Showing posts with label pak lah era. Show all posts
Showing posts with label pak lah era. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

MINYAK BRUNEI: SIASAT PAK LAH

“Perkasa mahu Datuk Seri Najib, kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja ataupun sekurang-kurangnya kertas putih dikeluarkan berhubung isu Blok L dan M, yang terletak di sempadan Malaysia-Brunei.” - PRESIDEN PERKASA IBRAHIM ALI.
http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=1881

Suruhanjaya DiRaja atau Kertas Putih adalah jalan terbaik untuk merungkai isu ini. Rakyat berhak mengetahui kebenarannya. Siapa yang mempengaruhi kerajaan pada masa itu sehingga Pak Lah sanggup menyerahkan telaga minyak ini kepada Brunei?

Rakyat berhak mengetahui dalangnya dan kerajaan tidak berhak melindungi dalang-dalang ini. Semoga kerajaan prihatin kepada desakan Perkasa ini.

LAGENDA PAK LAH

200,000 TONG SEHARI

Itulah jumlah minyak yang akan dikeluarkan oleh Brunei dari telaga minyak Blok L yang menjadi hak Brunei kesan dari Surat Pertukaran yang dipersetujui Pak Lah semasa pentadbiran beliau.

RM55, 040,000 (US DOLLAR 17,200,000) SEHARI

RM55 juta. Inilah jumlah kekayaan yang akan dikaut Brunei dari Telaga Minyak Blok L sehari.

Ini baru Blok L. Belum lagi Blok M.

Ini bukan rekaan. Ini FAKTA. Harga minyak dunia kini berada pada paras US$86 setong dan kadar tukaran ringgit kini pada kadar RM3.20 bagi setiap US$1.

Menurut Yves Grosjean, Pengurus Besar Total E&P Borneo BV and Total E&P Deep Offshore Borneo BV, Blok L boleh menghasilkan antara 150,000 hingga 200,000 tong minyak sehari.
Klik di sini untuk membaca kenyataan Grosjean: http://www.bt.com.bn/business-national/2010/04/23/brunei-may-soon-start-drilling-blocks-j-and-k

RM 2,089,600, 000 SETAHUN

RM2,089 juta setahun. Itulah hasil minyak kerajaan Brunei dari Telaga minyak Blok L ini. Bayangkan berapa bilion atau trilion negara kehilangan dari keputusan pentadbiran Pak Lah jika diambil kira hasil kedua-dua telaga minyak ini.

Kalau inilah cara Pak Lah mentadbir negara, kita harus juga berterima kasih kepada Pas Kelantan kerana turut serta berkempen untuk mengakhiri era Pak Lah.

Saturday, May 1, 2010

PETRONAS SAHKAN TELAGA MINYAK MILIK BRUNEI

"Petronas confirms that following the exchange of letters, the production sharing contracts covering Blocks L and M, which were awarded in 2003 to Petronas Carigali Sdn Bhd and Murphy Sabah Oil Co Ltd were formally terminated on April 7 this year as these are no longer part of Malaysia. Blocks L and M are redesignated as Blocks CA1 and CA2 respectively."

Petronas ingin mengesahkan bahawa kesan dari pertukaran surat, kontrak pengeluaran (minyak) bersama melibatkan blok L dan M (telaga minyak), yang telah diberikan pada tahun 2003 kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy Sabah Oil Co Ltd telah ditamatkan secara rasmi pada 7 April tahun ini kerana blok-blok ini BUKAN LAGI SEBAHAGIAN DARI MALAYSIA. Blok L dan M kini ditukar nama kepada Blok CA1 dan CA2.

Itulah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Petronas sebentar tadi yang mengesahkan dua telaga minyak milik Malaysia diserahkan kepada Brunei semasa pemerintahan Pak Lah.

Pak Lah akan diingati bukan sahaja kerana Islam Hadhari dan kelesuan beliau semasa majlis. Beliau juga akan diingati kerana menyerah dua telaga minyak bernilai RM320 bilion kepada Brunei.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/1/nation/20100501093852&sec=nation

Friday, April 30, 2010

PAK LAH MENGAKU TELAGA MINYAK TERGADAI KEPADA BRUNEI


"Hak kedaulatan bagi sumber di kawasan ini kini menjadi milik Brunei. Bagaimanapun, untuk kawasan ini, perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun." - Pak Lah

Hari ini sahlah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dua telaga minyak kini tergadai kepada Brunei.

