Thursday, January 25, 2018

APA JADI KES SKANDAL KP SPRM?



SEMALAM tak semena-mena, seorang ahli Parlimen pembangkang bertanyakan kes Ketua Pesuruhjaya Dzulkifli Ahmad berkaitan dakwaan beliau mempunyai skandal dengan isteri orang.

Jelapang pun tertanya-tanya juga.






Apa jadi dengan siasatan kes 'goda' bos SPRM - Gobind

25 Jan 2018, 1:52 pm 25 Jan 2018, 1:59 pm

Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo mahu pihak polis mengemaskini siasatan terhadap dakwaan skandal yang dipalitkan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Katanya, polis telah lama mendiamkan diri mengenai perkembangan siasatan berhubung dakwaan 'hubungan sulit' dengan isteri orang itu.

"Nampaknya semua senyap sahaja. Saya mahu tahu mengapa.

"Jika polis boleh siapkan siasatan dengan segera dalam kes 'besar dan rumit' seperti yang melibatkan tanah di Jalan Semarak, mengapa terdapat kelewatan dalam siasatan ke atas klip video?" Soal Gobinnd dalam satu kenyataan hari ini.

Kes Jalan Semarak merujuk kepada pemindahan meragukan tanah milik Felda kepada sebuah syarikat swasta.

Felda telah mendapatkan semula tanah itu, dan polis telah mengemukakan kertas siasatan mereka kepada pejabat peguam negara.

Kemas kini terakhir daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengenai kes membabitkan Dzulkifli, adalah pada 6 Disember, 2017, di mana beliau berkata polis akan menyiapkan siasatan mereka dalam masa seminggu.

Polis sedang menyiasat Dzulkifli di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas dakwaan menggoda isteri orang susulan penyebaran tiga video pendek beliau berada di luar negara bersama seorang wanita yang menjadi tular di media sosial.

Kertas siasatannya telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali, semuanya ditolak dan dihantar kembali.



Read more at https://www.malaysiakini.com/news/409962#JrLWRVPRjMZXi18d.99

No comments: