Wednesday, August 26, 2015

KETUA-KETUA BAHAGIAN TIDAK BANGSAT

Image result for najib rosmah jho low

Seorang Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan membuat kenyataan berikut 3 hari lepas: "Saya berani MATI untuk Najib. Jangan sentuh Najib. Kalau mahu mati, MAHU MATI BERSAMA NAJIB. Itu ikrar kami. Mati dalam politik adalah lebih baik dari mati katak." 

MENAKJUBKAN! Sudah pasti akan ada orang di Putrajaya rasa kembang sana sini.

Tetapi apa yang nak di hairankan. Itulah hasilnya jika Umno mempunyai Presiden yang mempunyai banyak duit di dalam akaunnya dan seorang yang PEMURAH - serta seorang Presiden yang MUDAH bagi duit kepada KETUA BAHAGIAN terutamanya ketua-ketua bahagian di WILAYAH PERSEKUTUAN dan SELANGOR.

Itulah sebabnya Umno mempunyai ramai ketua-ketua bahagian yang hebat-hebat di Wilayah Persekutuan seperti Ketua Bahagian Kepong Rizuan Hamid dan Ketua Bahagian Sungai Besar, Selangor, Jamal Yunos, yang pada awalnya dengan gagah beraninya mendesak Menteri Besar Johor Khaled Nordin meletakkan jawatan kerana mengkritik Najib Razak dan kemudian bertukar menjadi TIKUS dan menarik balik kenyataan beliau.

 http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/24/jamal-retracts/

Maka, apa yang dilakukan oleh Rizuan dan Jamal bukan perkara pelik.

Ianya menjadi pelik jika tiba-tiba Rizuan dan Jamal mendesak Najib meletakkan jawatan.

Ketua-ketua bahagian di Selangor dan Wilayah tahu TANGGUNGJAWAB mereka - mempertahankan Najib.

Tak munasabah jika mereka mengigit pula tangan yang memberi REZEKI kepada mereka.

Kalau gigit, bagaimana nak bayar "instalmen" ansuran kereta BENTLEY baru?



Ada ketua bahagian di Wilayah dah SENGKEK, tiba-tiba dapat tanah. Tiba-tiba dah terfikir nak buat bangunan baru untuk Umno bahagian. Tiba-tiba dah terfikir nak buat kondo pula atas tanah pemberian ini walaupun Umno atau BN tidak pernah MENANG di kawasannya.

Itulah lah standard Ketua Bahagian di Wilayah dan Selangor. Ketua Bahagian KELAS PERTAMA.

Sebenarnya ketua-ketua bahagian pun ada kelasnya. Ketua Bahagian di Kedah dan Terengganu, yang menjadi PENYUMBANG besar kepada Umno untuk kekal memerintah, masuk kategori Ketua Bahagian kelas 3.

Selebihnya mungkin kelas 2 atau kelas 4.

Ketua Bahagian yang paling banyak MINTA duit dan DAPAT - ketua-ketua bahagian Selangor. Selangor KALAH tak mengapa. Janji masuk. Dekat-dekat pilihanraya pakai modal bantai Azmin Ali, bantai Cina dan DAP dan bantai PKR.

Walaupun Umno Selangor tak menang. Tak mengapa, TAK BANGSAT.

Ada ketua bahagian dapat RM600,000 untuk buat satu program. 

Sebenarnya di dalam Umno ini, hanya Ketua Bahagian sahaja yang TIDAK BANGSAT.

Yang bangsat adalah ahli Umno 5K (khianat, korek kapal sendiri dll) bermula dari Timbalan Ketua Bahagian ke bawah - mungkin termasuk pemuda-pemuda yang desak Najib undur atau wanita seperti Anina Saadudin (Langkawi) yang tuduh Najib KENCING 3 juta ahli Umno.


Kalau ada siapa-siapa terdengar Timbalan Ketua Bahagian dan ahli Umno lain yang tidak bekerja ada kereta Bentley, Jaguar, Porsche, harap dapat maklumkan.

Akhir kata, Ketua-Ketua Bahagian ingatlah TANGGUNGJAWAB anda, Rizuan dan Jamal adalah Ketua Bahagian mithali yang WAJIB di contohi.

Kepada ahli-ahli lain, ingatlah juga tanggungjawab anda - ingatlah kita akan jadi BANGSAT tanpa Ketua-Ketua Bahagian ini.

4 comments:

Anonymous said...

Kiblat mereka bukan kaabah tapi wang dan jawatan sebab "Cash is King".

Sedih, apanak jadi pada Melayu. Buta tuli pekak dan bisu setelah disumbat wang.

Anonymous said...

Kelas punya tulisan.

Anonymous said...

Mereka belum sedar bagi rezeki dan nyawa mereka Allah bukan manusia . Buat baik berpada padanlah.

Anonymous said...

ketua bahagian mana dpt 600k tu?

ketua bahagian mana dpt tanah tu?

bapa borek anak rintik.

bapa 2.6 b, anak 600k

hidup umno