dan sekaligus menyebabkan beliau tidak layak bertanding pemilihan bahagian akan datang.

Pucuk pimpinan bahagian Kuala Kedah bakal diterajui dua calon - Timbalan Ketua Bahagian Hashim Jasin atau Latt Shariman, Pegawai Khas Najib Razak.

Yang pastinya, Latt Shariman akan mencalonkan "bos" nya untuk jawatan Presiden.

Thursday, September 11, 2008

ABDULLAH: TUGAS SAYA BUKAN UNTUK BERSERONOK!

"Saya terkejut seorang anggota kabinet saya boleh membuat kenyataan seperti itu. Ia bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui." - Abdullah Ahmad Badawi.

Setiap perkataan ahli politik perlu dilihat akan hasratnya yang tersirat. Walaupun dalam ketawa dan jenaka, setiap perkataan yang diucapkan oleh seorang ahli politik mempunyai seribu makna.

Respon Abdullah hari ini terhadap kenyataan Muhyiddin Yassin yang meminta Presiden Umno memikirkan kembali tempoh peralihan kuasa boleh dianggap keras dan dipenuhi perasaan kekecewaan.

"Saya masih lagi berkhidmat bukan untuk bersuka-suka memandangkan tugas saya ini bukan suatu yang boleh dianggap hanya untuk berseronok. Banyak soal politik, banyak masalah yang perlu ditangani dan banyak program yang saya perlu selesaikan," tambah Abdullah.

Perlu diingat ahli politik boleh bertindak diluar jangkaan sekiranya terhimpit. Kenyataan Abdullah pasti membuat Muhyiddin tertanya-tanya langkah selanjutnya Presiden Umno itu.

Kenyataan penuh Abdullah: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=358477

Sunday, July 20, 2008

KENAPA KAMPUNG UBAI TOLAK PAK LAH

MENGAPA KAMPUNG UBAI MENCALONKAN NAJIB RAZAK?
“Antaranya, tempoh peralihan kuasa yang dipersetujui antara Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya iaitu dua tahun adalah terlalu panjang.”
"Kita mengambil kira faktor kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Abdullah di lima negeri dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lepas."
“Faktor-faktor lain ialah kegagalan pimpinan sedia ada untuk menyelesaikan isu harga minyak dan makanan yang semakin membimbangkan.”
Tiga ungakapan dari Ketua Cawangan Kampung Ubai Mohammad Hanapi sudah cukup menjelaskan kenapa Najib seharusnya dipilih Presiden Umno Disember ini.