Ini disahkan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Untuk berita penuh kenyataan Pak Lah mengenai perkara ini, klik link berikut: http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=494795

PAK LAH GADAI TELAGA MINYAK BERNILAI RM320 BILION KEPADA BRUNEI

Kita kenal siapa Pak Lah ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Cara kepimpinan beliau dan sikap Pak Lah menyebabkan beliau ditolak oleh ahli-ahli Umno sendiri.

Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam cukup mengejutkan.

Menurut Tun, ketika Pak Lah berunding dengan Sultan Brunei untuk mendapatkan semula Limbang, Pak Lah telah menyerahkan dua telaga minyak yang bernilai RM320 bilion secara percuma kepada Brunei.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/04/malaysias-generosity.html#more

Lebih malang lagi Limbang kekal milik Brunei sementara dua telaga minyak kita tergadai.

Mungkin ketika rundingan dengan Sultan Brunei, Pak Lah tertidur dan tidak menyedari beliau telah menyerahkan dua telaga minyak kepunyaan negara kepada Brunei.

Tun mendesak Wisma Putra memberi penjelasan. Seharusnya pihak kerajaan yang memberi penjelasan. Kita menanti penjelasan kerajaan samada benar dakwaan Tun di dalam blog beliau.

Atau Pak Lah sendiri tampil memberi penjelasan. Ketika kerajaan merayu kepada rakyat untuk tidak bergantung kepada subsidi, kerajaan sendiri menggadai khazanah negara kepada negara luar.

Tuesday, February 24, 2009

NORZA, PAK LAH KESEORANGAN!

38. Itulah nombor calon untuk Norza Zakaria, setiausaha politik kepada Menteri Kewangan II Nor Mohamad Yakcop, selepas majlis cabutan nombor calon yang dilakukan di Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, petang tadi. Nama Norza akan tertera di tempat ke 38 dalam senarai 52 calon yang akan merebut 25 tempat di dalam Majlis Tertinggi Umno semasa pemilihan parti Mac nanti. Sembilan daripada mereka adalah anggota Kabinet.
Persoalannya adakah Norza sempat menyertai pemilihan yang akan diadakan pada minggu terakhir Mac nanti? Ini kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam membuat kenyataan berikut:
"Kami telah selesaikan penyiasatan. Hasil siasatan membuktikan bahawa terdapat asas yang kukuh untuk mendakwa beliau (Norza) kerana terlibat dengan politik wang."
Kenyataan ini dibuat oleh sumber SPRM (BPR) kepada New Straits Times semalam walaupun ramai mempertikaikan tindakan BPR mengeluarkan kenyataan mensabitkan kesalahan tertuduh tanpa mendapat pertimbangan Peguam Negara.
Menurut New Straits Times, BPR dipercayai mempunyai kes rasuah yang kukuh ke atas Norza walaupun beliau menafikan tuduhan tersebut.
Untuk berlaku adil kepada Norza, beliau menafikan terlibat dengan rasuah politik wang.
"Tuduhan-tuduhan yang membawa kepada saya disoalsiasat oleh Pencegah Rasuah telah diada-adakan untuk menjatuhkan mertabat saya dan bertujuan mengurangkan peluang saya semasa pemilihan parti nanti." http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2488001/Article/index_html
Samada ada Norza bersalah atau tidak, kita serahkan kepada kebijaksanaan Peguam Negara dan BPR.
Tetapi Norza juga harus tahu apa yang diperkatakan di akar umbi. Norza harus juga tahu bahawa ramai di kalangan pemimpin dan ahli Umno yang menjadi musuh beliau.
Pelbagai rungutan kita dengar mengenai Norza dan Norza tahu kenapa mereka irihati pada beliau. Tidak perlu kita perhalusi ketidakpuasan hati ahli dan pemimpin Umno demi maruah Norza.
Norza dikatakan mencurahkan perasaannya di mesyuarat Majlis Tertinggi bulan lepas. "Kalau tak suka, kata tak suka". Itulah antara rintihan Norza.
Nombor 38 akan tercatit di atas kertas undi Mac nanti. Norza tidak bersalah selagi beliau tidak didakwa dan mahkamah tidak mendapati beliau bersalah.
Tetapi Norza pasti kerisauan dengan tabiat orang Umno. Bila tiada kuasa, tiada siapa peduli.
Mungkin itu juga rintihan Pak Lah semalam di satu majlis makan malam: "Siapa agaknya yang nak dengar ucapan seorang Perdana Menteri yang akan mengundur diri?" http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19051-i-was-planning-to-stay-two-terms-admits-pak-lah
Jelas dari kenyataan Pak Lah ini, beliau terasa keseorangan pada saat ini.
Tetapi bukankah orang yang meletakkan Pak Lah sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut merasa ditinggalkan keseorangan selepas persaraan beliau?
Dalam kes Tun, ianya amat menyayatkan hati kerana para Menteri dilarang oleh Pak Lah untuk mendekati Tun.
Kepada Pak Lah dan Norza, dibiarkan keseorangan adalah perkara lumrah dalam Umno. Tun dan ramai lagi sudah melaluinya. Oleh itu biasa-biasakanlah diri ditinggalkan dan dilupakan buat selama-lamanya.

Saturday, November 1, 2008

VINCENT LIM TINGGALKAN TINGKAT 4

Vincent Lim, salah seorang dari anggota Tingkat Empat Perdana Menteri, meletakkan jawatan Jumaat lepas.

Vincent, setiausaha politik Pak Lah, dianggap oleh pengkritik sebagai salah seorang "budak Tingkat Empat" yang menjadi bahan bualan dan buah mulut di kalangan ahli-ahli politik dan kakitangan kerajaan sejak Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Menurut Vincent: "I have experienced all kinds of things during the past five years. I have no regret whatsoever. I count it an honour as well as blessing to be able to work with the prime minister."

(Saya melalui berbagai pengalaman sepanjang lima tahun yang lepas. Saya tidak mempunyai sebarang kekesalan. Saya menganggap ianya satu rahmat dan penghormatan diberi peluang bekerja untuk Perdana Menteri.")

Vincent akan menyertai semula ISIS Januari nanti.

Khabar angin bertiup kencang kononnya "budak-budak tingkat empat" berharap Pak Lah dapat meletakkan mereka di jawatan-jawatan tinggi di dalam GLC dan organisasi media sebelum beliau mengundur diri Mac nanti.

Laporan Sinchew mengenai pengunduran Vincent Lim: http://www.mysinchew.com/node/17944

Budak Tingkat 4: http://machai-umno.blogspot.com/

Pengaruh Khairy di Tingkat 4: http://mymalaysia.wordpress.com/2006/09/07/

Siapa penghuni Tingkat 4? Layari: http://kudaranggi.blogspot.com/

Thursday, October 23, 2008

AKHBAR PROPAGANDA HILANG TARIKAN PEMBACA!

Harian Metro, Star, Sin Chew Daily dan Nanban merupakan akhbar mempunyai pembaca terbanyak di negara ini.


Harian Metro menarik perhatian 2.15 juta pembaca berbanding Berita Harian di tempat kedua dengan 1.14 juta pembaca dan Utusan Malaysia 1 juta pembaca.


Kajian terkini Nielsen, agensi pengauditan media, juga menunjukkan akhbar Inggeris pro-MCA, The Star, mempunyai jumlah pembaca tertinggi sebanyak 1.14 juta pembaca berbanding akhbar pro-kerajaan dan Umno, New Straits Times, yang hanya dibaca oleh 285,780 pembaca, hampir sama dengan pembaca akhbar The Sun.


Trend ini pasti membimbangkan Barisan Nasional terutamanya Umno yang bergantung kepada media cetak sebagai alat propaganda untuk menyampaikan mesej kerajaan.


Harian Metro lebih kepada sebuah akhbar "red top" atau akhbar yang menyiarkan berita berunsur seks, jenayah dan keretakan rumahtangga berbanding akhbar serius berbaur politik seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.


Begitu juga akhbar New Straits Times, akhbar pro-Umno dan Pak Lah yang dikuasai orang Pak Lah, Kalimullah Maseerul Hassan, yang semakin merosot jumlah pembacanya.


Sin Chew Daily, yang dilihat oleh ahli politik Melayu sebagai akhbar ekstrim kaum Cina, merupakan akhbar paling popular di kalangan kaum Cina dengan jumlah pembaca sebanyak 1.14 juta pembaca berbanding China Press sebanyak 714,450 pembaca.


TV3 merupakan stesen TV paling popular yang ditonton 73% penonton di ikuti TV 2 (52%) dan TV1 (42%).


Stesen radio popular ialah Era dengan 27.5 pendengar diikuti HotFM (26.3%) dan Sinar (20.4%).
Kajian Nielsen: http://www.asiamediajournal.com/pressrelease.php?id=610
Kajian keatas radio: http://my.nielsen.com/news/20081021.shtml